Sebelum ni selalu dengar orang sebut somtam, malah kalau makan di Thai Seafood Restoran pun terpandang jugalah menu somtam ni. Tapi tak pernah hayat mencuba merasa apakah rasa makanan somtam ni. Teringinnya dah lama nak mencuba tapi macam malas nak order bukan apa takut tak kena dengan selera, membazir pula nanti. 

Satu malam tu, suami mengajak ana keluar menemaninya. Nak makan satay katanya, kami pun datinglah berdua sebab Adik Ika nak siapkan homework. Nanti tapau je untuk Adik Ika dirumah.Suami order satay dan ana terpandang menu somtam di restoran tu, tergerak hati terus order.Dan tadaaaa!!! Inilah dia somtam yang ana cuba malam itu.


kerabu betik muda



Okay dah pun sampai depan mata, ooo ini rupanya somtam, sekali tengok macam kerabu pun ada kan. Dengan lafaz Bismillahi Rahmanir Rahim...maka tersuaplah buat pertama kalinya somtom ke dalam mulut. Bila makan ermmm...sedapnya, ada rasa masam, manis dan rangup sangat bila dikunyah. Mungkin disebabkan kerangupan kacang tanah tu agaknya. 


Tetapi selepas beberapa suap...huwaaaa!!!! Pijar bibir, pedas kata ko, Gigih jugalah menghabiskannya. Bila selak-selak disebalik parutan betik muda dan mangga tu, rupanya ada beberapa biji cili api yang dipecah-pecahkan. Patutlah berbahang mulut.

Tapi serius, memang sedap. Moral of the story, esok-esok kalau ana nak order somtam kena bagitau tak nak cili api, atau tak nak pedas. Pasti okay kan dengan selera ana yang kurang pedas sangat ni. Namun pasti nak cuba lagi sebab memang sedap sangat makan somtam ni.

Bagi yang tercari-cari resepi atau cara-cara nak buat somtam, bolehlah cari di carian Google resepi dari mereka yang pernah buat somtam. Ana tak pernah buat dan baru pertama kali merasa. Dari apa yang ana lihat dan rasa, somtam ni gabungan betik muda dan mangga muda yang diparut, di campur hirisan kacang panjang, tomato, cili api, bawang di hiris, ada rasa sos ikan sedikit , kacang goreng dan juga hirisan limau nipis untuk perahan.. Waallahu a'lam. Untuk kepastian carilah perkongsian dari mereka yang pernah buat sendiri somtam ni. 

20 Comments

  1. wow ! kelihatan sedap sekali.. kecur air liur...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. etuza suka ke juga :) di sana pasti ada pelbagai menu yang sedap ala-ala kerabu juga kan

      Delete
  3. macam movie Somtum (Thailand) tu.
    hero dia makan somtam utk jadi super kuat.
    ala2 popeye makan spinach.
    pedas sampai merah2 muka hero tu.
    cik ana x jadi super kuat ke lepas tu?
    hehe...

    salam singgah dari blog diari dandelion. ^_^

    ReplyDelete
  4. Nak buat nih nak kena guna lesung yg dalam tu baru original.. Hiii lama jugak dah x makan somtam ..

    ReplyDelete
  5. Mummy pernah cuba sekali je kot som tam ni..sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah ye mummy, memang sedap kan tapi tu laa kak ana tak berapa tahan pedasnya hihi :)

      Delete
  6. tak pernah rasa..teringin nak rasa

    ReplyDelete
  7. pernah juga makan sedap...tapi disebabkan kurang makan masam ni...tak selalu makan...kadang-kadang bila teringin

    ReplyDelete
  8. penah jugak makan tapi secara kebetulan ianya tak berapa kena dengan selera saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan shikin ada yang gemar ada yang kurang kena seleranya, terpulang laa kan

      Delete
  9. sedap ni somtam..dulu masa ada pokok betik boleh kata selalulah kejiranan kak buat somtam. Makan ramai2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena betik yang tak masak lagi kan kak Mala,sedap juga ana rasa:)

      Delete