Persimpangan ini, hampir 2 tahun setengah menjadi saksi. Sama ada kami belok ke kiri hala balik ke Teluk Intan tak pun ke kanan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Dua tahun setengah juga tok Nan berulang alik mengambil cucunya setiap kali bercuti singkat. Gigih abah ana membawa Kancil bersama mak menghantar dan mengambil cucu sulung mereka dari Teluk Intan ke Tapah Road. Alhamdulillah segalanya dipermudahkanNya jua.

UiTM Tapah 


Kak Long meneruskan pengajiannya bermula semester dua di Kampus UiTM Tapah selepas enam bulan transit di Kampus UiTM Kuala Pilah. Ketika di semester pertama melangkah kaki ke alam siswazah di UiTM Kuala Pilah, hampir setiap bulan kami berulang alik ke sana. Merasalah juga Kak Long merantau dan mengenali budaya orang Negeri Sembilan. Makan juadah gulai lomak hampir setiap hari. Pengalaman pertamanya pernah ana kongsikan di SINI .


UiTM  Kuala Pilah,Negeri Sembilan


Selesai satu sem,Kak Long dipindahkan ke UiTM Tapah, di Tapah Road untuk menyambung kursus diploma dalam Diploma Sains di bawah Fakulti Sains Gunaan.Lega sangat rasanya kerana UiTM Tapah terletak di Tapah Road, tidak jauh dari kampung halaman ana Teluk Intan,Perak. Tok, opah dan saudara mara semua berada di sana, andai kata ada apa-apa aral mudah untuk mereka menjengoknya di sana. Jarak Tapah ke Rawang pun tidak jauh sangat, dalam dua jam perjalanan sahaja, In Shaa Allah. Syukur Alhamdulillah.

Namun kasih sayang tok dan opah terhadap cucunya melebihi dari sayang anak sendiri. Hampir setiap kali kak long cuti untuk study week sangguplah hantar dan ambik cucunya sebab risau tak makan dan cukup tidur kata mereka. Berulang alik lah dari Teluk Intan ke Tapah Road dengan kereta Kancil yang kami tinggalkan untuk mereka ke hospital sebenarnya. Alhamdulillah kereta Kancil tersebut banyak berjasa walaupun dah lama umurnya.

Sepanjang belajar dua tahun setengah di UiTM Tapah, sama seperti di Kuala Pilah dahulu, Kak Long balik ke Rawang dengan menaiki KTM.Kalau di Kuala Pilah dahulu, Kak Long terpaksa ke Seremban untuk menaiki KTM Komuter kali ini berulang alik dari UiTM Tapah ke Rawang, Kak Long menaiki KTM ETS di stesen KTM Tapah Road sahaja.Jarak antara kampus UiTM Tapah ke Stesen KTM Tapah Road sekitar 5 km sahaja dengan menaiki teksi.

Pengalaman dan pemandangan sekitar UiTM dan kolej kediaman di UiTM Tapah pernah jua ana kongsikan di SINI .Pastinya satu catatan perjalanan hidup yang menarik untuknya dikenang sepanjang hayat. Berakhirnya pengajian Kak Long disini, maka tidak lah lagi kami ke Tapah setiap bulan. Tok dan opahnya pun dah cakap, pas ni tak ada laa tok ke Tapah lagi kecuali ada urusan atau jemputan kahwin ke atau pun nak ke Cameron Highland.





Ramai juga carian di Google yang singgah dan mencari info dari perkongsian-perkongsian ana sepanjang mencatat memori Kak Long meneruskan sessi pengajiannya di dua kampus UiTM ni. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak yang bakal melangkah kaki ke kampus-kampus pengajian mereka. In shaa Allah jika diizinNya nanti, Kak Long akan menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda atau Ijazah pula. Tak tahu laa di mana pula akan ditempatkan. Apapun doa ana semoga segalanya dipermudahkanNya dan biarlah lokasinya juga tidak begitu jauh dari kami untuk mudah berulang alik, Aamiin.

6 Comments

  1. saya ta pernah sampai ke bandar tapah.. asyik la Rnr Tapah je... kdg ke Teluk intan, tak teringat pulak nk ronda hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapah tak banyak yang ada untuk dikunjungi eny, sekadar laluan je kan untuk ke Cameron Highland

      Delete
  2. Salam uitm dihatiku :) Hehe. Mai la sambung uitm Puncak alam >< hehe

    theathra.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. Byk betul UITM dibina sekarang ni.. semoga Kak Long berjaya dalam pengajiannya..

    ReplyDelete