Suatu masa dahulu, setiap kali adanya majlis perkahwinan antara yang wajib di pakai oleh pengantin wanita khasnya ialah inai di jari. Ana masih ingat lagi majlis perkahwinan ana dahulu, puaslah berinai sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki. Kejang tangan menahan, menunggu inai kering di jari. Dan tambah meriah apabila hampir kesemua anak-anak dara saudara mara terdekat turut sama berinai. Pastu yang kelakar siap ada design bulat-bulat ditengah-tengah telapak tangan, adoi.. itulah trend zaman ana dahulu era 1990-an.

Sekarang ni, dah mudah sangat, pengantin kebanyakkannya memilih melukis henna orang India sebagai ganti inai tradisional. Lagi nampak cantik dan bersih dengan pelbagai design yang sangat kreatif dan cantik-cantik mengikut pilihan masing-masing. Tapi hari ini, di www.anajingga.com, ana nak berkongsi satu entri throwback...inai tradisional lama dari daun inai.Ana pasti ada di kalangan generasi muda masa kini dah tak kenal pun mana satu daun inai atau pokok inai.




Inai Tradisional 





Inilah dia daun inai. Daun inai ni ana dapat dari belakang rumah jer, benihnya ana bawa dari kampung. Cepat pula membesar dan senang jika nak digunakan, kalau-kalau lah kan. Jiran ana berbangsa Cina, Ngan tu yang minta benih pokok inai ni. Jadi kami guna la sama-sama kejiranan.


Proses menyediakan daun inai ni, memang lah renyah kata orang Perak atau bahasa umumnya payah gitu. Mula-mula tentulah kena petik daun inai  dari pokok. Biasanya ana patah kan sahaja rantingnya.




Macam ni laa,kita kena relaikan sehelai demi sehelai daun inai tadi. Ini untuk memudahkan proses menggiling atau menumbuk daun inai secara tradisional. Kalau mak ana di kampung, dia suka menggilingnya dengan batu giling, cepat katanya. Tapi di sini, mana nak cekau batu giling, nak tak nak ana kena tumbuk sehingga lumat di dalam lesung batu. Sejam jugalah baru dapat hasil yang seperti yang dikehendaki.




Inilah hasilnya setelah hampir sejam menumbuk daun inai dengan lesung batu. Ketika menumbuknya campurkan sedikit air barulah mudah lumat dan mudah nak melekat pada jari nanti. Sambil menumbuk tu, ana ceritakan kepada anak-anak, zaman dahulu opah tak bagi ibu pakai inai siang hari, katanya jika ayam nampak inai tak jadi merah..

Hihi kelakar kan, tak ada kaitan pun inai dengan ayam. Kiasan sebenarnya, kerana jika memakai inai pada waktu siang, pasti kita tidak dapat membuat kerja rumah atau membantu mak di rumah, jadi mak sebenarnya nak kita pakai waktu malam selepas Isyak kerana waktu itu kerja rumah dah selesai semuanya,bijak kan kiasan dulu-dulu.

Dah lumat seperti diatas barulah dilekatkan pada jari jemari satu persatu. Basahkan tangan dengan sedikit air supaya mudah lekat. Biarkan kering sampai gugur sendiri kepingan inai di jari. Kemudian barulah di basuh. 




Taa daa!! Inilah hasil daun inai di jari Adik Ika. Memang warna inai tradisional ni tidaklah begitu menyerlah dan merah,lebih kejinggaan sahaja warnanya.Salah satu sebab juga Adik Ika memakainya kejap dan tidak di biarkan semalaman. Jika kami dahulu memang bawa tidur inai dijari ni sehingga esok pagi baru cuci.Sampai bertompoklah warna merah pada sarung bantal dan ada bertaburan inai kering di cadar 😊😊

Henna Mehndi 


Berlainan pula dengan zaman sekarang ni, ramai yang memilih untuk memakai inai henna mehndi sebagai penyeri majlis perkahwinan atau sebagai tatarias wanita hari ini. Ketika balik ke Teluk Intan baru-baru ini, Adik Ika dan Kak Long teringin sangat nak memakai henna mehndi dijari mereka.Kebetulan terdapat sebuah kedai di Giant Teluk Intan yang menyediakan khidmat melukis henna ni dan harganya pun murah cuma RM7-RM10  mengikut design.




Henna Mehndi ni memerlukan kepakaran juga untuk menghasilkan lukisan henna yang cantik.Ianya cepat dan mudah sangat jika dibandingkan dengan inai tradisional.Cuma sediakan RM sahaja dapatlah hasil lukisan henna yang dikehendaki di mana-mana bahagian tangan hingga ke lengan kalau nak kan.




Beza antara inai tradisional dan henna mehndi ni pastilah warnanya yang lebih cantik, bercorak menarik dan cepat untuk di pakai. Dalam sejam dah kering dan tertanggal satu persatu dari designnya. Cuma kelebihan inai tradisional ianya kekal lebih lama di jari berbanding henna mehndi. Henna mehndi cuma bertahan beberapa hari dan kian luntur coraknya tetapi inai tradisional ni boleh tahan hampir sebulan cuma ia makin hari makin kurang atau ke atas kuku sahaja.



8 Comments

  1. Saya pun suka pakai inai, tapi beli inai mehndi, nak menumbuk daun inai rasanya tak mampu nak menumbuk..hihihi.. Selalunya saya hanya pakai inai di kuku saja, kalu terlampau rajin seluruh jari, saya tak suka inai yang lukis-lukis nie.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang kan guna henna mehndi ni, cuma tak bertahan lama sahaja :)

      Delete
  2. Masa kecik-kecik dulu sukalah pakai inai daun.

    K.Ana pernah tak dengar orang tua-tua kata time pakai tu jangan bagi ayam nampak nanti inai tu tak merah. kah!kah!kah! boleh percaya pulak tu.

    Kesian ayam kan asyiklah dipersalahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..itu lah yang kak ana tulis tu, tak ada kena mengenapun dengan ayam kan, sebab tak nak kita pakai siang nanti tak buat kerja pula :)

      Delete
  3. When it is connected on the skin, generally as a type of impermanent workmanship, as is done in India, Pakistan, Arab nations, and by ostracize groups from these regions, it is called Mehndi. Mehndi designs

    ReplyDelete
  4. Really your blog is very interesting.... it contains great and unique information. I enjoyed to visiting your blog. Its just amazing.... Thanks very much. simple mehandi design

    ReplyDelete
  5. Your content is nothing short of bright in many forms. I think this is friendly and eye-opening material. I have gotten so many ideas from your blog. Thank you so much. henna tattoo

    ReplyDelete