Sejak dua menjak ni harga ikan agak mahal di kedai runcit sekitar taman ni.Mungkin kerana faktor cuaca musim hujan dan laut bergelora agaknya ataupun kerana ketibaan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi. Ana membeli ikan tongkol hitam seekor ni berharga RM13.Tak ingat pula berapa harganya sekilo. Ana lama dah nak masak lemak ikan tongkol hitam ni sebab isinya lembut berbanding dengan tongkol putih isinya lebih keras dan kurang manis.

Bila bawa balik ke rumah, teringat pula suami ada bagitahu buah belimbing buluh di belakang rumaha dah mula berbuah. Ana pun ajak Adik Ika temankan dan kutip beberapa biji, Alhamdulillah setelah sekian lama, dapat juga merasa buahnya.Menu kami tengahari tu ialah masak lemak ikan tongkol bersama buah belimbing buluh. 


Masak Lemak Ikan Tongkol Bersama Belimbing Buluh




Masakan ni sama sahaja macam masak lemak yang biasa korang masak tu. Antara bahan yang ana gunakan ialah cili api, bawang merah, kunyit hidup,serai dan bahan tambahan ialah cili hijau dan pastinyalah buah belimbing buluh. Jangan lupa santan, daun kunyit dan ikan tongkolnya. 

Cara masaknya samalah macam masak lemak biasa tu. Tumbuk lumat cili api, kunyit hidup dan bawang merah. Tumiskan dengan sedikit minyak. Masukkan santan cair dan masukkan ikan. Selepas sekali mendidih barulah masukkan buah belimbing buluh dan cili hijau.Selepas mendidih kali kedua, masukkan santan pekat dan rasakan dengan garam. Akhirnya masukkanlah daun kunyit untuk menambah aroma.

12 Comments

  1. Replies
    1. sesekali kan ainniah sedap juga pekena masak lemak ni :)

      Delete
  2. Ikan tongkol buat rendang pun sedap... :)

    Masak lemak ikan bersama belimbing buluh memang sangat serasi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah juga ana dengar kak cik, orang masak rendang ikan tongkol, cuma ana je belum pernah makan atau masaknya lagi, nak cuba juga satu hari nanti.

      Delete
  3. musim hujan ni ikan mahal kan ana..tapi acik tak makan ikan tongkol ni..mungkin sebab kecik2 dulu mak ayah tak makan dan tak pernah beli ikan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tambah lagi harga minyak naik ni Acik, mau berganda-ganda lagi naik harga makanan.. :(

      Delete
  4. Hai ana,salam kenal.geram tengok belimbing buluh.musim hujan ni bertambah banyak lah buahnya.tapi ogy takde pokok belimbing buluh.ikan tongkol memang sedap masak lemak kuning.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Ogy, terima kasih singgah ke sini..belimbing buluh ni kalau musimnya memang senang nak dapat kat mana-mana kan Ogy :)

      Delete
  5. assalamualaikum ana...sedap menu ini ana...makan dgn nasi panas mmg lg sedap...;)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum.salam ukhwah dr saya dan salam kenal. saya May dari mayzuraberkat.blogspot.my

    betul harga ikan sekarang mahal.nak beli pikir pjg..beli aym je la..haha... tp kos kehidupan skrg mmg tgi..setakat rm50 tu mmg takut x ckup bwk ke kedai runcit beli lauk basah. ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ukhuwah juga buat May..betul tu RM50 semakin kecil nilainya kini. :(

      Delete