Pembelian Pin Nombor UPU 2017
Klik untuk besarkan gambar |
Pembelian Pin Nombor UPU 2017
Hari ni ana menemani Adik Ika ke BSN Sungai Buluh untuk membeli pin nombor permohonan UPU online.Ini kerana BSN cawangan Rawang sebelum ini ditutup sementara untuk urusan ubah suai. Rupa-rupanya dah mula beroperasi semula mulai hari ini 13hb February 2017. Tak apa lah dapat juga ke Sungai Buluh makan tengahari Nasi Mmanggei, hihi.
Okay, sedikit info buat pelajar lepasan SPM 2016 sebaya Adik Ika, bolehlah ke mana-mana kaunter BSN, isikan slip dengan nama penuh dan nombor kad pengenalan. Ambil nombor giliran, dan ke kaunter membelinya dengan harga RM 15.65. Sebelum meninggalkan kaunter pastikan check dahulu nombor kad pengenalan yang tercetak adalah nombor kad pengenalan pelajar kay.
BSN ni memang mencabar lah bab menunggu, banyak kemudahan yang serba canggih telah di sediakan, tapi kaunter hanya dua buah sahaja yang beroperasi pagi itu. Kami menunggu hampir dua jam untuk sampai ke giliran Adik Ika. Ini pun belum lagi bertembung dengan pembayaran BR1M tak lama lagi,jika tak mahu separuh hari terpaksa menunggu. BSN ni banyak perkhidmatan yang ditawarkan melaluinya namun itu lah masalah masa menunggu yang agak mengecewakan. Semoga dapat di perbaiki dan lebih efisyen lagi di masa akan datang. KIPIDAP BSN!!
6 Comments
ok..nak share link blog dekat anak2 murid dayah la kejap lagi..terima kasih ibu ana =) kongsikan info
ReplyDeletesemoga bermanfaat buat anak2 murid cikgu Dayah:)
Deletelama dah tak terjebak dengan no upu ni
ReplyDeletekak ana teman kan anak Raihanah urusan UPU semua ni :)
DeleteInfo berguna untuk lepasan spm/stpm
ReplyDeleteIn shaa Allah Nani :)
Delete