Dapat idea nak buat coklat nestum ni dari sahabat blogger dan juga FB ana, Wani apabila Wani shared kannya di FB beliau. Wani ni seorang blogger masakan mestilah cun melecun resepi dia kan. Ana ni pula suka derhaka pada resepi, suka hati je ubah sana-sini ikut bahan yang ada di rumah je.. Kata orang putih 'try and error' bila sedap dan menjadi ana akan shared versi AJ di sini. Jadi inilah dia homemade coklat nestum versi anajingga. Bagi peminat blog masakan jangan lupa ke SINI ,blog Wani yang banyak berkongsi resepi-resepi masakan best-best.





Homemade Coklat Nestum

Bahannya cuma dua sahaja iaitu Coklat Compound dan Nestum sahaja. Ana gunakan Coklat Compound jenama Beryl's jenis dark chocolate. Ana gunakan dalam 250g sahaja sebagai percubaan. 


 

Seperti biasa cairkan coklat dalam kaedah double boiling. Bagi yang tak pernah mencuba, double boiling bermaksud, cairkan di dalam bekas di mana di bawahnya air panas yang mendidih. Jangan sesekali biarkan air masuk ke dalam bekas coklat kerana ia akan merosakkan tekstur coklat. 




Gunakan whisk dan mixkan coklat sehingga cair dan tekstur yang cantik. Kemudian masukkan terus serbuk nestum mengikut citarasa korang. 





Korang boleh sahaja letakkan ke dalam dulang, ratakan kemudian dipotong-potong. Tapi ana gunakan acuan coklat dan sudu kannya ke dalam acuan. Ratakan dan ketuk-ketuk sedikit supaya ia penuh, bersihkan yang berlebihan. Sejukkan di dalam tempat dingin beku untuk sejam lebih kurang sehingga keras.




Bila dah keras , korang ketuk-ketuk seketika dan ia akan keluar dengan sendiri dari acuan. Siap dah coklat nestum yang digemari kanak-kanak pastinya. Rasanya lemak manis bercoklat gitu. Kalau korang ingin kan tutorial homemade coklat basic boleh sahaja ke SINI . Senang kan..so selamat mencuba dan lebih happening kalau ajak anak-anak join sekali buat homemade coklat ni, pasti mencipta suatu memori bersama si kecil.

8 Comments

  1. Choc nestum? 1st time dgr

    ReplyDelete
  2. Simple resepi .. just guna dua bahan coklat compaund + nestum .. .tq sharing simple resepi

    ReplyDelete
  3. laa... tengok tadi entri sedapnya k.ana buat coklat nestum.. terus klik ingatkan nak ambil resepi haaa////.. tak pasal-pasal k.ana ambil yang wani dah buat :D... tak buat lagi bentuk gini.. ingat nak buat comel2 camni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi nasib baik kredit kat pemilik resepi, dia mai baca tu.. terima kasih wani naa :)

      Delete