Masak lemak rebung mungkin dah biasa kita masak kan. Kali ini ana mencuba masak lemak rebung madu pula. Rebung madu ?? Manis ke?? Dak Aiihh , nama dia je rebung madu, kenapa di gelar rebung madu, tidak laa ana ketahui? Mungkin kerana rupa parasnya barangkali. Apapun yang ana tahu, kerana rebung ni asalnya dari buluh madu. Banyak le pula kisah madu ye... Nak tengok macam mana rupa rebung madu.. nii diaa...





Rebung madu ni dijual panjang sejurai-jurai macam ni. Warna dia pun kuning pekat tak sama seperti rebung biasa yang kita beli tu yang dah siang hiris nipis kan. Batang rebung ni lembut je bila di potong. Harganya pun mahal sedikit dari rebung biasa tu. 




Untuk memasak rebung madu ni, ana potong bulat-bulat dan nipis seperti ni. Tapi tak lah nipis sangat takut pula tak crunchy bila di makan. Asalkan masak empuk dah okay dah kan, alaa lebih kurang kita masak umbut kelapa tu kan, ada kemanisan dan lemak bila di kunyah gitu. Resepi masak lemak cili api rebung madu ni pula, sama lah kaedah masak lemak biasa yang lain.

Resepi Masak Lemak Cili Api Rebung Madu 



Bahan-bahan :

Rebung Madu
Ikan Bilis atau udang
Cili Api
Bawang Merah
Serai
Santan pekat

Caranya:

Tumbuk lumat bawang merah, cili api dan ikan bilis.
Serai di ketuk.
Ana tumiskan sedikit bahan yang di tumbuk bersama serai.
Masukkan rebung dan kacau sebati seketika.
Masukkan santan pertama terlebih dahulu.
Masak sambil mengacaunya sehingga empuk dan mendidih.
Kemudian baru lah masukkan santan pekat, masak hingga mendidih sekali lagi.
Rasakan dengan garam. Siap.



10 Comments

  1. my favourite ni masakan masak lomak.

    ReplyDelete
  2. salams kak ana,

    sedAPNYA rebung lomak cili api..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Mieza, wah lama tak mai sini naa... sodap ni lomak cili api :)

      Delete
  3. Replies
    1. sesekali pekena rebung ni memang sedapkan Mar :)

      Delete
  4. mmmm...sedapppp...tu saja yg boleh kata.

    ReplyDelete
  5. Eh blog kak Ana dah lain sikit. Heheh. Sedapnya rebung :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi baru perasan ye, kak ana tukar template je Nani :)

      Delete