Dah berapa kali ke Melaka Bandaraya Bersejarah memang mengidam sangat nak singgah dan bersolat di Masjid Selat Melaka. Alhamdulillah kunjungan kali ini, ana diberiNya kesempatan singgah solat Zohor di sini. Lepas check-out dari penginapan kami di chalet tepi pantai di SINI , kami ke Bandar Melaka semula dan ronda-ronda sekitar Bandar Hilir. Dan selepas masuk je waktu Zohor, terus waze ke Masjid Selat Melaka ni untuk solat.




Masjid Selat Melaka - Masjid Terapung

Kalau korang makan angin dan bercuti ke Melaka, pastikan kunjungan dan bersolat di Masjid Selat Melaka ini termasuk dalam list korang tau. Sebab memang ramai pengunjung dari dalam dan luar negara berada di sini ketika kunjungan ana baru-baru ni. Dan kalau korang perasan di Bandar Hilir tu kan ada bas itik untuk pelancung bersiar-siar di sekitar Bandar Hilir dari hadapan Menara Taming Sari hingga la sampai berhampiran Masjid Selat di Pulau Melaka ni, ia akan meluncur ke dalam air dan bertukar dari bas ke bot.



Ruang solat di Masjid Selat Melaka ni teramat lah berangin dan ruang solat untuk muslimah ketika itu berada di tingkat atas. Subhanallah.. berangin sungguh dan rasa nak terlelap je lepas solat tu. Dari atas jelas kelihatan lautan yang mengelilingi sebahagian kawasan masjid yang menampakkannya seperti sebuah masjid terapung.




Untuk pelancung luar negara atau non-muslimah disediakan jubah dan tudung untuk di sarung ketika masuk ke ruang masjid dan sekitarnya. Ia untuk menghormati ruang solat la kan. Ketika kunjungan ana masa tu, ramai pelancung dari negara China disana.




Serba sedikit ana kongsikan beberapa fakta mengenai Masjid Selat Melaka.Lokasi Masjid Selat ni ialah di Pulau Melaka, sebuah pulau buatan manusia berhampiran Bandaraya Melaka. Masjid ini difahamkan boleh menampung kira-kira 2000 jemaah pada satu masa, In Shaa Allah. 




Pembinaannya bermula pada Jun 2003 dan berakhir sepenuhnya pada 29 Ogos 2006. Ia dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 24 November 2006.



Dari segi senibinanya pula, ianya cenderung memartabatkan konsep senibina Melayu. Konsep utama rekaan dalam Masjid Selat ini ialah elemen batang buluh yang pangkalnya dibelah dua dan membentuk beberapa bahagian.

Penggunaan empat kubah kecil yang terletak di setiap penjuru mengapit kubah yang besar. Di bawah kubah yang besar ini terletaknya Dewan Besar Solat yang berukuran 24 meter diameter.

 (kredit sumber : http://gotomelaka.blogspot.my/2011/04/masjid-selat-melaka.html)



Jadi jangan lepaskan peluang korang untuk singgah solat sambil berkunjung ke Masjid Terapung yang indah senibina yang tak jauh pun dari Bandar Hilir Melaka. Pasti korang akan menikmati satu pemandangan yang indah dengan deruan angin bayu dari Selat Melaka, selat yang termahsyor di dalam sejarah tamadun Kesultanan Melayu Melaka suatu masa dahulu...




Check list tempat-tempat menarik di Melaka korang boleh cari kat SINI

10 Comments

  1. indhanya rumah allah s..w.t

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah NH indah dan mendamaikan :)

      Delete
  2. saya pernah sekali pergi masjid ni tapi tak ambik gambar sebab masa tu bateri kamera habis... hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kena pi sekali lagi ni DP ambik gambaq banyak2 naa hihi :)

      Delete
  3. masjid ni memang cantik... kalau malam cantik dengan kilauan lampu dia, bersinar je air bila tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ye ke, AJ tak berkesempatan lagi singgah malam, In Shaa Allah mana tahu rezeki lain kali pula ke sini lagi, Aamiin.

      Delete
  4. Teringinnya nak pergi masjid ni. Cantik 😍

    ReplyDelete
  5. hi hi :)
    again, aida sendiri lom jejak kaki sini.
    biasa nyer ofismet lelaki solat jumaat sini.

    ReplyDelete