Desa kelahiran ana di Teluk Intan kini tidak seindah suatu waktu dahalu, mana tidak nya sekarang ni sering kali di ancam monyet-monyet yang semakin hari semakin berkeliaran sehingga ke perkarangan rumah. Tak cukup dengan itu, kambing juga memakan pokok-pokok bunga yang dahulunya berwarna warni menghias laman. Nak cakap pun susah, yang membela tu saudara terdekat juga, bela kambing tapi di biarkan bebas..ermmm nasib badan kata mak saudara ana. Balik baru-baru ni sempat lah juga ana hala kan lensa ke beberapa kuntuman yang masih mampu bertahan tumbuh mekar berkembangan di laman. 




Bunga ixora putih ni atau di kampung di panggil bunga jenjarum berbau wangi sangat. Dahulunya ada yang merah dan warna jingga..kini hanya yang putih masih bertahan. Mungkinkah faktornya yang wangi itu membuatkan monyet tak menggemarinya, begitu juga dengan si kambing ?Waallahu a'lam..








Akar Dani ni antara bunga feveret ana, warnanya putih pink dan bauannya yang amat harum pasti menyeri halaman desa.




Bunga ni bunga senduduk kata mak, ada yang berwarna ungu dan ada juga yang berwarna pink serta biru kalau tak salah ana, lupa dah sebab petang tu hanya yang ungu ni kelihatan.






Haha bunga ni kata mak ana,bunga maman..entah ye entah tidak ana pun tak tahu sebab daun nya macam daun maman yang kami buat jeruk tu. Bunga ni macam-macam warna juga adanya tapi tak banyak yang mekar di kampung ketika ini. Kalau di Cameron Highland banyak kan, cantik sangat, Subhanaallah. Biasalah mak kat kampung main gelar je nama bunga-bunga ni, bukan nya ada istilah saintifik bagai.


Apapun bunga-bungaan masih berbunga walau tak banyak yang tinggal, kalau dahulu bunga kertas dan pelbagai warna menghiasi laman bonda, kini hanya saki baki yang tinggal....

8 Comments

  1. kalau rumah ada mini garden,dipenuhi pulak dengan bunga2 an ni..wow..cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Siti, seronok sangat kalau dipenuhi bunga-bungaan kan :)

      Delete
  2. Cantik lagi desa Ana ni kalau nak compare desa yang lain. Kalau dulu senang sgt nak jumpa bunga ixora warna merah tu tp skrg kalau ada yg tanam adalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dahulu lagi banyak pelbagai jenis bunga-bungaannya tapi sekarang makin kurang sebab di ganggu monyet dan kambing Ana :(

      Delete
  3. memang seronok kalau boleh balik kampung dan tengok pokok2 yang ada disekeliling

    ReplyDelete
  4. kalau sekeliling kita dipenuhi bunga yang berwarna warni dan pohon menghijau...masyaallah tenang ja rasa...seronok duduk kampung...macam-macam boleh jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul arz, mendamaikan setiap kali balik ke kampung :)

      Delete