Bercutiiiii....siapa tak nak kan..Percuma!! Lagi laa nakkkk... Sebut sahaja percutian percuma terus tak sabar nak tahu dengan lebih lanjut kan..Kat mana boleh dapatkan percutian percuma ni? Haha..mudah sangat, korang cuma perlu menyertai contest TRAVELOKA WINNING A STAYS menerusi Facebook jer. Ana tahu la, sebab ana pun kaki contest, jadi kalau nak join mana-mana contest mesti nak kan yang syaratnya mudah, dan jangan tak percaya TRAVELOKA WINNING A STAYS ni pun mudah sahaja terma dan syaratnya. Jom teruskan membaca dan ana akan ceritakan bagaimana korang boleh berpeluang memenangi percutian unik dari TRAVELOKA ni.




Traveloka Winning A Stays Contest  


Korang masih berpeluang untuk memenangi salah satu daripada pemenang Traveloka Winning A Stays Contest  ni kerana ia masih lagi sedang berlangsung. Syaratnya pun mudah  jadi pasti tiada sebarang masalah, dan mana tahu rezeki menyebelahi korang, menang laa pulak ..dah banyak kali ana sebut ni, menang..menang..menang , masin jari ana menaip menang pula yang membaca entri ni ..Aamiin.

Contest ni telah pun bermula mulai 3hb April 2017 dan akan berlangsung sehingga 30hb April 2017 ni, so sempat lagi kan. Sepanjang tempoh peraduan, setiap minggu TRAVELOKA akan upload hotel yang menawarkan pengalaman penginapan yang unik yang tak boleh korang lepaskan peluang untuk memenanginya. Pastikan korang singgah ke Facebook dan Instagram TRAVELOKA pada setiap Isnin jam 6pm. Jadi untuk minggu ke empat ni korang kena cepat-cepat ke www.facebook.com/travelokaMy dan join, Yeay !!


Syarat-syarat penyertaan TRAVELOKA WINNING A STAYS CONTEST:


Macam ana bagitahu awal-awal tadi syarat nya mudah sangat.Traveloka akan berkongsi album foto-foto menarik tempat percutian atau hotel berlainan yang unik setiap minggu selama empat minggu kat laman Facebook Page Traveloka dengan menampilkan  kualiti yang terbaik dari tempat percutian terpilih seperti lokasi. bufet sarapan, kolam renang dan sebagainya. Apa yang perlu korang buat hanya LIKE laman Facebook  Page Traveloka, SHARE album gambar contest yang di muat turun kat laman Facebook Page Traveloka, TAG dua rakan korang dan tinggalkan komen Traveloka Winning Stays  Contest, mengapa korang perlu berehat dan cukup senang untuk tinggal di tempat percutian terpilih. Satu lagi, JANGAN LUPA gunakan hashtag #TravelokaWinningAStay. Jika korang dipilih sebagai pemenang, korang akan memenangi penginapan dua hari satu malam  secara PERCUMA. Bestnyaaa :)


Image may contain: text


Dan untuk minggu terakhir ni, TRAVELOKA WINNING A STAYS CONTEST memilih Sunway Lost World Hotel. Korang boleh berpeluang memenangi percutian 2 Hari 1 Malam di Sunway Lost World Hotel bukan bilik biasa tetapi di Super Suite nya. Wow!! Bukan itu sahaja, Percuma Sarapan Pagi untuk empat orang, bersama empat keping tiket untuk ke Taman Tema dan empat tiket ke Hot Springs dan Spa. Semua ini bernilai lebih RM2,600.

Inilah saat-saat yang unik untuk korang menikmati percutian hebat ni di Lost World of Tambun yang cuma terletak bersebelahan sahaja dengan hotel, sambil merehatkan diri di Hot Springs dan Spa yang berdekatan. Punya laa seronok kan.. jadi jangan lupa cepat-cepat sertai sekarang juga.



Image may contain: one or more people, mountain, outdoor and nature

Wahh, ucapkan selamat tinggal kepada rutin harian yang membosankan dan say hello to fun !!The Lost World of Tambun satu lokasi unik yang menarik untuk korang kunjungi bersama rakan dan keluarga.



Cuba korang tengok kolam renang ni...bestnya kalau dapat berendam kan sejuk kan badan dari bahang cuaca panas sekarang ni..nyaman.



Bukan itu sahaja,kita juga boleh kunjungi pelbagai tempat-tempat menarik di sekitar bandaraya Ipoh yang tak jauh pun dari lokasi percutian. Banyak tarikan terbaharu di Ipoh yang ana sendiri lama dah tak ke sana walaupun kampung halaman ana tak jauh dari sini. Rasa macam nak book terus percutian bersama TRAVELOKA ni dan enjoy!!



Pastinya percutian hebat untuk seisi keluarga apabila berada di Lost World of Tambun bersama TRAVELOKA.



Pemandangan mendamaikan di Hot Spring dan Spa di kaki bukit batu kapur yang pasti menawarkan suasana dingin dan tenang.


Inilah dia salah satu tarikan utama di sini, The Geyser of Tambun, pancutan air panas setinggi 40 kaki yang mempersonakan.


Jadi, jangan lupa untuk sertai contest TRAVELOKA WINNING A STAYS CONTEST di Facebook TravelokaMy atau kalau korang memang dah berkenan sangat dengan percutian-percutian hebat ini apa kata terus sahaja ke www.traveloka.com . 



BEST OF LUCK !! 

4 Comments