Ketika ana di kampung beberapa minggu lepas, sesaja lah meronda belakang rumah arwah tok. Cadang nak cari benih pokok bunga keladi yang tumbuh meliar di belakang rumah, dan tiba-tiba terpandang lah sepohon pokok yang lebat berbuah. Sekali pandang, menggoda sungguh, lebat buahnya berwarna merah. Sebelum ni pernah juga nampak tapi macam buat tak kisah jer. Kali ini sebab di tangan ana memegang handphone, jadi ana ambil lah beberapa keping foto. Paling tidak pun untuk update di Instagram sebab rupa parasnya yang lawa gituew..

Ana ambil sedahan dan tanya kat mak, buah apa ni? Mak bagitau ini buah rokam. Ana tanya lagi, buah rokam ni boleh makan ke? Mak kata boleh, tapi tak lalu nak makannya sebab masam Ya Rabbi. Maknanya masam yang teramat sangat la tu hihi.. Rasanya ramai yang tak pernah tengok buah rokam ni kan, kerana ianya sejenis buah pokok yang tumbuh meliar di hutan. Jarang yang di tanam orang sebab tak ada keperluan agaknya.


Buah Rokam 


Kena sebut dan eja betul-betul sebab buah rokam dan buah rokan adalah dua jenis buah yang berbeza bagi sesetengah masyarakat. Yang ana tunjuk kan gambar di atas tu, buah rokam. Cantikkan bila masak, merah macam buah ceri je rupanya. Kalaulah ia sesedap buah ceri mesti best kan..patut lah buahnya banyak bergayut di pokok dan tidak diusik kera yang datang berkeliaran di sekitar kampung ana ni, sebab rasanya sangat-sangat masam dan pahit.Senang cerita, buah ni tak sedap hihi. 




Memang ia sangat masam dan ada pahit-pahit sikit rasanya. Tak tahu la nak makan macam mana pun kan. Mak kata tak pernah pula ada orang buat jeruk ke apa ke, Ana nak rasa sangat cuma gigit sikit je..seriuos memang tak sedap dan masam yang paling tahap tertinggi sekali. Ana ni memang antu asam tapi hat buah rokam ni ana surrender la .. kalau buah kelubi tu pun dah tak mampu nak makan mentah, buah ni pun sekelas laa tahap kemasaman nya dengan buah kelubi. Cuma kelubi boleh di jeruk dan sedap di makan..Bayangkan lah, kera pun tak mahu makan buah hutan ni.




Sebelum ana menulis entri ni, ada laa juga mencari beberapa info tentang khasiat buah rokam dari perkongsian beberapa blog. Menurut catatan Kak Mala Sahar di blognya, " Di kalangan masyarakat tradisional , buah rokam boleh mengelakkan mata menjadi rabun, loya dan cirit-birit. Daunnya direbus dan airnya diminum untuk menghentikan cirit-birit. Daun yang dikeringkan dan dikisar menjadi serbuk digunakan untuk merawat penyakit bronkitis dan batuk. Daun dan kulit pokok rokam juga digunakan untuk menghentikan gusi berdarah dan sakit gigi." 

Kredit sumber : http://www.noormalashahar.com.my/2011/02/khasiat-buah-rokam.html 
Kalau ada yang mencari info-info mengenai rokam ni, boleh la ke link yang ana berikan di atas tu. Lebih saintifik dan detail penerangan dari Kak Mala Sahar. 

20 Comments

  1. Cikla pun tak pernah jumpa lg buah ni. Apatah lagi mkn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rare buah ni cik La, buah hutan kata mak kak ana :)

      Delete
  2. First time sha tengok nie.. tak pernah lagi makan..

    ReplyDelete
  3. Pernah dengar nama buah ni tapi belum pernah tengok berdepan. Kalau masam tu alahai...memang bukan taste kita la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. buah hutan kata mak ana Kak Mala, masam ya amat, ana yang peminat asam tegar pun surrender kak :)

      Delete
  4. Buat rokam ni sebelum makan kena gelek kat tangan dulu baru boleh makan.Buah masak di tangan macam tu cara nak makannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo macam tu ye Suria, terima kasih atas perkongsiannya :)

      Delete
  5. Saya pernah makan buah ni. Semasa waktu kecil dulu sekitar tahun 80an. Kalau tak silap batangnya berduri. Cara makan buah ni gelek atas
    tangan. Pas tu gigi bertukar warna. Sekarang pokok rokam mi sudah tiada lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh di makan rupanya kan, terima kasih atas perkongsian, kita pelajari sesuatu yang baru.. :)

      Delete
  6. Buah ni sedap bila buat jus,letak gula lebih skit + garam skit + asamboi yg putih gebu tu..2~3 biji...cer try...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ye ke, terima kasih atas perkongsian idea nya.. ermm mungkin boleh cuba nanti kalau ada lagi buahnya di kampung AJ :)

      Delete
  7. Mai rumah adik
    Wasap. .0122689284

    ReplyDelete
  8. Tgl berbuah banyak betul

    Datang lah adik dia salak tinggi

    ReplyDelete
  9. buat jeruk. dulu kawan selalu buat aiskrim jeruk rokam ni. sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu laa ada juga yang bagitau boleh buat jeruk :)

      Delete
  10. Buah rokam kena tunggu betul2 masak warna jadi gelap, akan jadi sedikit masam manis. Cara makan paling best tumbuk bagi pecah2 bersama sedikit belacan, cili kecik Dan tabur sikit garam Dan gula. Baru akan rasa sedap sampai teringat. Buah yg agak muda mmg rasanya kelat

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh macam tu King, terima kasih atas perkongsiannya :)

      Delete
  11. Ini buah favourite mada kecil dulu. Sebab peminat masam. Arwah tok ada tanam pokok rokam ni. Selalu kutip yg dah masak, maka cicah garam je. Mencari merata2 pokok ni, dah tak jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terkini saya balik kampung lepas pkp ni pokok ni pun dah pupus dah :(

      Delete