Lama juga ana tinggalkan hobi bercucuk tanam ni. Sejak kena slip disc tahun lepas, ana memang tak sangat ke belakang rumah membersih rumput dan sebagainya. Mujur juga pokok-pokok tanaman masih subur walau tak berjaga sangat. Pokok pandan, daun kari, daun sirih dan sebagainya masih subur dan membiak dengan banyak. Alhamdulillah. Lepas lah untuk keperluan kami sekeluarga dan jiran-jiran berkongsi hasil bumiNya.

Namun sejak kebelakangan ni, suami pula terlebih rajin bercucuk tanam.Cara nya lain sikit, suami lebih gemar menanam pokok di dalam pasu sahaja. Antara yang sedang subur membesar ialah pokok halia, kunyit dan daun kesum.Dan baru-baru ini, suami mengajak ana ke Nurseri Sungai Buloh untuk mencari benih pokok cili dan juga limau kasturi.Nak cuba tanam dalam pasu juga katanya.





Nurseri Sungai Buloh

Ana ni memang pantang kalau di ajak ke Sungai Buloh nurseri ni. Kadang-kadang tu kalau ada saudara mara yang sakit di wad Hospital Sungai Buloh pun selepas menziarah, terus lajak ke sana. Gemar sungguh melihat pokok-pokok tanaman di jual dan paling awesome tengok pokok bunga la kan. Tapi macam dah masak juga lah ketika membeli pokok bunga di sini atau di mana-mana nurseri. Ada ketikanya, beli bawa balik dan tanam, pokok tak berapa nak menjadi dan akhirnya mati. Serba salah dah rasanya, terlebih air pun tak boleh, terkering pun tak boleh. Mungkin tak berbaja agaknya kan atau pun tak khatam teknik penanaman yang betul.



Cuba korang tengok pelbagai kuntuman bunga ros yang dijual di nurseri Sungai Buloh ni kan, punya la cantik-cantik warnanya. Subhanaallah. Tapi ana tak beli pun, harganya boleh tahan la juga dalam RM20 keatas kalau tak silap ana. Sebabnya tujuan asal ana menemani suami untuk mencari benih pokok cili api dan juga limau kasturi. Dapat juga lah benih yang di cari dan harganya pun okay la tak la mahal sangat. Dan sekarang ni suami obses dengan pokok-pokok tanaman dalam pasunya. Hari-hari bangun pagi dah menjengok ke belakang rumah untuk melihat pokok-pokok tanaman nya. 

Tanaman pokok dalam pasu di rumah 

Walaupun ada sekangkang kera tanah di belakang rumah dan hampir penuh jugalah dengan pelbagai tanaman herba kami seperti pokok kari, sireh, pokok kari, pokok pisang, lengkuas, daun pandan, belimbing buluh dan sebagainya,namun kali ini, suami memilih untuk mencuba menanam pokok di dalam pasu pula. Antara yang sedang subur dan membiak juga lah ialah pokok kesum, halia, daun sup, dan yang terbaharu ialah cili api dan pokok limau kasturi yang baru di belinya di Sungai Buloh. Jom lah ana belanja beberapa gambar pokok pasu ana.











Semoga pokok-pokok ni akan subur dan menghasilkan buah yang berpanjangan. Seronok pula bila melihat kesemuanya sedang membesar dan berbunga. Kalau minat jom kita sama-sama bercucuk tanam dalam pasu pun jadilah. 

6 Comments

  1. Replies
    1. Alhamdulillah NH masih segar ke hari ni :)

      Delete
  2. Suburnya pokok2 tu. Ana kenapa bubuh jaring dalam pasu. Apa fungsinya ye..☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah KY..hihi itu sebab kat belakang rumah ni banyak kucing berkeliaran KY, takut depa singgah buat public toilet kat tanah dalam pasu tu. Ana pula suka bagi depa makan kat belakang ni..itu je KY :)

      Delete
  3. Teringin nak pi nursery Sg Buluh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, Kak Mala, satu hari nanti semoga direzekikanNya Kak Mala ke sini , Aamiin :)

      Delete