Kepada yang sering mengikuti ana di Instagram dan Facebook, pasti perasan yang ana ni memang peminat tudung bawal. Pelbagai label pernah ana gayakan, dan yang terkini ana selesa dan jatuh hati pula dengan koleksi terbaharu dari IBawal. Kenapa ana tersuka sangat dengan IBawal ni, sebabnya ia selesa di pakai, corak-corak terkini dengan warna-warna pastel yang trending dan paling awesome tudung IBawal ni wangi uollss. Tak percaya? Kena la beli dan pakai sendiri. sesuai dengan tagline mereka, 'gosok-gosok wangiii'. Bila dah basuh pun masih kekal bau wanginya dengan haruman bunga mawar dan bunga tempatan. Dan koleksi terbaharu dari IBawal ialah SORAYA 2017 Parfum, Flora & Fauna.



Ibawal - SORAYA 2017 Parfum, Flora & Fauna.




Ana telah pun memiliki 3 dari pelbagai IBawal Collections yang awesome ni. Ketiga-tiga koleksi ni memang selesa di pakai walaupun ana menggayakannya ketika cuaca panas ketika ini.Ianya sentiasa berbau harum dengan haruman bunga mawar dan bunga Tropika terpilih. Kain dari jenis satin ekslusif yang berat dan lebih tebal dengan padanan warna-warna pastel yang cantik dan terkini. Mudah di bentuk dan tidak mudah renyuk bila di gayakan seharian. Lebih-lebih lagi macam ana ni, setiap kali lepas solat memang bermasalah untuk memakai semula tudung. Dengan IBawal, Alhamdulillah mudah dan kemas semula pemakaiannya. 

Bercakap tentang tudung berbau wangi ni, walaupun ana telah membasuhnya, haruman di tudung SORAYA 2017 Parfum, Flora & Fauna. ni tetap kekal harum. Memang benarlah tagline mereka' gosok-gosok wangi ' tu tau!! I like sangat :) Jadi khas buat peminat bawal eksklusif apa kata korang mencuba tudung bawal dari IBawal ni. Dan jom ana kongsikan dengan korang serba sedikit keistimewaan IBawal berbanding dengan lain-lain label yang terdapat di pasaran. Khasnya koleksi terbaharu dari mereka SORAYA 2017 Parfum, Flora & Fauna.





IBawal memberikan keistimewaan pada koleksi SORAYA 2017 dengan tudung wangi haruman kekal yang diilhamkan oleh kecantikan seni alam tropika Malaysia. SORAYA 2017 memperkenalkan bunga tempatan dan tumbuh-tumbuhan yang unik dan tersendiri menjadikannya rekaan tudung yang indah. Penghargaan kepada alam telah menginspirasikan  SORAYA 2017 untuk membawa unsur-unsur kehidupan fauna khas dalam koleksi hijab wangi ini. Alami aroma manis bunga mawar dan tropika, menyerlah kewanitaan, daya tarikan dan gaya sopan cantik dengan SORAYA 2017 Parfum, Flora & Fauna. IBawal telah membuat pembaharuan pada pembuatan tudung koleksi ini menggunakan nano technology yang membuatkan bau dan haruman tudung kekal walaupun selepas basuhan.

Antara koleksi yang sempat ana kongsikan disini dari SORAYA 2017 Parfum, Flora & Fauna, adalah seperti :

SORAYA 2017 Parfum, Flora & Fauna - Bunga Raya 





Bunga kebanggaan, bunga kebangsaan kita. Bunga Raya mengekalkan asas kehidupan, hidup bermasyarakat dan rasa rendah diri. Memori, tradisi dan budaya kekal dengan Bunga Raya mengingatkan kita supaya sentiasa bersyukur dengan setiap pencapaian atau kelemahan dan juga tidak lupa asal usul kita. Koleksi yang ana pakai di dalam gambar di atas adalah dari SORAYA 2017 Parfum, Flora & Fauna - Bunga Raya dengan motif corak dan padanan warna yang lembut dan sesuai untuk semua peringkat usia. 


SORAYA 2017 Parfum, Flora & Fauna - Merak




Tatkala bangga, dia juga berkeyakinan dan bersemangat dalam menempuh sebarang cabaran atau rintangan. Merak berdiri teguh dan tinggi, tidak gentar dengan gangguan kesejahteraannya. Mereka adalah simbol wanita yang kuat, bebas dan cantik, cekal menjaga dirinya dan mereka yang sama berjuang dengannya. 



SORAYA 2017 Parfum, Flora & Fauna - Rama-rama



Si Rama-rama cantik terbang bebas dan anggun hinggap ke sang bunga. Rama-rama tertarik kepada warna ceria kelopak bunga mencuri habuan madu pemanis hari. Rama-rama bersederhana dan bersyukur, sungguh tidak mengetahui dirinya memberi inspirasi kepada semua disekelilingnya yang kagum dengan setiap gerak-gerinya.

SORAYA 2017 Parfum, Flora & Fauna - Orked 



Menakjubkan, sensitif, eksotik dan ganjil menggambarkan Orked yang perlukan perhatian, kasih sayang.Orked sangat di manjakan dan dilindungi kerana dia istimewa. Seperti puteri raja, Orked adalah kecil ayu tetapi besar pada kecantikannya. Halus mulus rupawan, tetapi kuat tangkap harumannya.


SORAYA 2017 Parfum, Flora & Fauna - Batik Bloom




Kesabaran dan ketelitian perlu untuk mencanting Batik. Calitan lembut beralun bersama rekaan rumit mengajar penghargaan masa dan perhatian terperinci untuk rekaan karya agung ini. Untuk mencapai seni Batik Bloom, dia sudah mencapai kekuatan diri dan ketenangan jiwa mendalam.

Inilah lima koleksi  Ibawal SORAYA 2017 Parfum, Flora & Fauna pada ana semuanya ada nilai estetikanya yang tersendiri, warna yang cantik dan motif lakaran yang sangat menawan hati dan sesuai untuk semua golongan usia serta harga yang amat berpatutan di pasaran masa kini. Korang boleh sahaja ke laman web mereka di www.ibawal.com untuk melihat pelbagai lagi koleksi Ibawal dan yang terkini SORAYA 2017 Parfum, Flora & Fauna dengan macam-macam pilihan warna dan corak yang terdapat di sana. Sure korang rambang mata punya la. 

IBawal 




Label tudung jenama IBawal mula menembusi pasaran tudung sejak November 2015 dan sehingga kini IBawal sudah memiliki 7 koleksi yang hanya boleh didapati secara ekslusif daripada stokis dan ejen mereka di seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak, San Francisco dan Riyadh. 20% keluaran tudung IBawal adalah untuk pasaran antarabangsa dan mereka juga menawarkan peluang kepada resellers Bumiputera menjual tudung IBawal dengan modal yang rendah. Mereka juga mengajar semua stokis dan ejen teknik pemasaran online dan pelbagai aktiviti yang berterusan serta aktif di social media, majalah dan surat khabar.

Tudung IBawal terkenal dengan kotak ' Powerbank' sebagai packaging isimewa mereka sebagai branding jenama IBawal. Tudung IBawal juga sangat dikenali dengan design tersendiri, kualiti terbaik, tidak perlu digosok dan yang paling istimewanya tagline mereka ' Gosok-gosok wangi', memang terbukti kerana ana sendiri telah mengalaminya. Jadi korang jom cepat-cepat dapat kan pelbagai koleksi IBawal yang istimewa ini dengan melawati mana-mana laman social yang ana berikan di sini atau hubungi sahaja nombor yang tertera untuk sebarang pertanyaan. Cepat tau!! Lambat kehabisan stok jangan menyesal kay..

Laman web : www.ibawal.com

Facebook : ibawalmalaysia

Instagram : ibawal.my

Twitter : ibawalmalaysia

Hubungi Hotline : 

+6017 3199 311 

atau 

03- 7733 3053 

4 Comments