Resepi Tiramisu Simple
Tiramisu, memang feveret sangat dan kalau ana ke mana-mana buffet di hotel atau coffee house mesti tiramisu lah yang di cari-cari. Sempena Ramadan ni, macam teringin sangat nak try homemade tiramisu di rumah. Pakat dengan Adik dan Kak Long, cari bahan dan kami mula lah meng Google resepi-resepi dan cara nak buat tiramisu ni. Last-last terhasillah our homemade tiramisu versi anajingga.com yang sempoi sangat. Macam selalu bahan-bahan yang ana gunakan ikut apa yang ada di pasaraya atau stok di rumah sahaja kan. Kita mix and match kan. Jom kita tengok hasil tiramisu dari kami tiga beranak ni.
Resepi Tiramisu
Bahan-bahan untuk membuat tiramisu :
Whipping cream
Cream Cheese
Esen Vanila
Gula Castor
Cheese cake atau Sponge kek pun boleh
Segelas air dengan serbuk Nescafe (larutkan)
Serbuk koko
Cara-cara nak buat Tiramisu :
1.Gunakan Whipping Cream dengan Cream Cheese dengan nisbah 1:1. Contohnya 200g Whipping Cream sama juga 200g Cream Cheese juga. Satukan kedua-dua bahan didalam mangkuk dan whisk kan sehingga sebati.Atau lebih mudah masukkan ke dalam blender dan blend sahaja.
2. Masukkan esen vanila dan gula, blend sebati.
3. Potong kek ikut saiz cawan. Rendamkan dalam bancuhan Nescafe tadi seketika dan masukkan ke dasar cawan atau gelas.
4. Tuangkan adunan Cream Cheese tadi ke atas lapisan kek berNescafe.
5. Taburkan pula lapisan ke tiga dengan serbuk koko. Mudah gunakan ayak kecil supaya nampak sekata dan nipis.
6. Ulangi proses ini sehingga ke permukaan atas cawan atau gelas.
7. Dah siap tu,boleh lah sejukkan di dalam petisejuk. Tiramisu memang lah kena makan sejuk kan.
8. Dah sejuk, apa tunggu lagi ceduk dan makanlah tiramisu yang sedap dan enak di makan begitu sahaja.
~Selamat mencuba~
10 Comments
wow2 sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletesedapppppp angatttt NH :)
DeleteTudiaaaaa. Banyaknya dalam peti ais tu. Nak satuuuuu. Hehe.
ReplyDeleteberatoq dalam peti ais,meh laa Lia hihi :)
Deletewah kak ana...nak sikit hahaha
ReplyDeletebuat sendiri memang puas..boleh makan banyak2
memei puas ati, nanti ARZ lanjer cik puteri tiramisu tau..mesti dia suka sebab ada coklat hihi :)
DeleteFuhhh sedapnya kak Ana. Buat sendiri lagi puas hati kan. Banyak pun iye jugak. Heheh
ReplyDeletedua hari nak habiskannya nani, makan banyak jadi muak lak kan hihi :)
DeletePergh!! Mengancam betul tiramisunya..
ReplyDeletemenggodakan Sha haha :)
Delete