Syawal kian menghampiri akhir nya, semalam dah pun 28hb Syawal 1438H. Bagaikan terlalu cepat masa berlalu meninggalkan kemanisan Syawal bersama rakan-rakan dan sanak saudara tersayang. Alhamdulillah, masih diberiNya kesempatan untuk meraikan Syawal hingga ke saat entri ini di terbitkan. Setiap tahun pasti ada detik kemanisan Syawal yang bakal ana kenangi sepanjang hayat.

Sabtu semalam, ana memenuhi jemputan menghadiri jamuan rumah terbuka raya, alaaa open house la kan. Dari siapa pula tu, dari rakan blogger yang mula ana kenali di alam maya,kemudian kami sama-sama ke SBB2017 yang lepas dan hari ini ke rumahnya pula yang tak jauh pun dari kejiranan ana. Kami ni satu daerah je sebenarnya, senegeri pula tu, pasti lebih senang menjadi akrab. Blogger yang ana maksudkan ialah Shuhaida Kabdy dari www.shuhaidakabdy.com .


Sebelum ini pun ana memang suka ke pasar malam BTP ni, sebab makanannya sedap-sedap dan selalu kalau datang mesti cari air kelapa laut dan air kedondong asam boi Man Java. Man Java ialah keluaran syarikat suami Sue. Memang lain rasa dia dari mana-mana jualan air kedondong asam boi atau kelapa laut Man Java. Cukup rasa, cukup manis dan pekat sedap. Hari ini, minum puas-puas lah ana dan Kak Long air yang enak-enak di rumah tuan rumah Cik Sue kita ni.


Air Kelapa Laut & Kedondong Asam Boi Man Java 


Macam-macam menu yang istimewa di sajikan buat tetamu, antaranya menu makanan tengahari selera kampung, laksa, roti jala, popia dan yang paling rare dan awesome sekali, sengkuang calit yang mana sos nya dibawa dari Batu Kurau, kampung belah Sue sendiri. Sos merah sengkuang calit tau, bukan sos kuah rojak tu. Laju je ana menikmati feveret ana ni. 


Haha dah tak sabar laa tuu, dah kena ngap baru teringat nak ambil gambar. Gelojoh ko ana kan bila jumpa sengkuang calit perisa original ni.



Seronokdapat berbual dengan Sue sampai dari pukul 4;30 dekat jam 6 petang juga lah. Cerita mak-mak, dunia media dan blogger dan kisah kampung halaman. Dan tak sangka pula adik Sue, Syuhaina pun rupanya seorang blogger juga. Wah..bagusnya berbakat dalam dunia penulisan dua beradik ni. Alhamdulillah, semoga sentiasa di kurnia pahala yang berpanjangan di atas setiap perkongsian yang bermanfaat buat insan lain, Aamiin. 


Dan kalau korang nak cari resepi serta pelbagai parenting tips jangan lupa singgah ke www.shuhaidakabdy.com . Dengan niche lifestyle blogger pasti korang akan dapat banyak perkongsian info yang baik dan menarik dari Sue atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Sue ni.


6 Comments

  1. Seronoknya...alhamdulillah..dari alam maya ke alam nyata..moga terus semarak ukhuwah.

    ReplyDelete
  2. best lepak dengan kawan-kawan blogger.. sedapnyaa sengkuang calit !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup CT, sengkuang calit memei winnnn sangat :)

      Delete
  3. Terima kasih sayangku Ana sudi datang rumah Sue.. seronok sangat Ana datang. Semoga silaturahim berpanjangan selamanya 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, In SHaa Allah, semoga ukhuwah kita kekal terjalin juga Sue :)

      Delete