Semalam,ada satu job yang memerlukan ana upload video dari link Facebook yang diberikan. Biasa lah ana ni buta IT sikit, bab-bab teknikal ni memang slow sangat lah. Mujur juga ada Kak Long yang ajar bagaimana cara untuk download video dari Facebook dan save ke handphone kita. Dari sana membolehkan kita upload semula video tersebut ke mana-mana media social yang dikehendaki. Bila ana Google memang banyak tutorial cuma agak complicated juga caranya. Dan apa yang Kak Long ajar ni lebih mudah bila kita hanya perlu menggunakan applikasi yang di download dari Apps Store sahaja. Ana kongsikan disini,mana tahu boleh bermanfaat untuk orang lain dan sebagai rujukan ana di masa depan nanti.

Cara download video dari Facebook ke Handphone : 


1. Mula-mula kenalah download ke handphone korang applikasi VIDEO DOWNLOADER FOR FACEBOOK di apps store. Baru lah boleh digunakan ye tak :)

2. Di Facebook korang kena save dahulu video yang korang nak download tu. Cuma klik pada tiga dot di sebelah atas kanan video tu dan pilih 'Save Video'. Video korang akan di save di Facebook akaun korang dah tu.

3. Ketika nak download tu, masuk ke apps VIDEO DOWNLOADER FOR FACEBOOK dan korang akan dapat tutorial seperti dibawah. Ikut sahaja cara yang di berikan tu, senang kan.


4. Klik pada "GOT IT!" . Ia akan membawa kepada Browser Facebook dan Log-in akaun korang. 


5. Di Facebook, pergi ke Saved, macam yang di tunjuk oleh anak panah tu. Klik dan pilih video yang telah di save dan ingin di download. 



6. Bila video korang muncul akan keluar pop-up seperti dibawah dan pilihlah "DOWNLOAD". Video tersebut akan di muat turun ke galeri phone korang. Dah settle... selamat mencuba kay. Pastikan download video yang baik-baik sahaja tau.. Jaga-jaga ADA yang memerhati apa sahaja yang kita lakukan. Hati-hati dengan apa yang ingin di share kerana semua itu ada dosa pahalanya. Waallahu 'alam . Semoga bermanfaat. 


6 Comments

  1. Wah x pernah2 terfikir nak download app ni. Takot terasyik dok download video huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun untu siapkan task Wani,kalau tak perlu tak payah kut nak donlod apps ni :)

      Delete
  2. ooo..baru tahu camna nak buat...senanglah nanti ...thanks ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tu la Azie, kadang-kadang client bagi task yang kita tak berapa pandai nak buat, so nak tak nak kena buat kan, ana update sini esok2 senang nak cari balik :)

      Delete
  3. hehe suka ayat jaga2 ada yang memerhati tu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi sekadar peringatan, mana tahu ada yang google nak donlod benda2 tak baik kan, tak pasal2 dapat dosa jariah, baik letakkan peringatan awal-awal..hihi :)

      Delete