Kuih Pau Cendawan dan Ayam Yang Unik , Cantik dan Sedap
Lama dah viral kisah kuih pau ayam dan pau cendawan ni. Ana ni jenis tak lah kejar sangat benda-benda viral ni, jadi kita buat tak tahu je lah. Tapi kan, masa ana ke Pasar Tani, Taman Pelangi ,Ahad lepas, ada la orang jual pau viral ni. Suami pula kali pertama nampak, dia nak cuba katanya. Kami beli lah tiga ketul kuih pau ni. Ada macam-macam bentuk yang depa jual, ada pau ayam, pau cendawan, pau jagung, pau kacang tanah dan pau cili. Suami pilih tiga pau untuk dirasa nya. Dia memilih pau cendawan, pau ayam dan pau jagung macam dalam foto di bawah ni.
Cantik kan bentuk kuih pau ni. Pau berbentuk cendawan tu intinya ada cendawan, sedap juga lah, ada rasa black peper sikit. Yang bentuk ayam sekor tu, beriniti isi ayam, pun sedap. Dan yang jagung tu, intinya pastilah jagung kan. Hat ni manis sikit, jadi kurang kena dengan selera ana. Tapi bagi mereka yang menggemari jagung pasti suka kan.
Tiga ketul pau ni berharga RM10. Sebiji pau berharga RM3.50. Nak cuba tu boleh lah, nak makan kenyang, baik lah buat sendiri hihi, cuma tak ada lah dapat bentuk cun melecun macam tu kan. Agaknya depa gunakan acuan kut untuk dapatkan bentuk-bentuk cantik macam tu, sebabnya saiz setiap satu pau tu sama je. Kalau nak bentuk manual pasti tak lawa hasilnya.
Kreatif orang berniaga sekarangkan, bila menjual sesuatu yang unik dan sedap pasti orang akan beli. Rezeki buat si peniaga, cuma janganlah ambil kesempatan pula. Ada sesetengah pau bila kita beli, intinya punya lah ciput. Walaupun sekadar pau kaya atau pau kacang merah sahaja.Berniagalah dengan jujur kerana rezeki yang kita perolehi itu bakal menjadi darah daging kita sekeluarga. Waallahu a'lam.
16 Comments
comel jer kuih pau ni kan...nak mkn pun syg
ReplyDeletehihi comel kan, hat jagung tu kan main kaler dia :)
DeleteSelamat tengahari & salam aidil adha
ReplyDeletewah sekali nampak macam lengkap makanan atas pinggan
rupanya pau
hehe
kan Mazni macam main masak-masak je kan :)
DeleteCantiknya. Rasa sayang pulak nak makan hehe
ReplyDeletesedap Kin, lembut je rasa pun sedap tu :)
Deletepau cili pun ada. macam manalah rasa dia agaknya ye
ReplyDeleteada ye Nur Sabrina, jangan podeh dah :)
DeleteMmg unik especially yg bentuk ayam tu.. best juga ni kak hehe :)
ReplyDeletenanti KK singgah pasar tani Taman Jati kut2 jumpa beli nanti :)
Deletealahai alahai comelnyaaa hehe.. ayam tu debabnyaa =D
ReplyDeletesekali ngap je CT :)
Deletemakin kreatif pau - pau ni ..
ReplyDeleteKan CCL, cantik-cantik nak makan pun sayang hihi ;)
Deleteha ha ha aida pun pernah buat entri pasal pau viral ni, AJ :)
ReplyDeleteyg beza dgn AJ, aida xde pau jagung yg gojes tu.
ada pau kacang.
kebetulan tadi time nak balik cheras dari bangi, ada jual pau cendawan kat tepi bangi gateaway.
nak beli, tapi kereta terlajak laju. serrremmm nak stop mengejut. kenderaan byk.
aida suka pau cendawan tu la. best!!!
kan pau cendawan tu paling sedap, eh jangan emergency stop bahaya tu :)
Delete