Masa Adik Ika balik bercuti bulan lepas dan membuat persiapan beli belah sedikit keperluan untuk Kak Long sambung degree ke UiTM, kami ke KL. Port biasa shopping dan lepak di Wangsa Walk la sebab di sana semua ada. Parking pun senang. Pastu lepas Maghrib kami on the way nak balik ke MRR2 tu, ternampaklah di sebelah kiri jalan deretan food truck. Meriah sangat nampaknya dan ana teringat sepupu ana , Effa pernah update depa lepak makan kat sini. Adik Ika pun laju je suruh ayahnya berhenti, dia nak makan macam-macam bila balik cuti, ye la kat kampus pasti jemu menu makanan yang sama kan.

Ayahnya pun stop cari parkir belakang RHB tu kami pun explore la seketika Dataran Food Truck di Wangsa Melawati ni. Memang meriah, terdapat puluhan deretan food truck dengan pelbagai menu makanan yang menarik. Cuma harga makanan dan minuman tu je yang agak mahal juga lah pada ana. Tapi bagi yang berkemampuan pasti tak ada masalah. Janji sedap kan. Ye laa, pada era 2017 ni apa sahaja lah yang murah, sejak harga minyak turun naik tiap minggu, harga barang keperluan yang naik tak turun-turun dah. Minyak naik depa naik,minyak turun, sorry tak kan turun, tunggu naik, depa naik kan lagi ada laa... merungut pula kat sini ye..marhein macam ni laa nasibnya. Eh ! Dah jom kita sambung cerita Dataran Food Truck ni..


Dataran Food Truck Wangsa Melawati


Deretan puluhan food truck disini menawarkan pelbagai pilihan menu. Ada western food, makanan ringan dan snack, jus minuman pelbagai variasi dan sebagainya. Kami mencuba tokayaki disini dan memang sedap sangat. Kak Long dan Adik Ika pula beli jus mangga susu dalam big glass. Harga dalam Rm7 kalau tak silap tapi cukup pekat dan saizpun besar, boleh minum berdua nak habiskan. Ana try sirap bandung berharga RM5 pun kalau tak silap sebab lupa harga dia hihi.Serius sedap juga pekat dan cukup rasa. Jadi berbaloi juga beli dengan harga yang agak mahal tapi sedap kan.. 


Sedikit info yang ana cari mengenai Dataran Food Truck Wangsa Melawati yang ingin ana kongsikan disini ialah Dataran Food Truck @ Wangsa Melawati ini mampu menempatkan kira-kira 45 trak makanan dalam satu masa. Perniagaan trak makanan ini bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam setiap Selasa hingga Ahad.Maklumat lanjut berhubung Dataran Food Truck @ Wangsa Melawati, sila layari Facebook dan Instagram Dataran Food Truck.
(kredit sumber : Sinar Harian )


Kalau korang kebetulan berada di sekitar Wangsa Melawati ni, boleh lah singgah ke Dataran Food Truck. Lokasinya bersebelahan dengan KWSP dan deretan shop lot di sana. Boleh lah nak try menu-menu yang sedap-sedap kan sana. Macam-macam ada dan semuanya menjanjikan kelaianan dan keunikan yang tersendiri.


4 Comments

  1. Meriah! Banyaknyaaa food truck sampai 45 buah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah Lia,kalau berkesempatan bolehlah singgah nanti :)

      Delete
  2. wah bestnya ada banyak pilihan menu

    ReplyDelete