Perubahan tarikh Awal Muharam 2017

Bulan September 2017 ni rasanya paling banyak cuti umum buat rakyat Malaysia khasnya. Bermula dari cuti Hari Kebangsaan yang di sambung pula dengan perayaan Hari Raya Qorban pada 1 hb September dan terus hingga ke Isnin cuti peristiwa sempena kejuaraan atlet negara dalam Sukan SEA. Tak habis disitu, 16 September pula hari merupakan cuti Hari Malaysia dan terkini perubahan tarikh cuti Awal Muharam 1439H dibawa ke hari Jumaat membolehkan rakyat cuti panjang hujung minggu sekali lagi. Meriah dan semoga dapat diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat seisi keluarga,hendaknya..In shaa Allah.

Image result for awal muharram

Merujuk sumber Utusan.online : 

Bertarikh 9hb September 2017, memaklumkan Tarikh Awal Muharam (Maal Hijrah) bagi tahun ini diubah dari Khamis 21 September kepada Jumaat 22 September.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha berkata, perubahan itu ekoran ralat teknikal yang disahkan dan disemak oleh Panel Falak Jakim yang meneliti semula data bulan Zulhijjah.

“Adalah dimaklumkan perubahan tarikh 1 Muharram 1439H dalam kalendar adalah dari 21 September kepada 22 September 2017,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Kredit sumber : Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tarikh-awal-muharam-diubah-1.433340#ixzz4o75OJM8f 

0 Comments