Dua minggu lepas, teratak ana sekali lagi dikunjungi sahabat lama. Syukur Alhamdulillah bila masih ada sahabat yang mengingati dan sudi berkunjung ke rumah. Silaturrahim ini lah yang membahagiakan. Walau telah lama terpisah namun kasih sayang dan ingatan tetap bersemi. Dua sahabat ana ni merupakan kawan lama ketika sama-sama di bangku sekolah lagi, ketika kami menuntut di Tingkatan Enam Rendah dan Enam Atas. Ketika ambil STPM di SM Horley Methodist, Teluk Intan. Azza dan Gee... 


Ana bersyukur sangat setiap kali ada peluang dan kesempatan dengan izinNya bertemu dengan kawan-kawan sekolah ni. Bukan apa, kadang-kadang tergerak di hati, mungkin kah ini kali terakhir untuk kami bersua dan bermesra. Ajal maut janji Allah swt, kita tak tahu bila akan menjemput dan setiap kesempatan yang ada untuk bersua wajah dan menjalin ukhuwah amat ana hargai. Ana mahukan setiap pertemuan itu ada kemanisan kenangannya  agar suatu masa nanti bila ana tiada lagi disisi, sahabat akan mengenangi dan mengingati ana sebagai kawan yang di sayangi dan dirindui sentiasa. 

Perjalanan persahabatan ini terlalu indah. Kami sama-sama meniti usia dari zaman remaja yang penuh keceriaan sehingga ke usia hari ini. Banyak dan pelbagai jalan cerita kami walaupun tak sama dan amat berbeza. Kita sebagai kawan perlu kasih mengasihi dengan penuh Lillahi Taala. Ukhuwah itu akan tersemai dengan sendirinya, In Shaa Allah.


Gee dan Azza... terima kasih atas persahabatan kita, terima kasih sudi menjenguk kawan lama kalian yang sentiasa merindui saat-saat manis ketika bersama. Azza.. kali terakhir sebelum pertemuan ini ketika mini gathering USA di rumah ana ni beberapa tahun yang lepas, dan Gee lagi lama..last jumpa Gee ketika Gee datang meraikan majlis walimatul urus ana dua puluh dua tahun yang lalu..Subhanallah. Ana dan Gee tinggal di kampung yang berdekatan, kenal pun keluarga masing-masing namun bila dah berhijrah ni tidak ada kesempatan untuk bertemu dan bila dapat bersua semula ni, Subhanaallah.. tak tergambar dengan perkataan betapa seronoknya. 

Sahabat, Alhamdulillah kita masih ada ruang untuk bertemu dan bermesra. Kita masih diizinkanNya untuk bergurau senda... ana sayang sangat persahabatan kita dan biarlah hingga ke Jannatul Firdaus ukhuwah kita selamanya. Kasih sayang dan persahabatan itu satu jalinan pahala yang berpanjangan dengan tali silaturrahim.Meskipun kita jarang bersua namun di hati sentiasa mengingati dan ana doakan semoga Azza dan Gee akan sentiasa di dalam Kasih Sayang Allah swt, di murahkanNya rezeki dan kesihatan yang berpanjangan dan berbahagia di dalam pelayaran kehidupan kita semua. Aamiin Ya Rabbal Alamiin... 

4 Comments

  1. Nama je teratak. Nampak cantik je. Hehe

    Semoga urusan jaga silaturahim dapat rahmat dari Allah kan Ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi terima kasih Ibu Zaid, Aamiin..In Shaaa Allah

      Delete
  2. Kawan kawan lama tak sama dengan kawan baru

    Apatah lagi kawan dari kecil kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mama, tak sama kan,nak-nak lagi kawan sekolah ,kita berkawan dari dahulu tanpa ada sebarang kepentingan pun..

      Delete