Sedihnya la lagu Luluh nyanyian Khai Bahar ni kan..syahdu menusuk kalbu sangat. Sesuai dengan alunan suara Khai Bahar yang kian hari kian sedap sangat didengari. Luluh.. ana pun pernah dengar di radio tapi tak lah terpesona sangat sehinggalah mendengar dan menghayati liriknya di youtube baru-baru ni, ermmm..baru tangkap leleh dengan lagu Luluh dari nyanyian Khai Bahar ni. Best !! Jom ana nak kongsikan lirik lagu Luluh - Khai Bahar khas buat peminat setia Khai.Lagi yang buat lagu ni best bila lagu dan liriknya ciptaan Khai sendiri. Sian Khai...sedih sangat lagu ni kan :(


Lirik Lagu Luluh - Khai Bahar

Sudah puas aku menangis lagi
Kau hadirkan mendung awan yang kelam
Namun ku kan tetap bisa betahan

Secebis kasih yang telah kau beri
Kan ku simpan dalam memori indah
Tapi semuanya telah berakhir

Aku tersungkur menunduk meraung
Dan tiada siapa bisa merasakan
Oh sakitnya hati ini

Jika kau tak mampu memberiku senyum
Usah kau hadirkan dengan kedukaan
Oh biarlah hidupku dengan caraku

Secebis kasih yang telah kau beri
Kan ku simpan dalam memori indah
Tapi semuanya telah berakhir

Aku tersungkur menunduk meraung
Dan tiada siapa bisa merasakan
Oh sakitnya hati ini

Jika kau tak mampu memberiku senyum
Usah kau hadirkan dengan kedukaan
Oh biarlah hidupku dengan caraku

Sedia menghadapi yang akan tiba
Takkan berundur walau seketika
Aku terus berjalan mencari sinar baru

Dan kalau nak tonton video klip penuh lagu Luluh Khai Bahar ni carilah di channel youtube kay. Ana kongsikan lirik sahaja tau :)


~kredit foto dan lirik NAR Record/Google Image

2 Comments

  1. Sedap lagu ini.. Sha suka.. memang luluh habislah bila dengar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Sha, tersentuh sangat melodi dan liriknya :)

      Delete