Arwah opah ana selalu pesan, 'badan ni nak pakai lama, selagi bernyawa..' katanya. Bila teringat pesanan arwah tu la buatkan ana sentiasa nak pastikan tubuh badan di jaga sentiasa. Usia kian meningkat kan..kalau tak di jagai dari sekarang bila lagi. Jangan belum empat puluhan dah mengeluh sakit sana-sini, sebab tak jaga badan. Alhamdulillah..ana sehingga hari ini sangat ambil berat tentang penjagaan badan ni,bukan sahaja nak cantik di wajah tetapi juga tenaga, dalaman badan dan kesihatan perlu sangat sebagai seorang wanita, isteri dan ibu sayangi diri . Biar sentiasa sihat dan cergas sepanjang masa, In Shaa Allah.

Pelbagai suppliment ada di jual di pasaran, itu untuk kesihatan dalaman dan untuk penjagaan badan dan kesegaran tubuh ana memilih urutan. Dari ketika berpantang dahulu lagi, bila berurut sedapnya lah rasa badan ni, cergas dan ringan semula.Dan yang terkini ana mencuba bekam pula. Di mana nak dapatkan pakej rawatan urutan dan bekam yang selesa, berbaloi dan hasil yang umpphh ? Ana memilih untuk mendapatkannya di Cantik Persis Celebriti Spa, di Seksyen 7 Shah Alam. Mudah nak ke sini kerana hampir setiap minggu ana ke Shah Alam untuk menghantar Kak Long ke UiTM, dekat je dengan kampusnya. 

Urutan Belakang Dan Bekam Angin

Urutan pada tubuh ni dapat mengaktifkan salur darah dalam badan. Ia merangsang aliran darah dan pastinya memberikan kesan yang sangat baik badan seluruh dalaman tubuh kita. Ana cukup suka mendapatkan urutan tetapi bukan dengan sebarang orang tau. Kalau dulu memang arwah opah la tempat ana berurut tapi selepas opah dah tiada ni, lebih selesa mendapatkan khidmat urut dari mereka yang terlatih. Bukan apa, takut juga salah urut lain jadinya dan ada sesetengah tu , mak aii sakit kan main depa urut badan kita. Ana ni dah lah kecil je, isi pun kurang jadi terpaksa memilih juga lah bila nak berurut ni. 


Haa..yang comel lote' tu Ina, best sangat dapat bermanja-manja dengan Ina ni. Ina salah seorang staff kecantikan dan rawatan di Cantik Persis Celebriti Spa. Sedapnyaaa... bila Ina urut belakang ana petang tu. Tak sakit tapi terasa sangat bila dia sentuh mana-mana bahagian belakang. Memang ana kredit sangat kat Ina. Ramah dan banyak berkongsi tips penjagaan badan dan kecantikan.


Selesai urutan di bahagian belakang , Ina sambung pula dengan rawatan bekam. Ini merupakan kali pertama ana nak mencuba bekam ni. Cuak juga rasanya, siap tanya Ina, bekam ni yang berdarah tu ke? Ina bagitahu bukan, ini teknik bekam angin, ia mengeluarkan angin dari dalam badan. Fuhh!! Lega..ana ni seram gak kalau bab darah-darah ni. 


Bagi yang belum pernah berbekam atau cupping, cawan bekam akan di letakkan di bahagian belakang kita dan kemudian di pam sehingga menarik naik sebahagian belakang. Pada mulanya kita akan berasa tegang pada bahagian belakang dan seketika sahaja ia kembali okay. Selepas 15 minit lebih kurang, Ina menanggalkan cawan bekam dan melakukan urutan ringan semula di bahagian belakang semula. 

Serius, esok paginya ana bangun dalam keadaan yang lain sangat. Rasa ringan dan tak lemau macam selalu, Alhamdulillah. Sendawa pula rasanya sepanjang malam sebelum tidur hingga lah pagi esoknya. Betul-betul buang angin dah ni. Sedap dan segar rasa badan. In Shaa Allah akan datang lagi nanti.

CANTIK PERSIS CELEBRITI SPA


CANTIK PERSIS CELEBRITI SPA terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Nak senang guna waze sahaja lah kan. Tapi jangan lupa buat appointment terlebih dahulu sebab Spa ini sentiasa fully book di kalangan pelanggan nya. Servis yang bagus dan memberi kesan positif pasti akan menjadi pilihan pelanggan untuk terus menggunakan khidmat mereka. Pelbagai pakej rawatan kecantikan dan spa ada disini dengan pelbagai tawaran harga promosi sedang berlangsung.


Jadi untuk yang tercari-cari di mana nak dapatkan rawatan urut belakang (back massage) dan bekam angin (cupping) serta pelbagai lagi pakej rawatan Spa dan Kecantikan terus sahaja hubungi :

Careline :
 03-5519 4159 

Cantik Persis Celebriti Spa beralamat di :

No: 6A,1st Floor,
Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor.

Boleh juga singgah di Facebook :

Instagram : 

Dibuka setiap hari 11:00 pagi - 8:00 malam



8 Comments

  1. SELAMAT PAGI
    SINGGAH PAGI RABU
    BESTNYA KALAU DAPAT HABISKAN MASA DISINI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulllah NH, sangat menyegarkan tubuh di spa dengan rawatan yang di tawarkan di sini :)

      Delete
  2. Betul bukan sebarang orang boleh urut silap2 salah urat adoi. Tapi bekam angin tu memang best lah miza dah cuba ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Miza, ringan rasa badan, asyik sendawa je lepas treatment hari tu :)

      Delete
  3. Dah la x pegi spa..kena tggu si kecik bsr sikit la baru bleh pegi

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak nak lepas berpantang Norma, sedapnya refresh badan di spa macam di Cantik Persis Celebriti Spa ni kan :)

      Delete
  4. Bestnyaaa dapat manjakan diri dekat SPA macam ni 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. best nani...terasa segar je badan dan minda :)

      Delete