Kadang kala aku dah jemu menjadi pengalah..beralah pada setiap situasi yang hadir. Untuk apa perlu selalu mengalah, agar nampak sentiasa baik..tapi di mata siapa? Pada mereka yang mahu kita jadi baik dan akhirnya jiwa terluka sendiri.
 Aku penat!! Penat dah beralah di setiap waktu..mungkin kerana aku bukan pemarah. Itu sifat aku, dididik dan di asuh hanya untuk menyayangi kerana dibesarkan dalam keluarga yang mewah melimpah ruah dengan kasih sayang. Aku syukuri..ini perjalanan dan takdir aku. Tak sama orang lain...




Aku cuba menjadi pemarah, bukan secara fizikal namun jiwa aku dah penat menanggung amarah.. Aku rasa aku perlu luahkan jua..untuk mereka tahu, aku juga punya jiwa sebegitu. Dunia... 
Aku bukan malaikat, aku hamba Nya jua..jiwa tak pernah sempurna namun cuba menjadikan ia indah. Aku puas dalam kehidupan ini yang mesti pun bukan segalanya terencana begitu indah, namun ini takdir aku. Aku syukuri teramat sangat...

Jiwa, 
kadang kala ia rebah, luluh dan meronta agar aku berterus terang pada mereka. Aku dah penat menjadi baik di mata mereka. Aku perlu menjeritkan pada dunia, aku dah lelah teramat sangat. Tak termampu menahan lagi, harus aku luahkan jua.. 
Biarlah aku bukan lagi manusia yang paling baik di mata mereka, asalkan tidak pada Yang Maha Pencipta. 




Tuhan.... 
Aku hanya takut padaMu. Aku tahu, aku harus jujur pada diri ini. Andainya pengakuan ku itu bisa mengundang dosa, ampuni aku. Aku tidak sempurna namun tetap berusaha menjadi sempurna di sisiMu. 
Aku mencari keredhaan Mu sentiasa, dalam setiap gerak nafasku yang tersisa. Mungkin terjumpa, mungkin juga alpa dan leka. Inilah aku..seorang hamba.

Bagaimana untuk aku puaskan hati mereka semua...aku hanya mampu berusaha selebihnya terserah pada ketentuan Takdir dari Mu jua.
 Dan bila sesekali aku bersuara yang mungkin mengguris rasa mereka, kebaikan lesap entah ke mana. 
Mungkin, pada mereka aku harus terus diam, mendiamkan diri dan menjaga hati mereka. Sedangkan kelelahannya ku tanggung sendiri.




Dan...
aku perlu meninggalkan mereka terus, aku cuba walaupun aku tahu tak mudah. Cuba asingkan diri seketika dan biarkan mereka dengan cara mereka. Namun kasih sayang ini tetap merantaiku untuk terus ke sana, bersama mereka.
 Lantas.... 
aku nekad, aku tidak perlu menjadi yang terbaik lagi pada mereka. Aku harus jadi diriku, dan biarkan mereka menilai mengikut naluri mereka. Aku perlu jadi tidak peduli lagi!!! 

4 Comments