Allahu Akbar... terdiam seketika apabila banyak di kongsikan di Facebook tentang arahan pihak berwajib untuk tidak meraikan anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR pada tahun ni. Bukan setakad untuk tidak lagi ada acara naik pentas malahan sebut nama pelajar cemerlang pun di larang, menurut sumber yang tidak begitu sahih yang berlegar-legar di wall FB. Dan posting tersebut mendapat sambutan penuh kesyukuran oleh netizen di kalangan ibubapa. Kenapa ye? Agaknya yang bersyukur itu di kalangan ibubapa yang anaknya tidak cemerlang barang kali ? Pada pendapat peribadi saya, ia satu tindakan yang agak kejam untuk  anak-anak  cemerlang dalam peperiksaan awam.

Image result for Tahniah


Orang kita ni, terlalu banyak hendak menjaga hati.. hingga kadang-kala tidak masuk akal pun ada. Tertarik dengan satu penulisan yang saya baca, yang sependapat dengan saya." kalau begitu tidak perlu adakan hadiah pingat emas, anugerah awards terbaik , demi menjaga hati peserta lain yang kalah " . Tepat sekali kan. Begitulah gambaran tentang situasi anak-anak cemerlang ini pada ketika sepatutnya mereka di raikan atas segala usaha dan penat lelah malah pengorbanan anak-anak ini.

Image result for cemerlang

Fikirkanlah wahai netizen, anak-anak semuda usia 12 tahun, mereka berkorban masa dan keseronokan mereka untuk menjadi cemerlang dalam pelajaran. Demi Allah..bukan mudah untuk seorang anak seusia itu memperolehi 6A, 5 A dalam UPSR..apatah lagi di peringkat PT3 dan SPM kemudiannya. Di waktu rakan sebaya mereka bermain di padang, menonton rancangan tv kegemaran, meronda dengan motorsikal di taman, leka dengan games dan gajet, anak-anak cemerlang ini bertungkus lumus memerah otak mengulangkaji pelajaran di rumah atau di pusat tusyen.Ini satu pengorbanan dari mereka untuk memperolehi keputusan yang cemerlang, mencapai A dalam subjek. Sekali lagi saya ungkapkan..bukan mudah!!

Bukan bermakna anak-anak yang tidak cemerlang itu tidak berusaha.. ada di kalangan mereka yang sudah berusaha namun atas beberapa kekangan dan faktor lain, mereka tidak memperolehi keputusan yang baik. Banyak pihak bertanggung-jawab untuk kejayaan anak-anak ini. Pertama nya pasti lah ibu ayah sendiri. Besar tanggung-jawab yang harus di galas oleh kita sebagai ibubapa dalam menjadi pendorong kejayaan akademik anak-anak. Ibubapa harus peka dan perihatin malahan menjadi kawan paling akrab dengan anak-anak ketika mereka mengulangkaji pelajaran di rumah. Paling tidak pun ambil berat, bertanya permasaalahan mereka. Inilah antara tips yang sering di kongsikan di majlis-majlis ilmu keibubapaan. 


Image result for cemerlang

Bukan melepaskan sepenuh tanggung jawab pembelajaran kepada pihak sekolah. Guru dan pihak sekolah telah menjalankan tugas mereka selama anak-anak ini berada di waktu persekolahan. Kemudian ia kembali kepada kita di rumah. Saya faham, ramai ibu bapa masa kini sibuk dan bekerjaya mencari nafkah untuk keluarga. Namun mendidik,menasihati, mengambil tahu perkembangan anak-anak ini juga satu amanah yang kelak bakal di tanya di mahkamah akhirat. Sama-samalah kita saling ingat mengingati kerana kita insan yang alpa. 

Dan pasti ada sedikit kekecewaan pada anak-anak yang cemerlang namun tidak di raikan ini. Penat lelah mereka tak di hargai dan seolah-olah 6A , 5 A itu tidak ada makna sama taraf dengan keputusan yang agak tidak cemerlang. Benar, mereka boleh di raikan di Hari Majlis Anugerah Cemerlang kelak, tapi cuba renungkan semula. Yang hadir pada Hari Anugerah Cemerlang itu, hanyalah anak-anak yang cemerlang, ibubapa yang cemerlang mendidik. Paling tidak pun yang perlu di motivasikan dengan kejayaan anak-anak adalah untuk bakal pelajar tahun berikutnya, dengan harapan menjadikannya inspirasi untuk turut cemerlang di tahun akan datang.

Image result for cemerlang


Tapi itulah , orang kita ni banyak menjaga hati..takut tersingung, terguris rasa hinggakan ada pihak yang terluka. Malahan lebih ramai yang suka berkongsi frasa kata, "UPSR bukan tiket ke Universiti, Anak 6 A belum tentu menjaga kita, mendoakan kita di masa depan." Saya menganggap kata-kata sedemikian adalah sesuatu yang provokasi pada anak-anak. Lebih baik hari pertama menghantar anak ke sekolah bisik kan di telinga mereka, ' anak... tak perlu belajar pandai-pandai, dapat A belum tentu jadi anak yang baik di masa depan '.Mungkin agak sinis tapi itu lah yang saya fahami dari kata-kata yang di kongsikan di sana-sini.

Image result for cemerlang

Ibubapa anak cemerlang.. Meskipun pihak berwajib tidak meraikan kejayaan anak-anak, kita raikanlah kesungguhan dan pencapaian mereka. Kesian anak-anak..berusaha keras untuk mencapi keputusan yang baik. Upload lah di laman-laman sosial kejayaan mereka kerana di waktu ini, itulah caranya untuk kita berkongsi kegembiraan. Biar mereka tahu bahawa kita bangga dengan kecemerlangan mereka, hasil penat lelah mereka. Hadiahkan mengikut kemampuan kita sesuatu yang istimewa, paling tidak masak kan makanan kesukaan anak-anak ini, raikan lah kehebatan mereka. In Shaa Allah, anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran kelak akan cemerlang juga dalam akhlak dengan bimbingan dan doa dari kita ayah ibu . Aamiin.

Kredit foto-foto :Google Image & Pemilik asal

8 Comments

  1. Hebatnya ..tahnia yg berjaya menguasai secara minimun

    ReplyDelete
  2. KAlau di fikirkan semua benda tak boleh buat kan

    Macam kisah luqman hakim dan keldai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar berkongsi pendapat Ibu Zaid, yang positif tu kadang terlepas pandang kerana hendak menjaga hati :)

      Delete
  3. saya rasa tak salah nak celebrate, dijadikan motivasi.kalau macam tu tak payah buat anugerah dekan la apa semua tu. Alasan, pointer tinggi pun bukan boleh dapat kerja.Kesian anak-anak tak dihargai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang kak ana maksudkan Sal, untuk cemerlang tu bukanlah satu proses yang mudah, ada pengorbanan namun tak di hargai membuatkan anak-anak ni sedikit down dan kurang bermotivasi untuk terus kekal cemerlang..kesian kann :(

      Delete
  4. Anak anak ada kelbihan masing masing

    lebih pada pelajaran mungkin kurang di tempat lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya mama, sebagai ibu bapa kita hargai lah setiap pencapaian mereka dalam bidang yang mereka cemerlang

      Delete