Tuatan hati sepasang insan yang di takdir jatuh cinta antara satu sama lain...mendapat restu dari kedua belah keluarga dan menuju ke destinasi pengabdian cinta, mahligai perkahwinan ..syurga idaman..Menjunjung adat yang di kendung, memulakan langkah dengan adat pertunangan menyunting si kekasih dengan penuh tatacara penuh kasih sayang. Inilah yang ingin ana kongsikan semula..sekitar majlis pertunangan Hanis dan Wafi yang berlangsung dalam suasana sederhana di iringi kasih sayang dan doa restu keluarga dan sahabat tersayang. 



Majlis Pertunangan Hanis dan Wafi


Hanis..puteri tunggal kesayangan sahabat baik ana, Ida Megat telah pun selamat bertunang dengan jejaka pilihan hatinya Wafi pada 25hb November 2017 yang lalu. Berbulan sebelum majlis lagi si ibu dah mula gelisah dan resah bimbang akan kelancaran majlis yang di nantikan ini. Hati ibu mana yang boleh releks selagi majlis tidak selesaikan. Banyak yang bermain di fikirannya yang di kongsikan bersama ana kerana kami bukan sekadar kawan biasa, malahan lebih dari itu kerana ana dan Ida berkawan baik sejak dari darjah satu lagi. 



Namun akhirnya majlis yang di rancang berjalan dengan lancar dan sempurna..Alhamdulillah. Walaupun ana tak berkesempatan berada disisi keluarga ceria ini, namun ana terbitkan juga di sini atas kiriman gambar-gambar sekitar majlis buat catatan kenang-kenangan dan kasih sayang dari Cik Ana buat Hanis dan Wafi.




Manisnya Hanis..secantik ibudanya juga. Hanis bagaikan anak pada ana juga, seorang puteri yang solehah yang sentiasa ceria dan menjaga perilaku sebaik mungkin dan bersopan santun telah memilih jejaka tampan dari Trengganu yang bakal menjadi imamnya tidak lama lagi, In Shaa Allah. Majlis pertunangan telah di adakan di Dewan Wisma Ubaidah, Taman Melur, Teluk Intan, Perak. 




Hanis di sarungkan sebentuk cincin pertunangan , sebagai pengikat kasih sementara menanti hari bahagia nya yang bakal menyusul tidak lama lagi. Ia sebagai tanda bahawa gadis manis ini telah di miliki hatinya oleh jejaka pilihannya siapa lagi Wafi lah kan 💕💕💕








Di hari bersejarah ini, pihak rombongan lelaki datang dari jauh demi mengikat kasih pasangan dua merpati sejoli ini dengan membawa 9 dulang hantaran dan di balas 15 oleh pihak perempuan.




















Hanis merupakan kakak sulung kepada dua orang hero handsome Ida, Hafiz dan Amin, memang rapat sesama mereka. Dan marilah kita saksikan corat-coret kemeriahan majlis pertunangan ini di sessi fotografi yang di abadikan di ruang maya ini. Segalanya penuh keindahan dan kasih sayang. Alhamdulillah.



























Di kesempatan dan ruang maya ini, Cik Ana ingin mengucapkan Selamat Bertunang buat Hanis dan Wafi. Semoga di pertemukan jodoh kalian untuk terus menyulam cinta halal, di permudahkan segala urusan, jaga perhubungan kerana Allah swt dan tabah dalam setiap ujian yang bakal mendatang. Dan buat sahabat baik ana, Ida... semoga Ida juga kekal tabah dan cekal dalam setiap ujianNya dan kekal cantik dan awet muda walaupun dah nak bermenantu..you :) Sayang ko  beb 💖💖💖

6 Comments

  1. cantiknya pelamin dan hantaran, sesuai dengan bakal pengantin. tahniah. semoga dipermudahkan urusan hingga ke jinjang pelamin

    ReplyDelete
  2. Cantik gubahan hantaran itu.. Semoga pengantin bahagia hingga ke Jannah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kan Sha, jarang dah nak jumpa gubahan begitu teliti dan berseni

      Delete
  3. Selamat pengantin baru buat pasangan pengantin

    banyak cabaran mendatang

    semoga banyak bersabar

    ReplyDelete