Rezeki Dari Jiran Tetangga


Berbuat baik sesama jiran ni memang telah di suruh oleh agama kita Islam yang lengkap dan sempurna. Kita sangat di tuntut untuk melakukan kebaikan di antara jiran tetangga kerana mereka adalah saudara paling dekat dengan kita bila berlakunya sesuatu permasaalahan kelak. Ana sekeluarga sejak tinggal di apartment lagi memang rapat dengan jiran berlainan bangsa ni. Kalau dulu, setiap kali perayaan Tahun Baru Cina atau Hari Natal, jiran tingkat bawah Pauline pasti akan memberi sekotak limau dan hadiah Christmas untuk kami khasnya anak-anak. Dan sekarang tinggal di taman kediaman teres ni pula, jiran berbangsa Cina dan India, masih rapat dengan kami sekeluarga.

Deepavali baru-baru ini, satu paper bag jiran kami Lachmy menghantar biskut dan kek serta coklat begitu juga bila Tahun Baru Cina, Ngan dan Leong tak pernah lupa nak hantar sekotak limau dan coklat. Di antara jiran sesama kita ni memang lah  amat akrab, Man dan Ida misalnya,kalau travel ada sahaja fridge magnet dan ole-ole untuk kami, Sabri dan Faz pula kalau balik kampung musim buah-buahan berplastik rezeki buat kami dan Zura kawan baik ana pula kalau masak negori tu, ada la sampai ke meja makan kami. 


Adab Berjiran Berlainan Agama


Begitulah indahnya ukhuwah kejiranan. Ana juga pasti kalau ada juadah yang sesuai akan sama-sama menghantar untuk tetangga ni bertukar selera masakan. Kalau jiran bukan Melayu ,ana selalu berikan buah-buahan atau kerepek bila balik kampung sekali sekala. Jiran bukan Melayu ana, faham kalau nak beri sesuatu tu, mereka pastikan ianya boleh dimakan atau Halal. Maklumlah, mereka pun bersekolah kebangsaan pasti sedikit sebanyak tahu tata susila berjiran. Dan kalau kita was-was tu ambil sahaja dahulu demi menjaga hati, kemudian kalau betul tak boleh makan, selalunya suami akan bawa ke pejabat dan beri pada staff yang bukan Islam. Settle kan.

Semalam Leong, jiran sebelah baru balik dari Johor. Tuu diaa!! Buah-buahan tempatan dari kebun keluarganya untuk kami. Memang setiap kali balik Kukup , Johor , mereka akan bawa buah-buahan tempatan ni. Pisang, belimbing, nanas dan jambu ada sahaja habuan kami. Ni kalau buat rojak buah lengkap dah ni. Pisang tu ana goreng sahaja petang ni dan selebihnya nak buat pengat pisang. Sedap tu.

Begitulah lumrah hidup berjiran, kita berbuat baik pasti akan di balas baik. Kita tak tahu bila kita memerlukan mereka di suatu hari nanti. Nak kata kami berbual selalu pun jarang juga, kerana masing-masing pun sibuk dengan urusan sendiri, namun kami saling mengenali antara satu sama lain. Sejauh mana pun dunia kian maju dengan arus kemodenan, semaikanlah rasa hormat menghormati sesama jiran, In Shaa Allah akan hidup dalam suasana yang harmoni dan tenang. Jaga perilaku dan tutur bicara jangan sampai menyinggung perasaan sesama jiran.

Bagi yang berlainan adat dan agama, hormati sahaja cara kehidupan mereka, nescaya mereka akan menghormati kembali agama dan budaya kita. Islam itu indah, sempurna garis panduannya dan tidak menyuruh kita memusuhi agama dan kepercayaan orang lain. Jelas di terangkan, ' bagi kamu agama kamu dan bagi kami agama kami'. Bila kita mempamerkan nilai dan budaya Islam yang begitu cantik, pasti mereka tahu, keindahan dalam agama Islam itu sendiri. Waallahu'alam...
Rezeki Dari Jiran Tetangga Rezeki Dari Jiran Tetangga Reviewed by Ana Jingga on December 29, 2017 Rating: 5

6 comments:

  1. Alhamdulillah..seronok dapat jiran mcm ni kan..rezeki kan k.ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Sha, kejiranan kami yang harmoni :)

      Delete
  2. bestnyaaa lama tak makan belimbing !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa SYM, macam payah dah nak jumpa belimbing sekarang kan :)

      Delete
  3. Alhamdulillah.. Murah rezeki kak ana dan pemberi..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.