Sakit Tak Cabut Gigi Di Klinik Kerajaan ?
Sakit gigi ni, Tuhan sahaja yang tahu betapa azabnya kan.. Kalau kena sakit gigi, bukan setakad gigi je yang sakit, satu badan terasa denyutan kesakitannya. Allahu... walaupun dah cuba pelbagai ubat dan petua untuk mengurangkan rasa sakit gigi ni, yang pasti nak tak nak kena juga ke klinik pergigian untuk dapatkan rawatan. Nasib baik, kalau masih boleh di selamatkan, selamat lah gigi tu, kalau dah tak boleh nak di rawat lagi, alamat kena cabut je la jawapannya.
Orang kita ni, kebanyakannya lah...yang sama spesis macam ana ni, selagi tak sakit, memang tak lah nak ke klinik pergigian. Nak di jadikan bahan penulisan, ketika sambutan Hari Raya Korban yang lepas, punya syok makan daging, sampai sumpik gigi geraham bongsu ana yang belah hujung. Tapi masa tu tak rasa apa-apa sangat lah, buat biasa sahaja. Dan dua bulan lepas, baru lah ana mula rasa nyut-nyut sepanjang geraham atas. Masih boleh bertahan, ana biarkan lagi, sebab sakitnya pun kejap datang, kejap hilang. Tapi sebulan lepas tu, tuu diaaa!!! Dah makin tak keruan dah, makan pun tak boleh nak masuk, hilang selera. Malam pun tak dapat lena.
Kemuncak kesakitannya, ketika ana balik kampung Teluk Intan pertengahan November lepas. kebetulan musim rambutan dan apa lagi makan tak sedar diri geraham berlubang pecah. Esok paginya, mak dan abah paksa gak ana ke Klinik Kesihatan Teluk Intan yang terletak di bandar Teluk Intan. Lokasi nya di tapak Hospital Daerah lama dahulu, berdekatan SRK Horley Methodist tu. Pertama kali ana ke sini. Klinik Pergigian nya terletak di tingkat satu.
Sampai sahaja, ana bertanya pada kerani pendaftaran, boleh tak pihak klinik menerima pesakit dari alamat luar Teluk Intan. Alhamdulillah , boleh sahaja katanya..peramah cik adik yang bertugas di kaunter pendaftaran ni. Selepas mendaftar, dan membayar RM1 yuran rawatan, ana tinggu sehingga nama di panggil. Tak berapa lama kemudian sampai lah giliran nombor ana,, cuaknya Tuhan sahaja yang tahu.
Selepas melakukan pemeriksaan, doktor gigi memanggil seorang lagi doktor yang lebih senior kerana menurutnya, gigi yang sakit geraham hujung dan dah tinggal tunggul, nak cabut pun agak complicated katanya. Doktor menyarankan ana datang semula esok untuk appoitment baru kerana gigi pun ada bengkak tak boleh nak cabut. Ana jelaskan padanya, bahawa ana datang dari luar daerah dan terpaksa balik petang ni juga. Doktor menyuruh ana pergi semula ke Klinik Pergigian di daerah ana untuk rawatan selanjutnya. Ana di bekalkan dengan ubat tahan sakit untuk sementara waktu ni sehingga gusi hilang bengkaknya.
Dua hari selepas balik ke Rawang, Khamis tu suami membawa ana ke Klinik Kesihatan Rawang di Rawang Perdana. Kali ni tak boleh nak elak lagi dah, walaupun sakitnya berkurangan selepas makan ubat yang di berikan oleh doktor dari Klinik Pergigian Teluk Intan yang lalu. Sampai klinik dalam jam 10 pagi, memang tak ramai pesakit masa tu. Lepas mendaftar, jururawat ambil tekanan darah terlebih dahulu... tekanan darah naik kata ko... mana tak nya takut ya amat. Jururawat minta bertenang dan ambil sekali lagi, turun lah sedikit dari yang mula-mula tadi.
Seketika kemudian, sampai nombor giliran ana. Allahu.. seram sekali lagi. Terdapat seorang doktor pelatih memeriksa setiap gigi dan kemudian barulah masuk doktor pergigian yang senior. Menurutnya lokasi gigi geraham bongsu ni memang tersorok sungguh, agak susah juga tambahan dah pecah kan. Namun kita cuba ye puan, kata doktor muda ni. Ana di berikan suntikan ubat bius , dalam tiga tempat rasanya di suntik. Sakit tau, korang..maklumlah di suntik pada lelangit, mahu tak sakit kena jarum. Doktor mengarahkan ana keluar berkumur dan tunggu sehingga kebas dan akan di panggil semula nanti.
Dalam 20 minit menunggu tu, memang rasa bibir dan dalam mulut dah tegang sangat. Ubat bius sedang berkesan la tu. Ana pun di panggil semula ke bilik rawatan. Duk nganga dan di bawah suluhan lampu tu la doktor gigi melakukan kerja mencabut gigi geraham. Tak rasa apa-apa pun cuba rasa goncangannya sahaja. Tak sampai beberapa minit dah doktor suruh ana gigit kapas, dah selesai puan, Alhamdulillah senang juga cabut katanya. Mungkin sebab gigi tu geraham bongsu , akarnya tak kuat agaknya..eh memandai je ko ana...
Doktor menunjukkan gigi yang telah di cabut. Sian pulak tengok berpisah lah gigi dari jasad ana setelah sekian lama memberi kenikmatan pada setiap kunyahan. Ini lah dia kejadian alam, tiada yang kekal kan. Ana di bekalkan kapas dan ubat tahan sakit. Caj yang dikenakan cuma RM 2 sahaja untuk rawatan cabut gigi. Alhamdulillah... jadi kalau yang takut (macam ana ni la ) untuk mendapatkan rawatan cabut gigi di klinik pergigian kerajaan, jangan risau..memang tak sakit ketika proses mencabut gigi tu, malah tak terasa pun.
Gambar hiasan sahaja ,kredit Google Image |
Cuma selepas ubat bius tu hilang, barulah mula rasa sakit semula kerana gusi kita hilang gigi kan. Pastikan makan makanan yang sejuk-sejuk dahulu dan jangan berkumur kerana bimbang keluar darah semula. Makan ubat tahan sakit bila terasa sakit dan berehat dari melakukan kerja-kerja berat. Seminggu juga ana cuma makan bubur dan roti, bukan apa cuma macam rasa trauma takut kena bekas cabutan geraham tu. Dan Alhamdulillah...syukur sangat hari ini, dan ketika entri ni di terbitkan, rasa sakit dah tiada lagi. Dah boleh makan seperti biasa.
Jadi, korang jangan lah takut untuk mencabut gigi atau mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kerajaan ni. Kebanyakan doktor dan staff melayan kita dengan baik setakad pengalaman ana di dua buah Klinik Kesihatan baru-baru ini. Kalau ada persepsi negatif pada layanan kakitangan Klinik Kerajaan ni bukan semuanya. Mungkin faktor melayan pelbagai kerenah masyarakat yang hadir tu,kadang-kadang menjadikan mereka hilang kawalan. Bayangkan lah, dalam sehari beratus pesakit yang perlu di hadap. Sedikit tips untuk melembutkan hati mereka, apa kata kita mulakan dengan memberi salam pada mereka, In Shaa Allah..mereka akan mesra melayan kita sehingga selesai urusan rawatan.
20 Comments
dah lama x pegi jmpe dentist ni. hmm
ReplyDeletehi jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini
http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html
terima kasih Raydah :)
DeleteAdoi..kak pun duk tunggu hari nak pi cabut gigi kat hospital kerajaan.
ReplyDeleteBoleh tu Kak Mala, cekal kan hati haha , Ana doakan semoga dipermudahkanNya juga urusan Kak Mala..Aamiin
DeleteMemang sakit kalau cabut gigi. Boleh demam jadinya. Semoga cepat sembuh ya kak Ana.
ReplyDeleteAlhamdulillah sembuh sepenuhnya dah GV, barulah dapat nikmat setiap kunyahan semula..syukur pada Allah swt :)
Deletememang sakit lah gigi bils di cabut..ya Allah minta padaMu sihatkan gigi kami..rajin membersih gigi ya
ReplyDeleteBaek cikguuuu , terima kasih Etuza
Deletetgh sakit gigi jugak nih..since sebulan lepas... ni on off bengkak gusinya... dah check sekali aritu, doc ckp gigi ok..,xde rosak..tu yg pelik.. last2 kene g xray kat hosp.. next appmnt mggu dpn, 7/12. dup dappp dupp dapppppppppppp dah nih huargghhh
ReplyDeleteHihi.. bawa bertenang JJ, sikit je tak sakit tu, mudah-mudahan :)
Deleteharitu nak cabut gigi dekat klinik kerajaan tapi dia taknak terima pesakit luar sebab ada klinik baru bukak. dah penat datang cari parking tiba2 kena suruh pergi tempat lain. Cancel terus lepastu pergi klinik swasta. Senang.
ReplyDeleteAllahu, macam tu pulak ceritanya,mungkin lokasi klinik gigi tu tak jauh antara satu sama lain agaknya Farhana.. swasta memang mudah, cuma kalau tak ada panel kos rawatannya agak tinggi kan
Deleteklinik kerajaan pun ok juga, cuma kalau tempat ramai orang macam KL ni sakitnya tang menunggu jelah.adoi, sakit cabut gigi ni memang buat apa pun tak kena.mujurlah tak sampai tahap operate macam saya dulu kak ana. apa pun tahniah kerana berjaya mengharunginya. hehe
ReplyDeleteHaha Sal, bersemangat waja mengatasi kecuakan..betul tu kalau silap haribulan jenuh menunggu tu yang azab gak tu :)
DeleteAlhamdulillah.. Rezeki kak ana dapat doktor yang bagus.. Sha pun ngeri sebenarnya kalau nak dapatkan rawatan gigi.. hehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah Sha, sebab selalunya persepsi orang kita dengan perkhidmatan klinik kerajaan ni lain macam kan, yang baik kita kongsikan semula bersama umum :)
DeleteRealitinya jawapan subjektif
ReplyDeleteKena tengok doktor yang buat rawatan tu
ada saja yang bagus
kalau doktor baru belum pandai lagi, sakit
betul, doktor yang berpengalaman In Shaa Allah :)
Deletedah bertahun menahan seksa skt gg.dr 2014 gg ni da bermasalah. tggl sparuh graham yg tggl. asik mkn ubat thn sakit je bile sakit. hari ni, kali ni btl2 rase nk pecah kpla otak die pnye sakit. pipi da kembung sbb gusi bengkak.ada niat nk ke klinik utk cabut, tp masih rase takut. takut dgr org ckp sakit masa bius. tu yg rase berbelah hati nk ke klinik. dah dgr pngalamn org ckp tk sakit. tp ttp tk percaya.
ReplyDeletesaya berkongsi dari pengalaman peribadi saya sendiri. Alhamdulillah memang tak sakit sangat sepajang proses cabut cuma selepas cabut tu ada rasa rengsa pada gusi yang tinggal, lepas dua minggu jaga pemakanan in shaa allah semua kembali normal, kalau sedang sakit dan bengkak biasanya doktor tak akan cabut gigi kita. sakit gigi memang tak ada ubat kecuali di cabut hehe :)
Delete