Dah hampir tiga hari berlarutan hujan turun tanpa henti di kebanyakan negeri di tanahair kita. Semua ini pasti ada hikmah dan peringatan dari Allah swt menguji sejauh mana kesabaran kita hambaNya. Siapa lah kita untuk mempertikaikan kehendakNya yang menurun kan hujan dan memancarkan panas di atas mukabumiNya. Allahu..jangan banyak mengeluh, hujan salah..panas pun salah..belajarlah menerima hukum alam atas kehendak Nya jua.

Bila cuaca sejuk ni, perut pun cepat sahaja kelaparan. Mahu sahaja mencari kudapan untuk mengisi perut. Petang semalam.. Kak Long nak sangat makan cendawan tiram goreng tepung setelah melihat status mak usu Jue nya di facebook. Tak susah mana pun permintaan anak ni, ana ke kedai runcit beli dua peket cendawan tiram dan sepeket tepung goreng ranggup Adabi. Tak sampai beberapa minit tersajilah cendawan goreng tepung versi anajingga.com .



Mudah dan murah sahaja bila kita buat sendiri daripada membelinya di pasar tani atau pasar malam. Lebih sedap pula tu kerana di makan panas-panas dan masih rangup. Ana hanya memerlukan 3 bahan utama sahaja dan minyak untuk menggoreng.


Cendawan tiram ( ada juga yang menggunakan cendawan enoki yang halus-halus tu )
Sebiiji telur ( ambil putihnya sahaja )
Tepung goreng rangup ( ana guna jenama Adabi )
Minyak masak untuk menggoreng

Image result for cendawan tiram
Cendawan tiram ( credit photo : marketmarket.com.my )

Related image
Cendawan enoki 

Cara buat cendawan goreng tepung rangup :


- Bersihkan cendawan dan pastikan tos kering terlebih dahulu kerana jika basah ia tidak rangup nanti. 

- Celup kan dalam putih telur yang telah di pukul.

- Sadurkan ke dalam tepung ranggup sehingga meliputi semua bahagian cendawan.

- Panaskan minyak dan pastikan minyak benar-benar panas barulah masukkan cendawan. 

- Balik-balikkan sehingga garing, angkat dan toskan di atas kichen tisu.

- Sedap di makan panas-panas bersama sos Thai. 

~ Selamat mencuba~ 

8 Comments

  1. Musim hujan ne sokmo lapa kan kak ana. Cendawan gireng ne fav miza Dan Anak anak

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. sedap makan panas-panas masa masih garing kan :)

      Delete
  3. Wah, cendawan fevret ni. Kalau tak goreng jadi sayur campur atau buat tom yam best gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan Zumal, cendawan ni masak apa pun sedap kan :)

      Delete
  4. Hubby saya tak suka sangat cendawan goreng, tapi kalu dalam masakan sup, laju jea dia makan.. Selalunya saya akan buat dua cara, goreng dan buat sup.. Thanks for sharing kak Ana sebab nampak simple aje resipi nie..

    ReplyDelete