Ahad lepas, ana balik dari bercuti di Cherating , rehat semalaman di rumah kemudian terus balik ke Teluk Intan pula. Memandang cuti Tahun Baru Cina masih panjang, dan kami bercadang nak ke Seri Iskandar, melawat adik sepupu ana Farah yang baru sahaja bersalin putera sulungnya Muhamad Hasbi. Tak sangka pula di kampung, ada dua tiga jemputan kenduri tahlil dan kesyukuran yang kami hadiri. Malam Sabtu tu di rumah Makcik Lina dan esok tengaharinya di rumah Cik Johan.Rezeki langkah kanan lah namanya.

Antara menu yang istimewa yang kami nikmati ialah selera kampung, antaranya menu terung masak lemak ikan masin, ayam masak kicap, acar rampai dan yang paling istimewa menu tengahari di rumah Cik Johan ialah sambal nyor bersama ulam-ulaman yang dah lama ana tak nikmatinya iaitu ulam pucuk gajus atau orang Pantai Timur panggil ketereh dan ulam cabang tiga atau setengah orang panggil tenggek burung.Sedapnya... Masyaaa Allah.. memang selera orang kampung kan.

Sambal Nyor



Sambal nyor atau sambal kelapa ni menu kegemaran ana sangat dari usia muda remaja lagi, nampak sangat sekarang dah makin berusia kan.. Sambal ni asasnya sambal belacan juga lah, di tumbuk lumat belacan, bawang besar, cili merah atau cili api. Kemudian di gaul dengan kelapa parut dan di perahkan air asam limau. Allahu..sedapnya.

Ulam ketereh (pucuk gajus) dan ulam tenggek burung (daun cabang tiga)




Bagi yang tak mengenali mana rupa nya ulam pucuk ketereh atau di Perak kami panggil pucuk gajus, tu yang dalam gambar yang berwarna coklat tu lah daun ketereh. Rasanya kelat-kelat sikit tapi bila di makan dengan sambal nyor tu sedap sangat. Dan ulam yang berwarna hijau muda tu pula ialah pucuk cabang tiga atau tenggek burung. Rasanya berangin sedikit bila kita makan, tapi pada selera orang kampung macam ana ni, tambah-tambah bila usia dah meningkat , jadi satu nikmat sangat bila sesekali makan. 



Betul lah kan, kalau dahulu masa kita kanak-kanak kemudian meningkat remaja, tak suka langsung nak makan ulam-ulaman ni. Tapi bila usia kian meninggi baharulah tahu kesedapan dan selera pun berubah dengan sendirinya. Agak unik untuk ana kongsikan disini kerana selalunya ulam yang kita makan di bandar ni seperti petai, timun, kacang botol dan sebagainya, kali ini ana nak memperkenalkan pula ulam kampung yang dua jenis ni kepada anak muda gen-Y. Mana tahu ada yang tak pernah kenal dan tak pernah merasa nya. Tambah pula ulam-ulaman ni cukup banyak khasiat khazanah alam dan petua awet muda kata orang. 

12 Comments

  1. alahaiii bestnya Ana....linda pun suka makan ulam

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Linda, dah usia kian meninggi ni, menu-menu macam ni la menjadi pujaan hatikuuu :)

      Delete
  2. lahaii..sedapnya..dah lama tak makan ulam² gini

    ReplyDelete
  3. Sedapnya ana, masak kampung macam ni sihat sebab ulam kan

    ReplyDelete
  4. Ingat rupanya dia macam Nasi Vanggey Kak Ana.. hat ni terang sikit kot sebab Melayu yg buat.. hahaha :p Tapi sedap ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha nasi vanggey kak ana tak pernah try lagi mummy :0 hat ni versi orang Perak mummy haha :)

      Delete
  5. Sambei nyo memang sedap makan dengan ulam-ulam...

    ish...kakcik kalo lauk-lauk / pucuk-pucuk kayu dari kampung memang gemo beno... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajer yer kak cik, selera orang kampung kata kan :)

      Delete
  6. Sedapnya, makan ulam-ulam bersama sambal kelapa ini.. Memang sedap..

    ReplyDelete