Sebuah blog yang kemas adalah menjadi satu tarikan kepada pembaca dan penyunjung untuk terus kekal mengikuti setiap helaian demi helaian dan memberikan pageview kepada trafik blog kita. Ana bukan lah pakar dalam dunia blog, namun sekadar berkongsi pengalaman dari pembacaan dan perkongsian sifu-sifu blogger yang pernah ana baca, ikuti dan hasil yang sangat memberangsangkan. Blog yang mendapat trafik yang tinggi setiap hari bukanlah bererti blog yang terbaik. Niche lifestyle contohnya agak kurang trafik pv dan uv berbanding dengan niche viral dan hiburan. Terpulang pada minat masing-masing tentang apa yang ingin diterbitkan. 

Namun, harus di ingati, apa sahaja yang kita terbitkan, kita harus bertanggung-jawab sepenuhnya atas terbitan artikel tersebut. Bukan sekadar mengejar trafik yang tinggi setiap hari, namun bila di semak keywords search yang masuk, amatlah menakutkan bila adanya unsur-unsur aib, aurat, fitnah dan sebagainya. Silap haribulan, melibatkan individu atau jenama, surat saman sampai ke depan pintu. Bukan itu yang kita mahu kan, bukan??Berhati-hati selalu dan banyak perkara yang harus kita ambil berat sebelum menerbitkan sesebuah artikel. 


Image result for alignment


Kepentingan Alignment Dalam Entri Blog Post 

Hari ini, ana nak berkongsi satu tip untuk memberi kekemasan dan mencantikan terbitan sesebuah artikel di blog melalui penggunaan Alignment. Ana yakin ramai telah mengetahui kepentingan Alignment dalam sesuatu terbitan blog post, namun ana kongsikan juga untuk mereka yang masih belum tahu, dan semoga ia satu terbitan yang bermanfaat. 

Setiap kali kita menaip draft di dalam sesebuah blog post, di bahagian atas terdapat deretan tools yang boleh di gunakan untuk memperkemaskan artikel dan juga untuk kegunaan SEO dalam terbitan artikel atau entri. Elemen yang terdapat garis-garis jalur di sebelah elemen page break itu di panggil Alignment yang mana terdapat empat pilihan susunan alignment yang boleh kita gunakan. 

Hari ini, ana sempat blog walking ke beberapa blog rakan blogger dan ana dapati masih ada yang tidak menggunakan elemen alignment dalam terbitan post. Hasil terbitan agak bersepah dan tidak kemas sama sekali untuk pembacaan umum. Jangan risau, ana juga pernah melakukan perkara yang sama di awal penglibatan dalam penulisan blog. Alhamdulillah, teguran dari seorang blogger hebat tanah air yang telah memenangi banyak anugerah peringkat negara, siapa lagi dari blog terkenal " Aku Penghibur " - Achik, telah mengajar ana tentang kepentingan alignment dalam sesuatu post entri. Terima kasih Achik dan izin kan Kak Ana kongsikan semula ilmu ini kepada rakan blogger yang lain.

Jom kita lihat dua hasil terbitan yang berbeza apabila kita menggunakan alignment dan dengan tidak menggunakan elemen alignment di dalam dua terbitan entri ana yang terkini dan di awal penglibatan dalam dunia penulisan blog.

Terbitan tanpa menggunakan alignment :







Setiap kali kita masuk ke ruangan blog post, alignment yang tersedia ialah left alignment seperti di dalam gambar di atas. Dan hasil terbitan sekiranya kita tidak menukar left alignment ini adalah seperti gambar di bawah.



Cuba perhatikan tulisan yang terbit adalah bersepahan dan tidak tersusun kemas, bukan. Nak membacanya pun hilang mood. Jelas ketara tidak nampak seperti sebuah terbitan yang sempurna. Ini lah hasil terbitan ana suatu masa dahulu ketika belum tahu kepentingan alignment dalam draft sebuah entri.

Hasil terbitan dengan menggunakan alignment Justify




Setelah menerima teguran dari Achik, ana menggunakan alignment Justify seperti di dalam gambar di atas. Untuk menukar alignment, highlight draft yang kita taip dan klik pada Alignment dan pilih Justify iaitu yang bawah sekali garisan selari sekata. Dan lihat pula hasil terbitannya.


Berbeza bukan, tulisan entri nampak lebih kemas, tersusun cantik memenuhi ruang terbitan dan selesa di pandang daripada yang sebelumnya. Inilah hasil bila kita memilih alignment Justify dalam terbitan sesebuah entri. 




Terdapat 4 pilihan alignment yang ada di blogspot iaitu di bahagian atas sekali ialah Align Left, di ikuti oleh Align Centre ( khasnya digunakan untuk meletakkan gambar dalam petikan ) , Align Right dan pasti lah Justify menjadi pilihan ana. 

Selain daripada itu, saiz font dan jenis pilihan font juga biarlah selesa dan mudah di baca. Ada yang juga yang memilih saiz font yang terlalu kecil dan berbentuk tulisan sambung awal larat bagai, ia agak tidak sesuai untuk pembacaan umum. 



Ana selesa menggunakan saiz font Normal untuk isi artikel dan Large untuk highlight pada terbitan advertorial selalunya pada backlink atau sesuatu perkataan yang ingin kita tonjol dalam terbitan. 

Ermm.. begitulah sedikit sebanyak tips yang dapat ana kongsikan bersama pembaca khasnya newbie yang baru berjinak-jinak dalam penulisan blog. Ana tahu, keghairahan dalam menulis blog di peringkat awal, khasnya di kalangan remaja, suka meletakkan pelbagai widget di dalam blog. Namun kita dalam proses belajar setiap hari, banyak teknik blogging yang boleh kita pelajari untuk mendapatkan sebuah blog yang ringan, mesra SEO dan mobile friendly yang mana semua ini akan meletakkan artikel kita di muka hadapan carian enjin, In Shaa Allah. Rajin-rajinlah selongkar banyak blog penulis profesional yang berkongsi tips dan panduan dalam menulis blog. Waallahu a'lam. 

4 Comments

  1. kite mmg guna alignment ni kalau buat entry melainkan ada masa2 tertentu setting tak ok, x jadik plak kemas camtu.. biasanya kalau taip entry guna hp yg selalu jd camtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah JJ, guna hp ada kalanya lari sikit setting nya.

      Delete
  2. SA memang gunakan justify untuk kekemasan entry di blog SA kak ana...thanks atas perkongsian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, ramai blogger senior peka tentang alignment ni, kita berkongsi ilmu dengan yang mereka yang baru berjinak-jinak dalam penulisan blog kan SA :)

      Delete