Singgah Pagi ke Jeti Bagan Datuk, Perak
Berpuluh tahun rasanya ana tak ke Bagan Datuk ni, kira lah dah 22 tahun mendirikan rumahtangga selama itu lah ana tak jejak kaki ke sana. Sebab itu suami ana tak pernah sampai Bagan Datuk ni. Kali terakhir pergi pun ketika beraya ke rumah rakan sekolah ana, Azza ketika berada di Tingkatan Enam Atas dahulu rasanya, tuu diaaa punya lah lama kan. Lagi pun tak ada sebab nak ke sini, saudara mara pun tak ada di sini, yang ada penyanyi tersohor tanahair Dato' M Daud Kilau hihi. Setiap kali sebut Bagan Datuk, mesti teringat Dato' M Daud Kilau ni... ooo hooo hoiiii!! Cek mek molek!
Minggu lepas selepas uruskan Kak Long ke Shah Alam, terus ke Gopeng hantar Adik Ika, last-last malam baru sampai kampung, Teluk Intan. Esok pagi tu, suami ajak sarapan tiba-tiba duk sebut jom pi Bagan Datuk ... Ana apa lagi laju la nak berjalan punya pasal. Ajak mak, abah dan wan Mit mak saudara ana sekali. Kami pun teruslah melalui Hutan Melintang masuk ke simpan Bagan Datuk. Jauh juga keluh suami dari Simpang Empat ke Bagan Datuk ni..
Apa yang menarik di Bagan Datuk ?
Apa ye? Ana pun tak jumpa sesuatu yang menarik untuk di kongsikan di sini sepanjang perjalanan ana ke Jetty Bagan Datuk ni. Sepanjang jalan terdapat pemandangan kampung-kampung Melayu dan terkenal dengan pokok kelapa dan pokok koko kalau dahulu lah. Mungkin sebab bukan kampung halaman ana, jadi ana tak begitu mengenali Bagan Datuk ni. Cuma banyak pembangunan berlaku antaranya kini terdapat MRSM dan pelbagai hub pendidikan yang dalam proses pembinaan di kiri kanan jalan ke Bagan Datuk.
Cuma agak mengecewakan ialah kebersihan di sekitar jetty Bagan Datuk ni, kami sampai pagi memang banyak sampah sarap bertaburan di sekitaran Dataran Jetty ni di buang di merata tempat. Emak nak ke tandas awam yang di sediakan di hadapan Dataran Jetty tu, tak payah nak cerita lah, pampers kanak-kanak bertaburan di atas sinki. Ini bukan soal penguatkuasaan tapi soal mentaliti masyarakat yang berkunjung. Sayang sangat, pihak berwajib telah mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk memajukan dan mencantikkan sesuatu kawasan, masyarakat yang berkunjung pula masih berada di mentaliti yang tahap paling bawah. Bayangkan jika pelancong dari luar negara yang datang waktu itu, ermmm.... fikir-fikir kan lah yer 😔😔
Ketika ana berkunjung ni , belum siap sepenuhnya barangkali penambahbaikan di Jetty Bagan Datuk ni. Kalau mengikut gambaran di papan tanda matlumat yang ada di sini, bakal ada banyak lagi tarikan menarik yang bakal di bina. Monumen di dalam gambar di atas tu barang kali melambangkan buah kelapa yang di belah kan. Maklumlah Bagan Datuk ni terkenal dengan penanaman pokok kelapa nya. Ingat lagi ketika belajar Geografi di peringkat sekolah menengah dahulu.
Jetty ni pun tak boleh di lalui ketika ana sampai pagi tu, masih dalam proses pembinaan. Mudah-mudahan dengan siapnya satu lagi mercu tanda di Bagan Datuk ini nanti akan membawa kesan positif kepada ekonomi warga tempatan. Cuma ubahlah mentaliti dengan bersama-sama menjaga kebersihan kawasan riadah dan rekreasi awam sebegini.
Pagi tu kami sarapan di kedai mamak yang terdapat di hadapan jetty ni. Tak ada menu yang istimewa pun sekadar makan nasi lemak bungkus dan abah makan tosei. Wan pula ambil pulut tapi tak boleh nak makan sebab di sajikan dengan sambal sardin. agak tak kena dengan selera kami juga lah. Mungkin orang Bagan Datuk boleh rekemen kan menu apa yang best untuk di cuba di Bagan Datuk ni.
Kami ke pasar segar di sini dan paling awesome ana jumpa telur ikan mayong di jual di pasar ini. Sekilo berharga RM26 dan ana beli setengah kilo sahaja nak masak asam pedas. Feveret sangat ni telur ikan mayong dan banyak pula di jual di sini. Mak beli ikan masin dan wan beli ikan baguk dua potong.
Dalam perjalanan balik ke Teluk Intan, abah ajak suami singgah ke Kampung Sungai Dulang, katanya di sana akan di bina jambatan baharu. Kami sampai tiada kelihatan lagi atau mungkin kami salah lokasi tak tahu lah kan. Yang ana tertarik ialah melihat pemandangan sungai di sini yang luas dan terdapat beberapa perahu nelayan.
Inilah coretan ana ke Bagan Datuk selepas berpuluh tahun tidak ke sini. Ana pasti kalau mendapat matlumat yang jelas pasti ada tarikan menarik yang boleh di kunjungi di sini. Kami pun datang macam tu jer, tanpa sempat ana cari info-info apa yang menarik di sekitar Bagan Datuk ni, kalau tidak boleh juga food hunt di sini kan. Ana yakin dengan pembangunan yang kian pesat akan merubah lanskap dan persekitaran Bagan Datuk menjadi salah satu destinasi yang tak kurang menarik untuk di kunjungi, In Shaa Allah.
0 Comments