Althea !! Satu nama gedung beli belah online kosmetik K-Beauty yang tak asing lagi di tanahair kita ni. Maklumlah amat sinonim dengan trend masa kini untuk wanita dan gadis-gadis memilih produk dari Korea dalam penjagaan wajah dan kecantikan. Dan ana nak kongsikan gossip terkini dengan korang semua... gossip !! Yezz!! Gossip terkini yang sedang viral di media social tentang Althea ada produk sendiri sekarang... Haa... mesti tak sabar nak tahu kan.. Mehh.. ana nak gossip dengan korang tentang Althea's baby iaitu BARE ESSENTIALS laahhh ..😊😊



Lebih kurang 3 minggu lepas ana menerima parcel terus dari Korea, ini kali ketiga ana membeli belah dengan Althea.kr ni dan percaya tak, servis penghantaran mereka memang awesome sangat, setakad ni tak pernah ada masalah dan parcel sampai dengan selamat ke tangan ana, Alhamdulillah tanpa sebarang kerosakan dan sebagainya. Inilah salah satu keistimewaan bila membeli belah di www.althea.kr .





Dan pastinya isi kandungan box of Althea ni ialah set penjagaan wajah  BARE ESSENTIALS lah. Ana nak hadiahkannya buat Kak Long mencuba sendiri. Bukan apa, sejak Kak Long sambung degree hujung tahun lepas, dia banyak melakukan kerja luar untuk assignment dan projek kolej. Dah ambil jurusan Environment Science kan, tentulah kena kaji alam sekitar. Balik ke kolej kediaman pun dah hampir Maghrib, penat, sambung lagi belajar hingga lewat malam. Tanya lah mana-mana student pun, beginilah rutin seharian mereka, kan. 

Dan yang tak best, kulit wajah agak gelap dan nampak kusam. Bab jerawat ni Kak Long jenis yang on/off , ada ketikanya naik jerawat dengan banyak ada ketikanya okay sahaja. Banyak faktor juga memainkan peranan selain dari kebersihan wajah, pemakanan, stress dan tidak cukup tidur. Ana memberikannya mencuba pula Althea BARE ESSENTIALS dan selepas dua minggu lebih, nampak ada perubahan positif pada tona wajah yang kusam kembali bermaya. Bukan putih tau, ini bukan produk pemutih, tetapi bermaya maknanya nampak sihat dan segar.




ALTHEA BARE ESSENTIALS


Sesuatu yang agak menarik dengan Althea BARE ESSENTIALS ini ialah, ia memudahkan dengan hanya tiga langkah mudah setiap hari kerana ia telah menyatukan beberapa proses asas kepada 3 langkah sahaja. Maknanya tidak perlu mengambil masa yang lama untuk langkah-langkah penjagaan wajah harian. Sesuai lah untuk mereka yang tidak suka duduk lama depan cermin untuk bersiap khasnya student atau pun mereka yang bekerjaya. Tiga langkah penjagaan wajah dengan Althea BARE ESSENTIALS ialah CONTOUR CLEANSER, PRIMER WATER dan FIXER CREAM sahaja. 




BARE ESSENTIALS CONTOUR CLEANSER




BARE ESSENTIALS CONTOUR CLEANSER pastilah untuk proses pembersihan wajah yang amat penting sebagai asas penjagaan kan. Uniknya BARE ESSENTIALS CONTOUR CLEANSER mengandungi micro capsules yang mana bila di campurkan dengan air, terus bersihkan seluruh wajah, dan micro capsules ni bertindak seperti skrub membersihkan kotoran dari setiap ruang wajah. Jadi jimat dah kan,




Dengan teknologi Micro Bubbleshots  penghasilan micro capsules dalam setiap kali cucian memberikan kelembutan pada kulit wajah dan menanggalkan sisa kotoran secara menyeluruh bagaikan detox pada wajah. Lebih istimewa ia membolehkan wajah nampak v-shape dengan penggunaan secara konsisten. Selepas membersihkan wajah, bilas kita juga akan berasa dingin dan segar kerana bahan asas dalam penghasilan BARE ESSENTIALS CONTOUR CLEANSER ialah Ice Plant & Lemon Verbena Leaf .


BARE ESSENTIALS PRIMER WATER




Sekali lagi memudahkan proses penjagaan wajah dengan BARE ESSENTIALS PRIMER WATER
kerana ia merupakan gabungan antara Toner & Primer. 2 dalam 1, jimat masa dan pastinya jimat perbelanjaan, itu yang penting dan hasilnya masih boleh memperolehi kecantikan dan kesihatan wajah. Best tak best 😉😉




Korea yang sememangnya amat maju dalam perkembangan teknologi dalam pelbagai penghasilan produk kali ini menfomulasikan teknlogi Clear Drewdrop ke atas BARE ESSENTIALS PRIMER WATER. Bermakna ia tanpa pewarna, titisan yang jernih ke atas kulit dan menyerap pantas tanpa melekit pada kulit wajah. Kesan pemakaian yang mendinginkan dan memberikan kenampakan glowing pada wajah tetapi tidak berkilat tau. Macam mana tu, kena pakai sendiri baharu lah boleh dapat kesannya kannn 😉😉 Menggunakan bahan asas Snow Lotus digabungkan bersama Patended Drewdrop Technology menjadikan BARE ESSENTIALS PRIMER WATER mudah serasi dengan penggunaan yang konsisten mengikut kesesuaian jenis kulit masing-masing. 


BARE ESSENTIALS FIXER CREAM




Tak lengkap lah kan penjagaan wajah tanpa krim pelembap dan BARE ESSENTIALS FIXER CREAM melengkapinya. Memberikan kelembapan wajah sehingga 24jam dan menghalang pengeringan atau hydration yang secukupnya. Ini lah yang ana lihat pada perubahan wajah Kak Long tidak lagi mengalami kekeringan yang ketara kerana serasi dengan jenis kulit wajahnya. Bahan asas seperti Trehalose, Green tea dan Baobab Tree memberikan kesan kelembapan dan hydrasi wajah sepanjang hari. Ia tidak melekit dan tidak meninggalkan kesan berminyak pada wajah. Ia juga tidak berwarna dan barbau kerana bersifat natural. 




Lengkaplah sudah 3 langkah dengan ALTHEA BARE ESSENTIALS sebagai rutin penjagaan wajah seharian wanita masa kini. 

Rangkaian ALTHEA BARE ESSENTIALS merupakan produk semulajadi dengan konsep NATURAL BEAUTY 
untuk kulit yang sihat dan berseri.

ALTHEA BARE ESSENTIALS juga menggunakan 
MICRO-particles 
yang pantas menyerap ke dalam kulit tanpa kesan kekeringan.

ALTHEA BARE ESSENTIALS adalah produk 
VALUE
yang berkualiti tinggi, memenuhi keperluan penjagaan wajah pada harga yang mampu milik. 


Layari dan dapatkannya terus dari KOREA ke hadapan pintu rumah anda dengan melayari ke : 




#AltheaKorea #AltheaBE #AltheaBareEssentials #BareEssentials


Kesan penggunaan mungkin berbeza antara setiap individu bergantung kepada jenis kulit dan keserasian. Terbitan di atas adalah dari pengalaman penulis (bukan testimoni) dan merujuk sumber yang di berikan dari www.althea.kr . 

10 Comments

  1. wowww mmg menarik.. nak try lahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom MD dapatkanya terus di www.althea.kr :)

      Delete
  2. cantiknya anak kak.. jue pengguna tegar primer water sebelum start mekap

    ReplyDelete
    Replies
    1. maceh Jue, primer water memang 2 in 1 kan Jue,mudah dan sesuai untuk base make up dan toner sekali

      Delete
  3. memang best gunakan product ni. Dah cuba dan puashati.

    ReplyDelete
  4. kena belikan utk isteri nanti..

    Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

    ReplyDelete
  5. Wahh menarik ni, boleh lah try jugak pakai nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sesuai dengan jenis kulit wajah memang best pakai ni Nani :)

      Delete