Apakah Hadiah Yang Sesuai Untuk Wanita Tersayang ?

Bulan Mei dah kian hampir menjelang. Kenapa dengan bulan Mei.. Istimewanya bulan Mei kerana ia merupakan hari ulangtahun perkahwinan ana... dan bukan itu sahaja, bulan Mei juga ada banyak sambutan hari yang istimewa khasnya untuk kaum wanita seperti Hari Guru, Hari Ibu dan juga Hari Jururawat. Dan bila tibanya hari-hari istimewa yang ingin diraikan, pening kepala nak fikir hadiah yang sesuai khususnya buat kaum perempuan, kan. Haa.. jangan risau, hari ini ana nak kongsikan idea dengan korang hadiah apakah yang sesuai untuk wanita kesayangan korang...





Amacam ? Comel tak hadiah-hadiah yang pernah ana berikan kepada anak-anak dan ana terima dari suami sempena hari lahir dan juga hadiah anniversary perkahwinan kami. Mestilah anak-anak gadis ana suka dan hargai sangat hadiah yang ana berikan ini kerana kesemuanya custom made atau ana personalized kan sendiri. Tiga kusyen di atas ana hadiahkan kepada Kak Long dengan cetakan wajahnya, manakala untuk Adik Ika pula, cetakan lukisannya ana personalized kan juga pada sebuah tote bag. Dua kusyen gambar kucing kesayangan kami, Jingga tu pula sebagai hadiah dari anak-anak kepada ana dan tak lupa mug dengan gambar kami berdua adalah hadiah anniversary kami tahun lepas. Semuanya istimewa kan ? Tiada di jual di pasaran segalanya unik dan custom made khas buat insan tersayang.




Contohnya, ana tahu Adik Ika amat sayang dengan hasil seni digitalnya gambar seekor rusa jadi ana cetakkannya pada sebuah kusyen dan juga tote bag secara custom made. Ia menjadi satu koleksi berharga buatnya kerana ana hadiah kan kepada Adik Ika sempena hari lahirnya yang ke 17 tahun lepas. Menarik bukan ? Jadi mesti korang pun teruja nak tahu, di mana dan bagaimana cara untuk memperolehi hadiah unik seperti ini. Jawapannya , korang boleh dapatkan pelbagai hadiah specialize dan customize seperti ini di www.printcious.com

Hadiah yang sesuai untuk wanita di Printcious.com 




Disini lah ana tempah dan beli hadiah-hadiah menarik, pendek kata rambang mata tau nak pilih apakah yang sesuai untuk insan-insan tersayang ni. Mari kita tengok apakah idea-idea yang mungkin sesuai dengan korang untuk hadiah kan sesuatu yang unik dan istimewa untuk wanita kesayangan korang semua. Semuanya boleh di beli secara online, sama ada korang ciptakannya sendiri ( custom made ) atau beli sahaja yang telah sedia ada. Pelbagai idea hadiah menarik untuk wanita ni korang boleh klik sahaja di Special Gift For Her .




Semuanya mudah sangat kerana kita akan di ajar langkah demi langkah sehingga terhasillah ciptaan hadiah yang istimewa dan nantikannya sampai ke pintu rumah korang, kalau korang nak memberikan sendiri kepada si penerima atau kirimkan terus ke alamat tersayang. 

Cadangan idea hadiah yang sesuai untuk perempuan dari Printcious.com




1. Kusyen dengan cetakan gambar wanita tersayang atau yang telah sedia ada di Printcious.com. Pelbagai pilihan menarik untuk di pilih dan kalau korang nak customize kannya macam ana, korang boleh sahaja cetakkan gambar, pilih warna kesukaan mereka dan caption yang sesuai untuk mereka. Bestnya !!!




2. Atau sebagai hadiah untuk Hari Guru yang bakal menjelang tak lama, apa kata korang hadiahkan pula mug dengan caption dan gambar cetakan sendiri di Printcious.com ni. Mesti lain dari yang lain kan daripada hadiah mug biasa yang ada di pasaran. Pasti cikgu korang akan simpannya baik-baik. Selalunya cikgu feveret lah kan. 



3. Nak lagi lain dari yang lain, boleh juga hadiah kan personalized Puzzle. Ana pernah hadiahkannya untuk BFF ana di mana cetakan gambar nya sekeluarga, terus di frame kan dan terharu sangat bila di terimanya. 



4. Hat ni lagiii ana suka, Canvas. Korang boleh cetakkan gambar-gambar wanita kesayangan korang pada sekeping canvas. Trend masa kini kan, menghiasi dekorasi ruang dengan canvas nak-nak lagi hadiah dari yang tersayang, lagi lah awesome. 




5. Dan kalau bajet korang tak berapa nak kencang, boleh sahaja gantikannya dengan sekeping Ceramic Tiles dengan cetakan foto pilihan korang. Pun sedang trending sekarang hadiah istimewa sebagai kenang-kenangan.




6. Andainya wanita kesayangan korang tu bekerja di pejabat, boleh lah hadiahkannya sekeping Mouse Pad customized atau pilih sahaja yang dah sedia ada di sana.




7. Kalau pening dah tak tahu nak pilih apa, ni diaa pelbagai koleksi T-shirts sama ada korang nak personlized atau pilih sahaja design yang cantik dan sesuai untuk gadis kesayangan. Murah pula tu, berbaloi dengan kualiti yang baik.

Pintcious.com bukan sahaja menawarkan pelbagai pilihan hadiah yang specialized seperti di atas, malahan sekiranya korang sedang mencari Goodies atau Door Gift yang sesuai untuk majlis-majlis yang bakal korang adakan, boleh lah singgah ke  door gifts idea for guests  dan dapatkan design-design yang korang inginkan pada harga yang sangat berpatutan setanding kualiti.

Bukan setakad itu sahaja, bila nak ada kan majlis pasti korang mahukan sesuatu yang boleh di jadikan kenangan kekal abadi dengan adanya Photobooth, kat mana nak cari tu ? Tak yah risau, klik sahaja ke  party photo booth  dan korang pilih lah mana-mana tawaran yang sesuai dengan bajet korang. Lengkap dah kan!!

Ana harap salah satu dari cadangan idea yang ana kongsikan dapat memberi ilham dan inspirasi kepada korang untuk sambutan hari-hari istimewa di dalam hidup masing-masing. 💕💕
Apakah Hadiah Yang Sesuai Untuk Wanita Tersayang ? Apakah Hadiah Yang Sesuai Untuk Wanita Tersayang ? Reviewed by ana halim on April 24, 2018 Rating: 5

4 comments:

  1. terbaek..


    jemput join segmen ejulz :)
    http://ejulz.blogspot.my/2018/04/segmen-aminkan-doa-sahabat.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom hadiah kan untuk wanita kesayangan ejulz dari printcious.. :)

      Delete
  2. Aida lom lg dpt soping kat printcious tau.
    Tau lama dah...
    Menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha jom aida masuk terus website lagi rambang mata :)

      Delete

Powered by Blogger.