Cara Mudah Renew Domain Netkl Untuk Blog

Sekejap je dah setahun untuk tempoh renew semula domain blog picisan www.anajingga.com. Banyak dah yang ana manfaatkan dari blog kesayangan ana ni. Tak kiralah dari rezeki wang ringgit, hadiah-hadiah dari sponsor untuk di review dan yang paling ana inginkan ialah setiap perkongsian yang bermanfaat untuk insan lain dari carian di internet. Semoga setiap satu yang ana terbitkan ada manfaatnya meskipun sekadar sebesar zarah sahaja. Semoga ia bakal menyumbang saham akhirat yang berpanjangan buat ana dari coretan pengalaman kehidupan.


Image result for netkl network


5hb Mei 2018 nanti, genap setahun lagi usia .com untuk anajingga. Bagaimana kita mengetahui tempoh domain kita bakal tamat ? Jangan risau kerana, setiap tahun sebulan sebelum tarikh domain kita expired, pihak Netkl akan menghantar email peringatan. Kemudian kalau belum renew lagi, dua minggu sebelum dateline sekali lagi mereka akan email dan tempoh ehsan selama 20 hari bakal di berikan sebelum .com anda akan bertukar semula kepada blogspot.my . Macam Cinderella pula kan. Jadi kalau sayang dengan domain, renewlah sebelum sampai tamat tempohnya. Kalau korang tertanya kenapa blogger perlu memiliki domain sendiri untuk blog, ana pernah kongsikan pendapat ana di SINI .


Bagaimana cara untuk renew domain blog 

Perkongsian ana ini adalah untuk yang menggunakan Netkl untuk urusan domain korang di mana kebanyakan blogger Malaysia menggunakan servis domain dari Netkl dengan hosting Blogspot lah, sebab ana tak terfikir lagi nak bertukar ke  wordpress ni. Blogspot masih hosting percuma kan hihi 😉😉 Dalam tempoh sebulan sebelum tarikh taman tempoh setahun domain, kita akan menerima email dari pihak NetKL. Korang klik lah ke pautan yang di beri untuk melihat invoice yang di hantar.



Ini contoh invoice akaun ana, sejak dari tahun 2015 dan klik pada Unpaid tu dan akan terbitkan full invoice korang dengan jumlah yang perlu di bayar, butiran pembayaran dan sebagainya. Ketika tahun 2015 tu harga domain di NetKL ni cuma RM35 tetapi tahun ini dan dua tahun sebelumnya masih kekal RM45 setahun. Okay lah tu kalau korang banyak job dah untung banyak kan, Alhamdulillah rezeki dari perkongsian yang baik-baik naa. Sebab tu kena selalu check apakah keywords yang masuk ke blog korang, punca rezeki ni kena jaga sebaik mungkin kerana bakal menjadi darah daging dan di audit di akhirat kelak.




Dengan butiran yang ada, korang log in lah di internet banking masing dan buat lah pembayaran. Selain dari online banking, korang juga boleh membuat pembayaran melalui ATM Transfer, Cash Deposit, Paypal atau Credit Card. Ana menggunakan internet banking sahaja kerana mudah. Jangan lupa skrincap butiran bayaran atau simpan resit bayaran kerana korang perlu hantar sebagai bukti ke team NetKL melalui Tiket ( link akan di berikan di email ).

Selesai sahaja pembayaran berjaya di lakukan, korang perlu menghantar bukti bayaran ( melalui attachment ) ke link kedua yang di beri melalui email. Hantar tiket ke NetKL ni.




Dan tunggu beberapa minit sebelum korang akan menerima balasan email atau reply dari NetKl bersama resit bayaran. Bermakna domain kita telah berjaya di renew. Jika tidak menerima sebarang reply, korang boleh sahaja hubungi pihak NetKL di nombor yang di sertakan di email.



Dan selamatlah sudah www.anajingga.com untuk tempoh masa setahun lagi, In Shaa Allah. 
Cara Mudah Renew Domain Netkl Untuk Blog Cara Mudah Renew Domain Netkl Untuk Blog Reviewed by Ana Jingga on April 28, 2018 Rating: 5

2 comments:

  1. Replies
    1. untuk rujukan kak ana sendiri juga nanti Sha,makin tua ni takut makin lupa lak cara nak renew nanti :)

      Delete

Powered by Blogger.