Ini merupakan tahun ke-tiga ana renew domain bersama NetKL Network untuk blog kesayangan www.anajingga.com. Sebelum ini,blog picisan ini, tanpa domain bersama blogspot iaitu anajingga.blogspot.com mulai tahun 2012. Selepas berkongsi ilmu blogger bersama sahabat-sahabat blogger di dalam EFG sekitar 2015 dan sekarang dikenali sebagai AFB, ana tertarik untuk menggunakan domain dan bertukar kepada www.anajingga.com hingga ke hari ini, Alhamdulillah. Oleh itu untuk blogger yang ingin belajar sesuatu ilmu tentang blog, join lah mana-mana komuniti blogger di mana kita akan sama-sama bertukar-tukar ilmu dan kemahiran dalam dunia penulisan blog.Banyak perkara baru yang bakal kita ketahui hari demi hari. 

Bila adanya domain ni, kita akan lebih alert tarikh kelahiran berdomain, kerana setiap tahun pada tarikh yang sama, kita diberi peringatan untuk me renew nya. Kalau ada bajet lebih boleh je nak renew dua atau tiga tahun terus. Ana menggunakan khidmat domain dari NetKL Network dan yuran tahunan untuk tahun ini masih kekal seperti sebelumnya RM45 setahun.Dan hari ini, ana selesai membayar domain untuk setahun akan datang dan akan expired pada 4hb Mei 2018 nanti, In Shaa Allah.

Bagaimana nak renew domain ni? Tak susah mana pun, cuma kena alert lah dengan kiriman email dari mereka. Seawal sebulan sebelum tarikh expired domain kita akan di beri reminder atau peringatan untuk renew. Kemudian kalau masih tak renew juga mereka akan menghantar lagi reminder sebelum 14 hari tarikh tamat. Dan mereka juga akan menghantar invoice melalui email. Dengan invoice ini, kita boleh membayarnya secara internet banking, cdm, atau atm. 


Image result for netkl network


Setelah membuat pembayaran, pastikan scan resit atau skrincap dan hantar kan email ke support team mereka sebagai bukti pembayaran. Selang beberapa minit,mereka akan menghantar resit pengesahan penerimaan yuran renew domain kita berjaya di renew untuk tempoh yang kita bayar.Mudah kan.

Apakah kelebihan memiki domain sendiri :


Banyak kelebihan nya apabila kita menggunakan domain sendiri. Antaranya ialah penjenamaan untuk blog kita. Penjenamaan amat penting untuk pembaca, client, atau pr mengenali kita. Pilihkan nama blog yang mudah diingati untuk domain yang cantik. Jangan terlalu panjang dan menyukarkan untuk diingati dan di kenali. Dan sebaiknya, cipta satu jenama sendiri dalam semua jaringan social media. Ana sendiri contohnya menggunakan Ana Jingga sebagai satu jenama, ianya untuk email ana- anajingga72@gmail.com , Facebook - anajingga15 (kerana anajingga dah ada penama lain sebelumnya, jadi ana tambah 15 di belakangnya), begitu juga dengan Instagram - @anajingga dan juga page - anajinggadotcom. Mudahkan untuk di kenali.




Selain itu, mempunyai domain sendiri memberi kelebihan untuk berada di carian enjin dengan seo yang baik. Ia bagus untuk membawa lebih banyak organik trafik ke halaman blog. Banyak lagi perkara teknikal yang perlu di pelajari, rajin-rajinlah mengGoogle dan selongkar lah blog sifu HasrulHassan.com untuk banyak tips-tips ilmu seo dari beliau. Ana sendiri banyak belajar dari perkongsian HH.Terima kasih Hasrul Hassan.

Seterusnya memiliki domain sendiri juga dapat menyelamatkan blog kita dari dibanned atau menjadi mangsa blog di delete atas sebab-sebab teknikal dari pemain hosting.Banyak terjadi kes dimana blog tidak dapat diekses atau dibanned oleh mana-mana carian enjin kerana tidak memiliki domain sendiri. Ana sendiri kurang arif untuk bercerita tentang kelebihan domain secara teknikal ni, sila lah google kan.

Apa yang pasti memiliki domain sendiri dengan jenama sendiri adalah satu kemegahan buat seorang blogger dan merasai satu kepuasan yang lebih untuk terus menulis. Ialah ia adalah blog milik kita,lagipun benda berbayar, tak kan kita nak abaikan begitu sahaja kan..kenalah selalu di update supaya RM45 yang kita bayar setahun tu memberi manfaat buat kita sendiri. Kita lebih mudah bekerja secara professional dengan client dan mudah mendapat kepercayan setiap kali berurusan. 

Jadi, bagi yang benar-benar serius dalam penulisan blog, ana syorkan belilah domain sendiri dari mana-mana network yang menawarkan pembelian hosting dan domain. Rajin-rajin mencari serba sedikit ilmu dan teknikal dalam blog serta paling mudah sertai mana-mana group blogger yang ada untuk perkongsian ilmu dan pertanyaan.In Shaa Allah dari perkongsian yang baik-baik, yang membawa manfaat buat orang ramai, tak mustahil korang boleh menjana pendapatan dari blog. Tulis lah dengan ikhlas, perkongsian yang luhur dan jauhi perkara-perkara yang provokasi yang mengundang dosa, fitnah dan aib kerana setiap sen yang kita perolehi dari blog datangnya dari trafik yang masuk, biarlah ia bersih. Waallahu a'lam

10 Comments

  1. Terima kasih kak ana perkongsian dan penerangan ni..insyaAllah mungkin satu masa nanti PC pun nak tukar kepada domain sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama PC, In Shaa Allah mana tahu satu hari nanti PC juga ada domain sendiri kan :)

      Delete
  2. kelebihan ada domain sendiri kita nampak komersial

    kalau boleh tukar awal-awal sebelum blog kita sangat femes..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow.. betul kena ada penjenamaan sebagai sebuah blog yang mudah dikenali dan diingati

      Delete
  3. Menarik perkongsian akk ni...nnt eyda pn nk buatlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat la eyda, sebagai satu kepuasankita sebagai seorang blogger

      Delete
  4. betul juga.. nampak profesional sikit ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitu lah kelebihannya dan domain tersebut sah sah menjadi milik kita dan tak ada orang lain boleh ambil selagi kita renew feesnya :)

      Delete
  5. Hmmmm teringin juga nak ada domain sendiri tapi tu lah. takut nanti berhenti separuh jalan pula. membazir ja haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syed, domain ada tempoh masa untuk di renew, macam kak AJ renew setiap tahun, jadi kalau dah tak aktif dan tidak direnew ia akan kembali kepada blogspot semula :)

      Delete