Siapa sini jejaka Dashing ? Atau suami, buah hati atau anak remaja korang jejaka Dashing ? Orait!! Caya lah.. korang memang ada taste yang bergaya dan menjaga penampilan diri serta berkeyakinan. Bukan apa, ana ni respect kalau lelaki yang menjaga kebersihan diri serta keterampilan diri, bukan di usia muda sahaja bergaya ranggi bila dah berumahtangga mula selekeh dan tidak menjaga penampilan. Kalau korang jejaka Dashing korang kena tahu bahawa sekarang ni Dashing Sport telah melancarkan dua lagi variasi pilihan deodorant dan EDT terbaharu untuk koleksi. Dua-dua pun ana tertarik dengan harumannya apabila di gunakan oleh suami. I like !!




Jika sebelum ni, ana pernah perkenalkan korang kepada dua variasi di pasaran iaitu MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Variasi terbaru DASHING SPORT ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette. Di formulasi kan khas untuk mereka yang aktif tak kira lah bersukan mahupun dalam melakukan aktiviti harian. 


DASHING SPORT Hitman & Golden Boot



DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki kini melancarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu DASHING SPORT. Rangkaian DASHING Sport pasti memenuhi kehendakan lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan aktifnya. 

Lelaki DASHING mempunyai aura yang menampilkan keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING SPORT mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang.



Berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan. 

Untuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian.   


Semburan Deodoran DASHING SPORT  bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari. 

DASHING SPORT Eau De Toilette dengan haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml.Rangkain produk DASHING Sport  boleh didapati dalam 2 variasi; Hitman dan Golden Boot.



Review Suami Ana menggunakan Dashing Sport Hitman & Golden Boot 


Suami ana, berulang alik ke pejabat di Kuala Lumpur dengan menaiki motorsikal pastinya badan berpeluh nak nak lagi ketika waktu sekarang ni cuaca panas membahang. Dia menggunakan deodorant Dashing Sport Hitman sebelum bergerak keluar dan sampai di pejabat menyemburkan EDT Hitman untuk mempastikan kesegaran dan bau badan yang selesa untuk meneruskan kerjaya di pejabat dan bertemu pelanggan serta urusan rasmi. 

Untuk aktiviti riadah pula , suami ana meminati sukan badminton di waktu cuti. Memilih Dashing Sport Golden Boot mempastikan dia kekal harum dan segar sehingga ke malam. Bayang kan kalau tanpa deodoran atau EDT, lelaki pulang dari bermain badminton atau bersukan, mahu pening kan kita di rumah ni. Jadi pilihan bijak ialah mempastikan mereka memilih rangkaian Dashing Sport terbaharu Hitman atau Golden Boot. Baru lah sado kan 😊😊




DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikab wangian  daya tarikan  yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.



Keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml.



~~:~~
TENTANG WIPRO UNZA
Sejak tahun 1980 WIPRO UNZA telah berjaya membina portfolio yang mengagumkan (luas) sebagai jenama penjagaan diri dan produk kelengkapan (isi) rumah di pasaran Asia. Dengan ibu pejabat di Singapura, WIPRO UNZA telah mengeluar dan memasarkan jenama ke seluruh 50 wilayah di dalam Asia Tenggara, China dan lain-lain.   
Antara jenama terkemuka daripada 24 buah jenama keluaran WIPRO UNZA adalah ENCHANTEUR, SAFI EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan AIKEN.
Kebanyakan produk WIPRO UNZA kini berdiri teguh sebagai peneraju pasaran hasil daripada jenama yang  direka  dan dicipta khusus untuk pengguna Asia. 
~~:~~

6 Comments

  1. Replies
    1. sesuai untuk lelaki yang suka tampil segak dan bergaya kan :)

      Delete
  2. wahhh ada keluar produk baru pulak dashing ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, jom dapatkannya di pasaran sekarang Ekin :)

      Delete
  3. Anak Mrs. A yang sulung minta Mrs. A belikan dia deodaran terbaca review pasal ni terus Mrs. A dapat idea belikan dia yang ni time test mana satu bau yang best Mrs. A suka bau Hitman.Kekdahnya terus belikan dia Hitman mujurlah Along pun suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dia Along suka ye Mrs A, suami kak ana pun memang penggemar Dashing ni dari dulu lagi

      Delete