Tiada yang lebih indah dari pandangan mata melainkan betapa Maha Indah, Maha Sempurnanya ciptaan Allah swt.  Bunga kemboja, antara salah satu bunga kesukaan ana, wangian yang harum menusuk jiwa , mekar di hujung dahan kadang kala tak tercapai tangan, akhirnya gugur ke bumi kelayuan. Kemboja.. putih, pink dan kuning  berseri kelopak yang harum bagaikan simbolik kecantikan dan haruman wanita yang akhirnya akan pudar juga bila sampai waktunya.




Kemboja juga mengingatkan kita pada kematian. Kalau dahulu kemboja menjadi tanaman di kawasan perkuburan malah ada yang menggelarnya bunga kubur. Ia sebagai gambaran bahawa semua yang ada di mukabumi ini tidak akan kekal, akhirnya pasti kembali kepada Yang Maha Esa, Tuhan sekalian alam. Inilah mekar mu kemboja... cantik, harum dan pasti akan gugur layu menyapu bumi. 

Bunga kemboja 

Beberapa fakta mengenai bunga kemboja yang ana perolehi dari pelbagai sumber antaranya:

- Bunga kemboja di dalam bahasa Inggeris ialah Frangipani atau juga di kenali sebagai dengan nama saintifiknya Plumeria.

- Banyak di tanam sebagai tanaman lanskap untuk menghiasi halaman dan jalan-jalan di taman muhupun di sekitar kampung-kampung, dan lebih sinonim sebagai pokok di kawasan perkuburan orang Islam khasnya.

- Penanaman pokok kemboja boleh di lakukan melalui semaian biji atau keratan batang.

- Dikata boleh di gunakan untuk tujuan perubatan tradisional . Waallahu a'lam. Berikut ini beberapa contoh cara pengubatan menggunakan bunga kemboja.

1. Mengubati Bisul
Untuk mengubati bisul dengan bunga kemboja, boleh dilakukan dengan dua cara. Cara pertama menggunakan daun kemboja dan minyak kelapa. Daun kemboja diramaskan dan diadunkan dengan minyak kelapa, kemudian ditempelkan pada bahagian tubuh yang ditumbuhi bisul. Setelah kering ganti dengan daun yang lain.

Cara kedua, menggunakan getah pohon kemboja. Ambil getah kemboja terus dari pokoknya dan disapukan pada bahagian tubuh yang ditumbuhi bisul.


Related image


2. Mengatasi Bengkak
Cara mengubati bahagian tubuh yang bengkak adalah dengan kulit pohon kemboja. Caranya, ambil  kulit pohon kemboja kemudian ditumbuk hingga halus. Rebus dengan setengah cerek air hingga mendidih. Air tersebut digunakan untuk merendam bahagian tubuh yang bengkak 

3. Puru (Frambusia)
Caranya, kulit kemboja, ditumbuk halus dan direbus dengan 1 cerek air sampai mendidih. Air tersebut digunakan untuk mandi dan menggosok bahagian tubuh yang bermasaalah.

4. Kencing Bernanah (Gonorrhea)
Cuci bersih 1 potong akar pohon kemboja, kemduian direbus dengan dua gelas air hingga mendidih hingga berbaki 1 gelas. Air ramuan tersebut diminum satu kali sehari sebanyak 1 cawan.

5. Menghilangkan Tahi Lalat Hidup
Tahi lalat boleh menambah kecantikan wajah seseorang, namun juga boleh mengganggu. Jika anda memiliki tahi lalat yang mengganggu, bolehlah dihilangkan dengan menggunakan getah pohon kemboja. Caranya, ambil getah kemboja menggunakan kapas, kemudian tempelkan pada tahi lalat. Lakukan secara rutin sampai tahi lalat hilang dengan sendirinya.


Image result for bunga kemboja


6. Menghilangkan kutil (Ketuat)
Caranya sama dengan menghilangkan tahi lalat, iaitu menggunakan getah kemboja. Namun harus waspada kerana getah kemboja sifatnya tajam, jadi jangan sampai terkena bahagian tubuh yang yang lain.

Bunga kamboja memang kaya akan kandungan emolien dan vitamin E. Selain untuk pengubatan, bunga kamboja juga bermenafaat untuk kecantikan, terutama perawatan kecantikan kulit. Bunga eksotis ini memberikan sensasi melembabkan, melembutkan, serta menambah zat dan menjaga keanjalan kulit. (kredit sumber :http://sha3622.blogspot.my/2014/07/khasiat-bunga-kamboja-nutrients-flowers.html )

Semua petua di atas adalah dari rujukan sumber 
dan tiada terbukti secara saintifik 
akan keberkesanannya. Tak yakin jangan cuba ye bimbang akan memudaratkan pula nanti.  


Related image


*Beberapa gambar keindahan bunga kemboja yang ana pinjam dari Google Image dan kredit buat pemilik asal gambar untuk tatapan kita bersama, betapa indahnya Kemboja bunga harum ciptaan Tuhan.

14 Comments

  1. Cantik bunga kemboja.. Wangi pula tu..

    ReplyDelete
  2. cantik sgt bunga ni. mama dulu suka lukis bunga ni masa kat sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ya mama, mudah nak lukis bunga ni kan, guna water colour cantik je jadinya :)

      Delete
  3. wah cantiknya bunga kemboja

    ReplyDelete
  4. Bunganya cantik dan punya segudang manfaat.
    Great 👌

    ReplyDelete
    Replies
    1. maanfaatnya tu belum pernah AJ guna pakai lagi, mungkin sekadar petua tradisional sahaja kan

      Delete
  5. Apabila gugur dan kelayuan ia tidak di sukai lagi. Kasihan nasib kemboja.

    ReplyDelete
  6. byk rupanya khasiar bunga kemboja ni bukan setakat harum je..
    follow sini #1054

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah cuma belum pasti serasi menjadi atau tidak, terima kasih MisDiaros :)

      Delete
  7. Bunga kemboja kak pun sedang berbunga. Memang minat sangat bunga ni. Cantik dan harum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. musim berbunga kan Kak Mala, cantik dan mengharum :)

      Delete