Ramai wanita masa kini amat teruja dalam menggayakan fesyen pakaian dengan pelbagai pilihan koleksi terkini di pasaran. Namun asas yang paling utama yang perlu di jagai dalam berfesyen pastilah tuntutan agama iaitu mematuhi hukum syariah dalam penjagaan aurat sebaik yang mungkin. Tak salah berfesyen mengikut trend namun ciri-ciri patuh syariah perlu di ambil kira dan di titik beratkan. Ana sentiasa mengingatkan anak-anak ana tentang fesyen dan aurat yang perlu di jaga sebaik mungkin. 

Namun kini, Alhamdulillah.. untuk persiapan sambutan Hari Raya yang bakal menjelang dalam beberapa minggu lagi ni, ana dah awal-awal survey beberapa online shop yang berada di pasaran. Dan dari perkongsian rakan blogger, ana di perkenalkan dengan butik Haqqi yang menepati pilihan ana sekeluarga. Dari usyaa di laman web mereka www.haqqi.com.my dan terpikat dengan pelbagai koleksi terkini, tengahari Sabtu lepas ana ke cawangan butik Haqqi di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur untuk melihat sendiri koleksi yang ada. Serius memang cantik-cantik dan rambang mata nak shopping raya di sini.





Butik Haqqi Pilihan Muslim dan Muslimah Fesyen Patuh Syariah 


Melangkah masuk ke Butik Haqqi yang terletak di  No 14, Jalan Wan Kadir 4, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur,  ana dah terkasima dengan pelbagai koleksi jubah, dress, baju kurung dan kebaya dengan padanan warna-warna pastel yang lembut dan menarik. Anak-anak ana pun bukan main excited lagi nak mencuba beberapa koleksi yang diperagakan. 




Antara ciri yang ana maksudkan dengan fesyen patuh syariah yang amat ana gemari dari koleksi terkini Raya 2018 di Haqqi ialah seperti zip pada bahagian lengan baju sama ada jubah, dress malahan baju kurung sekali pun untuk mempastikan tangan kita wanita tidak terdedah pada pandangan. Zip ini di buka untuk menyarung pakaian dan kemudian kita zipkannya untuk mempastikan saiz lengan betul-betul terlindung. Eh! Faham tak maksud ana ni ? Mesti faham kan.. 😉😉




Cuba lihat sendiri meskipun dengan ciri patuh syariah, wanita dalam busana Haqqi masih boleh memilih pelbagai padanan rekaan moden dengan sulaman lace, fesyen lengan dan warna-warna pastel yang lembut. Inilah antara ciri istimewa rekaan dari butik Haqqi yang memikat hati ana tengahari tu. Rambang mata tau nak membuat pilihan kerana hampir kesemuanya lawa-lawa dan ada tawaran harga istimewa sempena sambutan Aidil Fitri yang bakal mendatang ni. Paling best, nak memilih dan shopping pun amatlah selesa dari mana-mana lokasi lain yang berasak-asak dengan lautan manusia. Di Haqqi, kita akan mendapat layanan sebaik mungkin dari staff yang bertugas. 







Selain dari pelbagai pilihan fesyen wanita muslimah, jangan risau untuk cik abang sayang dan anak-anak lelaki kita juga boleh memilih aneka pilihan jubah dan pakaian lelaki. Senang kan kalau nak sedondon dengan suami, pilih sahaja bersama-sama di Haqqi dan suai padankanlah mengikut citarasa masing-masing.




Sesuatu yang perlu kita ketahui bagi mereka yang sedang membuat persiapan yang masih tercari-cari di manakah boleh mendapatkan produk kelengkapan untuk menunaikan ibadah haji dan umrah, tak perlu risau lagi kerana di Butik Haqqi juga menyediakan produk pakaian lengkap untuk ke tanah suci.Dari set pakaian ihram untuk kaum lelaki dan juga pilihan telekung yang cantik dan selesa untuk wanita muslimah. 






Alhamdulillah amat mudah untuk kita melengkapkan pakaian untuk berhari raya di Haqqi apatah lagi untuk mereka yang bakal mengerjakan ibadah Haji tidak lama selepas Aidil Fitri nanti, mahu pun untuk ibadah umrah. Carilah segalanya di Haqqi yang mempunyai 3 cawangan di Selangor dan Kuala Lumpur iaitu sama ada Haqqi cawangan Taman Tun Dr Ismail ( TTDI ), di Sekyen 7 Shah Alam atau di Bangi. Ana pasti korang akan temui pilihan busana yang di idamkan selama ini, In Shaa Allah.




Atau pun kalau nak membeli secara online sahaja, tak pun sekadar nak cuci-cuci mata dahulu macam ana hari tu boleh lah layari di mana-mana pautan yang ana berikan di bawah ini :

Laman web : 


Facebook : 


Instagam :




3 Comments

  1. mcm menarik.
    tapi tu la, da settle bab shopping raya.
    if not boleh jugak terjah.
    harga pun tgk nyer tu affordable :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sahaja shopping di Haqqi pada bila-bila masa Aida :)

      Delete
  2. ASSALAMUALAIKUM

    WASSUP SY SEGARA 0176476558 SYAMSUL-HAQQI

    ReplyDelete