Only in Malaysia.. pelbagai perkara yang pelik tapi benar berlaku. Unik kan orang-orang Malaysia ni. Salah satu yang paling biasa sekali di pandangan ketika berada di jalan raya, kelihatan penunggang motorsikal kebanyakannya suka memakai jaket terbalik. Faham kan maksud ana dengan jaket terbalik tu. Haa... macam dalam foto dibawah tu.. 


kredit foto pandulaju.com.my
Ana pernah lah bertanyakan soalan ini kepada rakan-rakan di Facebook tidak berapa lama dahulu. Masyaa Allah.. macam-macam jawapan yang ana dapat, ada yang serius kelakar, ada yang siap bagi sebab musabab dan ada juga yang memberi jawapan soal keselamatan di jalan raya. Secara rangkumannya ana kongsikan semula disini, antara sebab-sebab kenapa penunggang motorsikal kebanyakannya suka memakai jaket terbalik.

Faktor utama menurut mereka ialah nak cepat. Kalau yang bekerja sebagai penghantar atau runner ni pastilah mereka perlu bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain dengan cepat dan pantas. Walaupun tak banyak mana beza masa pun, mereka lebih mudah capai jaket dan sarung terus tanpa perlu menzip kan nya. Dalam erti kata lain, sarung dan jalan. 

Ada juga yang mengatakan jaket tersebut digunakan sebagai pelindung dari panas matahari ketika menunggang motor. Mereka sarung jaket untuk melindungi bahagian tangan dari sunburn. Dan kalau dalam kesesakan trafik dengan asap kenderaan, bahagian kepala jaket tu mereka gunakan sebagai face mask untuk menutup mulut. Haha! Kan kreatif tu, kalau pakai cara lain dah tak boleh tarik nak tutup mulut. 

Tak kurang juga yang memberi alasan, sarung jaket terbalik untuk tunggangan yang lebih mudah lawan arah angin. Aerodinamik, tapi betul juga tu, bila pakai jaket dengan berzip di hadapan, selalunya bahagian belakang akan gelembong. Tapi kan, pelumba motorsikal tu elok je pakai jaket berzip di hadapan,lagi laju kan 😁😁


Image result for pelumba motorsikal '
kredit foto Malaysian Rider

Haa!! Ana tahu, mesti korang nak kata " pelumba motor tu pakai jaket mahal, mestilah tak gelembong ke belakang bila menunggang, kan! Kan!" Betul jugak, Kebanyakan mat motor di jalan raya ni hanya memakai jaket biasa sahaja bukan jaket keselamatan. Kebanyakan jaket yang di sarung pun ada yang dah tercabut zip atau zip rosak, jadi sarung je lah ke belakang kan. Penunggang motorsikal juga biasanya memakai jaket untuk mengurang rasa sejuk bila berada di jalan raya. Nak nak lagi di waktu pagi atau malam kan. 

Related image
credit photo safetynigeria


Begitulah pelbagai alasan dan jawapan yang ana terima mengenai kenapa mat motor atau penunggang motorsikal kebanyakannya gemar memakai jaket terbalik. Walau apapun, ana amat berharap faktor keselamatan amat-amatlah penting untuk di ambil kira ketika berada di jalan raya. Pastikan pakai jaket dengan pantulan cahaya (reflector ) apabila menunggang di awal pagi atau malam atau dalam keadaan gelap, agar kehadiran kita di lihat oleh pemandu kenderaan lain. 

Lengkapkanlah lampu serta lampu signal untuk keselamatan ketika menukar arah haluan dan patuhi setiap arahan di jalan raya agar kita sentiasa selamat hendaknya. Dan sebagai hamba Allah swt, kita wajib mendahulukan dengan membaca doa sebelum memulakan perjalanan semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju. Aamiin. 

Doa naik kenderaan 



Image result for doa naik kenderaan
kredit foto Shafiqolbu

8 Comments

  1. dengan anak dah pesan jangan pakai jaket terbalik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul t Azie, tapi majoriti yang tunggang motor nak cepat kan pakai je jaket terbalik ni hihi :)

      Delete
  2. kebanyakkannya sebab nak cepat kot. so far hasben tak pakai terbalik.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  3. ccl salah sorang yang pkai jaket secara terbalik

    ReplyDelete