Anak-anak ana suka benar makan jejari ketam atau crab stick, yang selalunya ana goreng kan sahaja cicah dengan Thai sos. Sedap kan buat kudapan. Bila ada stok di rumah baru-baru ni, ana pula ternampak perkongsian di Fb blogger masakan Eny Yusnizar, macam nak pula try buat kan sup jejari ketam macam resepi beliau. Tapi ana olahkannya ikut bahan yang ada di dapur sendiri. Resepi ni kita yang masak kan dia, jadi tak jadi masalah pun nak menderhaka pada resepi asalkan sedap pada selera masing-masing kan. 




Resepi sup jejari ketam dengan cendawan enoki 


Bahan yang ana gunakan :

Beberapa batang jejari ketam ( crab stick ) di carik-carik 
Udang segar ( kupas dan buang kulitnya ) 
Dua pek cendawan enoki
Daun sup
Daun bawang
Cili merah
Bawang besar 
Bawang putih 
Lada sulah
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menumis

Cara masak sup jejari ketam dan cendawan enoki :

- Tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili yang di hiris halus.
- Masukkan jejari ketam dan udang .
- Masukkan air tidak terlalu banyak cukup sekadar jumlah yang diperlukan.
- Masak biar mendidih seketika dan barulah masukkan cendawan enoki.
- Kacau sebati dan perasakan dengan garam dan lada sulah.
- Masak seketika, matikan api dan bolehlah taburkan daun sup dan daun bawang yang di hiris.
- Nak sedap lagi taburkan bawang goreng.

Sedap sebagai sajian panas dan kami sekeluarga suka makan dengan menghirupnya sahaja kerana ana masak tanpa menggunakan bahan perisa msg. Selamat dan satu menu yang sihat. In Shaa Allah.




8 Comments