Tahun ni kalau mengikut perancangan awal, suami memang tak nak beli baju Melayu untuk raya kerana dia bercadang nak memakai kurta sahaja. Baju Melayu tahun sebelum-sebelum ni pun banyak dah masih elok lagi, katanya. Ana pun tak kisah sangat dan tak bercadang pun nak sedondon sekeluarga sebab anak-anak pun pilih pakaian yang berlainan warna. Tapi itu lah, rezeki tak pernah salah alamat kan.. seminggu sebelum ketibaan Syawal, ana menerima sepasang baju Melayu koleksi Aaron Aziz dari Jakel. 



Baju Melayu Aaron Aziz dari Jakel


Tuu diaa!! Merah merhelaa naa.. Sepasang persalinan baju Melayu dengan set sampin tenun nya sekali. Cantik warna merah ni, sesuai dengan suami ana yang agak cerah juga orangnya.. cewahh!! Puji sendiri nampak. Suami pun teruja bila melihat hadiah istimewa untuknya ni, pertama kali ana dapat hadiahkannya set baju Melayu dari jenama tersohor pula tu kan.. Alhamdulillah rezeki dari dunia blogger. Rezeki tu kan datang dalam pelbagai bentuk.

Bila suami dah ada baju merah, terpaksa lah juga ana mencari sepasang baju merah juga nak sepadan kan dengannya. Tak kisah lah walau kami berdua je merah , anak-anak warna pink..kira boleh lah tuu.. ( ayat penyedap hati 😉😉 ) Dua hari sebelum balik kampung, kami ke GM Plaza, Klang misi mencari baju merah untuk ana.. dan Alhamdulillah.. pagi Syawal 1439H,kami sedondon berdua dan suami ke masjid menunaikan solat sunat Aidil Fitri dengan baju Melayu Aaron Aziz dari Jakel.. Terima kasih Jakel..💖💖




Kualiti fabrik baju Melayu Aaron Aziz ni memang baik, tak panas dan mudah di gosok. Bila ana terbaca kisah individu yang mengatakan kualiti kainnya merkah dan bertas tu, mungkin ada kesilapan ketika proses pembuatannya, maklum lah beribu set yang di jahit dan disiapkan di bawah label Jakel, mungkin ada yang terlepas pandang, tapi tak perlu lah sehingga memburuk-buruk kan kualiti ke semua koleksi Jakel hanya kerana sehelai yang bermasaalah. 

Cara yang betul, rujuk semula ke cawangan Jakel yang di beli dan ana yakin pihak pengurusan bersedia menggantikannya dengan set yang baharu jika cukup bukti resit pembelian dan sebagainya. Bukan apa, terdapat juga yang menggunakan nama yang sama tetapi bukan yang asli dari Jakel, kerana itu perlu ada resit pembelian sebagai bukti kan. Maklumlah sekarang ni macam-macam kes yang seronok men viral kan tanpa usul periksa. Takut jadi fitnah akhir zaman, Nauzubillah.

Dan seminggu lepas raya, ana sendiri dah membasuh baju Melayu Aaron Aziz, suami.. Alhamdulillah elok sahaja jahitannya. Malahan warna pun tak turun bila di cuci. Masih merah merhelaaa.. Begitu juga sampin tenun nya, di buat dari fabrik yang berkualiti. Malahan ada rakan blogger yang membasuh dalam mesin basuh pun masih elok kualiti jahitan dan kainnya tidak menggecut. Jadi pada ana, kualiti jahitan dan fabrik baju Melayu Aaron Aziz dari Jakel ni amat baik. Dah bertahun dah Jakel terkenal dengan fabrik yang bermutu tinggi, oleh itu jangan mudah terpedaya dengan hanya satu dua yang negatif terus membuat andaian yang pelbagai. Kalau tidak berada di situasi sebenar tak perlu jadi nasi tambah memburuk kan keadaan yang akhirnya boleh mendatang kan fitnah. Waallahu a'lam.. 


10 Comments

  1. Setuju dengan kak ana, SA sendiri bagi abah pakai baju raya dari Jakel ni..bagus kualitinya..takde la sampai macam yang viral baru- baru ni..macam kak ana cakap..kalau takde dalam situasi yang sebenar tak perlu jadi nasi tambah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan SA, Alhamdulillah yang kita dapat semuanya berkualiti baik

      Delete
  2. ceria kak ana dan suami di pagi raya.

    ReplyDelete
  3. Banyak gaya dengan memakai baju melayu yang berwarna merah ni pada badan. Nampak amat kacak sekali.

    ReplyDelete