Tak pernah pun mencuba buat dumpling ni di rumah. Bila anak-anak ada baru lah macam-macam menu nak di cuba. Minggu lepas, Adik Ika dan Kak Long try buat dumpling goreng. Depa menggunakan isi ayam segar sahaja. Ana percaya kalau letak isi udang pun pasti sedap kan. Bagi yang nak mencuba buat dumpling goreng isi ayam mudah cara anak-anak ana ni boleh lah cuba. Senang sangat resepinya. Ikut sahaja bahan yang ada di dalam peti sejuk tu, In Shaa Allah menjadi. 






Resepi & Cara masak dumpling 




Untuk kulit dumpling ni, ana belikan dumpling skin  ready made di pasaraya. Banyak terdapat dari pelbagai jenama, cari sahaja yang dengan logo Halal , In shaa Allah sedia di gunakan dengan mudah. 

Bahan untuk inti atau filling dumpling :


Isi ayam atau udang ( dipotong dadu kecil-kecil )
Sayuran seperti lobak merah dan sengkuang ( di potong dadu kecil-kecil juga )
Bawang besar atau bawang holland
Bawang putih
Sos tiram
Serbuk lada putih
Garam




Caranya, tumiskan bawang putih dan bawang besar. Masukkan isi ayam dan masakkan seketika.Kemudian bolehlah masukkan sayuran lobak merah dan sengkuang tadi. Kacau sebati dan perisa kan dengan sos tiram, lada sulah dan garam. Angkat dan sejukkan sebelum mengisi ke dalam kulit dumpling. 




Cara lipatan dumpling ni ikut lah kreativiti masing-masing kan. Gunakan air sebagai gam nya. Dan ana letakkan tepung supaya ia tak melekat sebelum di goreng ke dalam minyak panas dan hanya untuk seketika sahaja kerana dumpling cepat masak dan mudah hangus. Selamat mencuba resepi ringkas tapi sedap ni. Dumpling sedap di makan dengan dipping sos atau ana makan dengan sos Thai sahaja. 

6 Comments