Ini rupanya pokok Kundang
Pokok ni bertahun dah di halaman rumah kakak ipar ana, tak pernah nak ambil tahu pun selama ni. Cuma ketika balik beraya minggu lepas, kakak ipar ajak kait buah kundang, baharu lah ana tahu itu pokok buah kundang rupanya. Ada sesetengah tempat orang panggil buah rumia. Pokok kundang ni tinggi juga dan berdaun lebat. Buahnya muda berwarna hijau dan bila masak berwarna oren atau jingga.
Pokok buah Kundang atau Rumia
Sekali pandang macam pokok manggis pun ada kan, tapi pokok manggis daunnya lain dengan daun kundang ni. Di kampung ana ada pokok manggis dan dahan manggis bercabang-cabang, senang nak panjat. Buah kundang ni jenis berbuah pada dahan dan untuk mengaitnya kita ketuk sahaja pada ranting yang mana masak akan jatuh berguguran sendiri. Senang lah juga mengaitnya dari buah rambutan yang kena belit dan tarik dari bahannya, kan. Satu pengalaman baharu pada ana mengait buah kundang ni.
Buah kundang ni rasanya ala-ala buah mangga telur tu lebih kurang cuma di kecil dan bersabut. Walaupun dari pokok yang sama, ada yang masam, ada yang manis rasanya. Kalau manis sedap lah buat kudapan, tapi kalau macam buat colek sahaja lah kan, tak pun campurkan dalam sambal belacan pun sedap di makan begitu sahaja..
Buah kundang atau rumia biji tengahnya berwarna ungu sebab itu lah adanya peribahasa ungu biji rumia di kalangan orang dulu-dulu. Kalau musimnya memang mudah di beli dari pasar-pasar malam. Jadi inilah dia pokok buah kundang yang pertama kali ana kait buahnya. Satu pengalaman baharu yang ana kongsikan disini.
10 Comments
belakang rumah kita ada pokok ni kak ana..hehe
ReplyDeleteseronok tu NN bila musim berbuah, kait je ye :)
Deletewahhh first time tengok pokok dia. Selama ni tau makan ja :P
ReplyDeleteHaa tu la FJ, kak ana ni dah berpuluh tahun pi rumah kakak ipar baru ni tahu tu pokok kundang hehe :)
Deletewooo Rumia tu nama lain Kundang. tau Kundang ja hehe.. sedap ni sedaaaap cheq suka tapi mahainyaaa harga dia kadang2 tu..
ReplyDeleteyup Ct sesetengah kawasan panggil buah rumia :)
DeleteSedap buah kundang ni....
ReplyDeletekalau manis sedap kan ARZ :)
DeleteSha pun baru first time tengok.. Sedap makan buah ini..
ReplyDeleteKann Sha, macam rasa mangga mini jer hehe :)
Delete