Honor satu jenama smart phone yang semakin mendapat tempat di pasaran Malaysia. Satu lagi pilihan untuk orang ramai memiliki sebuah smart phone dengan ciri-ciri terkini dan pelbagai spesifikasi trending masa kini. TERBAHARU!! Honor 7A dan Honor 10 edisi Phantom Green menerajui pasaran dan paling istimewa untuk peminat smart phone, Shoppe Malaysia melancarkan Super Honor Day dengan menawarkan 30% diskaun untuk setiap pembelian. 





Super Honor Day di Shopee Malaysia





Siapa tak kenal laman beli belah online terkemuka di Malaysia, Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan berbesar hati mengumumkan usahasamanya dengan honor Malaysia untuk melancarkan honor 7A dan honor 10 edisi Phantom Green secara eksklusif pada jualan murah Super honor Day di Malaysia pada 8 Jun 2018. Sepanjang jualan murah tersebut, peminat produk berasaskan teknologi boleh menikmati jualan kilat ke atas dua model telefon ini dan potongan harga sehingga 30% bagi semua produk honor. 




honor 7A yang baharu dijangka menjadi telefon pintar bajet yang terbaik dengan paparan FullView 5.7 inci yang selesa dipegang. Untuk memberi pengguna swafoto yang berkualiti untuk diabadikan dan dikongsi bersama insan tersayang, honor 7A turut dilengkapi dengan dwikamera yang merangkumi kamera hadapan 8MP




Ia juga dilengkapi dengan bateri 3000mAh yang mampu bertahan sepanjang hari walaupun digunakan secara berterusan. Telefon pintar ini juga lebih berkuasa dengan EMUI 8.0 yang mampu menyokong pelbagai fungsi. honor 7A juga menampilkan dua SIM dan slot kad SD untuk kemudahan pengguna. Pengguna boleh mendapatkan honor 7A menerusi hihonor dan Kedai Rasmi honor di Shopee pada harga istimewa RM429 (RRP: RM479) sepanjang Super honor Day.




Bagi mereka yang terlepas tawaran istimewa honor 10 yang lalu pasti akan teruja dengan pengenalan honor 10 dalam edisi Phantom Green yang didatangkan khas di Shopee pada jualan Super honor Day. Pada 8 Jun 2018, peminat honor bukan sahaja boleh mendapatkan variasi Phantom Green ini pada harga RM1,599, malahan dengan setiap pembelian, pembeli akan diberi hadiah percuma bernilai RM298, selagi stok masih ada.




Untuk menikmati keistimewaan pada Super honor Day, layari: https://shopee.com.my/honormy.officialstore . Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play .

honor merupakan e-jenama peranti mobil terkemuka yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Perniagaan Pengguna HUAWEI. Seiring dengan slogan ‘for the brave’, jenama ini ditubuhkan untuk memenuhi keperluan warga milenia menerusi produk yang dikuasakan oleh internet yang menawarkan pengalaman pengguna yang hebat, memberi inspirasi, mencetuskan kreativiti dan mengilhamkan golongan muda untuk mengejar impian mereka. Dengan ini, honor telah meletakkan dirinya ke hadapan dengan pendekatan yang berani dan berbeza dan mengambil langkah perlu untuk menawarkan teknologi dan inovasi terbaharu kepada pelanggannya.


6 Comments