Acuan kuih-kuih tradisional
Sepanjang menyambut Syawal yang lepas, pelbagai juadah kuih raya tradisional yang kembali ana temui dan nikmati. Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk ana memperkenalkannya kepada anak-anak. Bukan apa jika tidak di ketengahkan, pasti kian lama kian di lupai di tenggelamkan oleh kemodenan biskut-biskut masa kini.
Keunikan kuih tradisional lama ini bukan sahaja dari segi rasa yang sedap namun ia memerlukan kesabaran yang kuat untuk menyediakannya. Hari ini, ana nak berkongsi dengan pembaca beberapa acuan kuih-kuih tradisional ni supaya dapat memberi gambaran bagaimana satu-satu kuih tradisional lama itu di sediakan.
Acuan kuih rempeyek
Ana mulakan dengan acuan kuih rempeyek. Ada juga yang memanggilnya kuih tumpi. Ada rempeyek kacang, rempeyek ikan bilis dan juga rempeyek kacang dal. Sejenis kerepek yang sedap di jadikan kudapan. Acuan rempeyek ni di isi bahan-bahan adunannya kemudian di taburkan ikan bilis, kacang tanah atau kacang dal di atasnya dan kemudian di goreng di dalam minyak yang panas.
Acuan kuih loyang
Adunan yang siap di bancuh kemudian di celup melekat pada acuan dan kemudian di goreng di dalam minyak yang panas membentuk kuih loyang berbunga yang rangup dan sedap menjadi kudapan.
Acuan kuih bahulu
Acuan bahulu juga di perbuat daripada logam tembaga atau besi yang mana adunan di isi ke dalam acuan sebelum di bakar.
Acuan kuih semperit
Di masa dahulu,acuan semperit adalah dari logam tembaga. Adunan kuih di isi ke dalamnya dan kemudian di tekan kuat dengan ibu jari membentuk motif bunga yang cantik. Di hiasi ceri merah memberikan keserian pada kuih sebelum di bakar.
Acuan kuih putu kacang
Kacang hijau yang di goreng tanpa minyak dan di kisar di campurkan dengan gula kemudian di tekan padat ke dalam acuan kayu ini. Di ketuk untuk mengeluarkan kuih putu dan kemudian di jemur di bawah terik matahari.
Acuan kuih siput
Adunan kuih siput akan di seret pada acuan papan secebis demi secebis membentuk rupa siput dan di goreng di dalam minyak yang panas. Sedapnya 😊😊
Banyak lagi kuih-kuih tradisional lama yang menggunakan acuan untuk membentuknya. Kebanyakan acuan dahulu tidak di buat daripada plastik sebaliknya menggunakan logam seperti besi dan tembaga mahupun acuan kayu. Inilah uniknya kuih-kuih tradisional Melayu kita dahulu kala, bah kan peralatannya juga di perbuat daripada logam seperti penyepit dan pemukul telur bahulu misalnya.
Terima kasih dan kredit buat semua pemilik gambar yang ana pinjam dari Google Image.
8 Comments
acuan kuih siput tuhhh..alahaii comel je..hehehe.
ReplyDeletepaling senang nak buat kuih siput ni la Farah :)
Deleteahaha dulu time nenek kuarkan acuan kuih sipot tu mencecet cucu lari ahahah.. xmo tolong =P
ReplyDeleteaikk!! nakalnya CT, sian nenek hehe :)
DeleteNani kalau balik kampung baru lah jumpa segala jenis acuan ni. Heheh.
ReplyDeletesekarang kak ana pun tak berapa nak buat kuih2 raya Nani, bila puasa fokus pada puasa,iftar dan ibadah.. habis kuat beli je untuk kudapan :)
DeleteSemua kuih ini best dimakan.. Nak membuatnya dera..
ReplyDeleteitulah Sha tak larat nak duk tepi api nak nak lagi bulan puasa kan hehe :)
Delete