Cantik tak ? Inilah agar-agar yang ana buatkan khas untuk jiran ana, Ida untuk majlis rumah terbukanya semalam. Selalunya ana akan buatkan sebiji kek tapi tahun ini memandangkan mixer ana rosak jadi memang tiada sebiji kek pun yang dapat ana buat untuk raya. Sedih sangat rasanya, bukan setakad tak buat kek, makan kek pun ana tak merasa tahun ni, banyak rumah ana beraya ana tak jumpa kek pun ,huhu 😭😭 . Serius kempunan nak makan kek. 






Agar-agar cantik ni, ana hasilkan dengan menggunakan acuan yang dah lama ana miliki dari ibu saudara ana dari Teluk Intan. Dulu-dulu wan selalu buat agar-agar ni sebagai hadiah untuk hantaran saudara mara kami. Ana masih simpan acuannya dan jarang sangat pun menggunakannya. 





Untuk bahan-bahannya ana gunakan agar-agar sepeket,gula, susu pekat dan se tin laici. Korang boleh je gunakan bahan-bahan mengikut citarasa masing. Caranya didihkan agar-agar selepas mendidih, kecilkan api dan bahagi-bahagikan mengikut warna yang korang suka. Untuk bunga dan daunnya ana gunakan warna merah dan campurkan pewarna serta gula. Tuangkan pada bentuk acuan bunga dan sejukkan di dalam freezer sehingga keras.



Bila dah keras, lorek-lorek kan dengan pisau agar lapisan kedua akan melekat pada lapisan bunganya. Untuk bahagian kedua ni, ana campurkan dengan susu pekat dan jus dari laici tanpa buah laici. Jadi asas agar-agar ni berwarna putih dengan perisa laici susu. Tuangkan ke atas lapisan agar-agar bunga tadi dan keras kan di dalam peti sejuk.



Bila dah keras, apa lagi terbalikkan lah dan dapatlah hasilnya yang cun melecun. Sesuaikan untuk di jadikan hantaran atau untuk majlis-majlis kan. Sesuai juga untuk majlis potluck kan. Mesti rare dan unik kan.. Selamat mencuba 💖💖

10 Comments

  1. cantik2. dulu2 selalu jugak tgk org buat agr2 berbunga2 mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann Leyla, sesuai sangat untuk hantaran :)

      Delete
  2. cute je...teringat masa zaman PC bertunang dan bernikah...PC buat untuk hantaran....hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah PC ramai pernah jadikan hantaran kan :)

      Delete
  3. Cantik sangat.. Rajin kak ana..

    ReplyDelete
  4. Cantiknyaa bentuk bunga macam tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalau ada acuannya jadilah nani kan :)

      Delete
  5. Wahh rajinnya. Hari tu ada tgk kat Fb orang deko agar2 ni .. sampai rasa cam sayang je nak makan, cantik sangat .. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hat ni guna acuan je HH,ukiran tu lagi berseni.. :)

      Delete