Baru-baru ni kecoh satu Malaya, musim durian menggegarkan negara. Dengan izin Allah swt, lambakan buah durian kampung menjadi kali ini sehinggakan dari harga jualan turun serendah RM5 sekilo. Kalau sebelum nya bukan main mahal lagi kan, dan kalau di kampung halaman ana di Teluk Intan, di katakan di jual selonggok RM20 pun ada. Rezeki lah kalau dapat beli yang berlonggok-longgok tu kan. 




Dan sekarang ni bukan sahaja musim buah durian, Alhamdulillah buah-buahan tempatan lain turut sakan berbuah. Pergi sahaja ke pasar-pasar malam atau di tepi-tepi jalan menuju ke mana-mana destinasi luar bandar pulak tu, deretan gerai menjual buah-buahan tempatan seperti manggis, rambutan,langsat dan sebagainya juga kelihatan. 





Rezeki berjiran, dua tiga hari lepas, Kak Ani menghantar buah-buahan dari kampung mertuanya di Kedah. Tuu diaa aihh!! Buah manggis, rambutan dan langsat. Rezeki sungguh aihh!! Alhamdulillah.. merasa juga kami sekeluarga. Terima kasih Kak Ani dan Abang Zam. 



Tak puas makan manggis, budak-budak ni suruh ayahnya beli lagi buah manggis. Kali ini, suami beli dari pasar Chow Kit, sekilo cuma RM5, di belinya 2 kilo. Puas makan manggis pula. Kata orang, kata orang laa kan, kebetulan barang kali, kalau ada buah durian pasti ada buah manggis. Mitosnya, buah durian tu bersifat panas, jadi bila makan durian untuk elakkan panas badan, makan pula buah manggis yang di katakan menyejukkan. Betul ke ?? 

Lagi satu keunikan buah manggis ni, kita boleh meneka bilangan ulasnya dengan melihat bilangan kelopak di bahagian bawah setiap biji buah manggis tu. Contoh jika di bawah montot buah manggis tu ada lima kelopak isi dalam nya juga ada lima ulas. Ini betul kan..




Yang ana tahu, ana memang suka makan buah manggis kerana ana tak makan durian,haha !! Teringat dahulu zaman kanak-kanak kami di kampung, setakad bertenggek atas dahan manggis arwah opah belakang rumah tu dah jadi biasa sahaja. Situ lah port kami main askar-askar, main kombat dulu kami panggil. Dahan manggis kan mudah nak di panjat. Inilah dunia kami di kampung ketika itu, bermain di persekitaran yang ada sahaja lah. Semua benda nak main termasuk lah main perang-perang dengan sepupu.

Bila di fikirkan dengan mata hati, syukur sangat lah kita di lahirkan, di besarkan di tanahair kita ni. Walaupun tanpa salju dan kedinginan alam, namun ada keistimewaannya tersendiri. Pelbagai buah-buahan ada di kurniakanNya untuk di nikmati semua hambaNya. Segala Puji Hanya Bagi Allah, Tuhan sekalian Alam. 

8 Comments

  1. tudiaaaa semua syaza dah rasa, rambutan je belum dapat2 gi haha. mohon pos ke melaka :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Melaka tak ada moktan lagi ye Syaza :)

      Delete
  2. timm pun lanie dok ulang mkn durian dgn manggis, semua depan umah, mkn jer..hihi

    ReplyDelete
  3. Seronok betul kan bila musim buah ni, macam macam boleh makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Pahang pun musim buah-buahan sekarang kan Nani , kak ana balik Lipis lah ni angkut buah2 hehe :)

      Delete
  4. mujur semua dah try hihihi...

    ReplyDelete