Tak habis lagi berkisah menu-menu dari durian yang kami bawa dari Kampung Jerangsang, Benta, Kuala Lipis. Banyak penuh 3 bekas besar tu, mau jenuh nak menghabiskan. Nak makan mentah dah jemu juga. Macam-macam menu telah kami 3 beranak buat untuk sajian.

Antaranya durian crepe, tak berapa nak cun sebab crepe nya agak tebal ( first trial ) kan. Pastu kami buat cendol durian, dan hat kali ni kami ana masakkan bubur kacang hijau berdurian. Ini selera orang kampung.. sedap lah pada kami. Anak-anak ana jer kurang menggemari nya. Ana dan suami bertambah makan petang tu. Kami berikan juga pada Man dan Ida jiran sebelah. Alhamdulillah rezeki yang di syukuri senantiasa.






Cara masak bubur kacang durian


Bahan-bahan :

Kacang hijau ( rendam semalaman agar cepat empuk)
Gula merah
Gula putih
Santan cair
Santan pekat
Daun pandan
Isi durian (nak buh ulas sekali pun boleh jer )
Secubit garam

Cara masak bubur kacang hijau durian.

- Rebus kacang hijau dengan air secukupnya dahulu sehingga empuk.
- Jangan tinggalkan perlu selalu jengok agar tidak kering air rebusan.
- Bila dah empuk,masukkan gula merah dan gula pasir ( ikut kemanisan masing-masing)
- Masukkan santan cair dahulu dan biarkan mendidih, masukkan isi durian atau ulas durian.
- Kacau sebati dan selepas didih kali kedua, masukkan santan pekat.
- Masukkan simpulan daun pandan dan secubit garam untuk membangkitkan rasa lemak.
- Tutup api dan siap untuk sajian petang..

Semoga bermanfaat..selamat mencuba satu lagi menu resepi ibunda zaman silam.

2 Comments