Gobok Homestay Cameron Highlands - Penginapan Cantik & Selesa Untuk Sekeluarga
Cameron Highlands lagi nampaknya percutian kami sekeluarga. Selepas menikmati keindahan pantai di Cherating akhir tahun lepas, di rezekikanNya kali ini bercuti sekali lagi ke Cameron Highlands. Cameron Highlands bukan asing pada ana sekeluarga, kerana kami hampir dua tahun sekali ke sini. Bukan apa, dari mak sampai lah ke anak cucu nya minat beno ke sini kerana dapat menikmati cuaca yang dingin dan pemandangan lanskap yang di hiasi warna warni alam, peminat bunga laa katakan..
Percutian kali ini juga amat bermakna kerana semua ahli keluarga kecil kami turut serta. Mak, abah, ana sekeluarga dan juga adik ana, Lan sekeluarga. Terima kasih buat adik ipar ana, Julia Alisya yang sponsor dan carikan homestay buat kami semua. Haa!! Cerita pasal homestay kali ni, ana tak sabar nak share dengan korang, penginapan kami sekeluarga di Gobok Homestay 5.0 ni.
Serius!! Cantik, bersih, selesa dan satu pengalaman yang sangat awesome. Amboi , kann main puji lagi ye.. Eh! Mestilah benda yang elok ni kenalah di war war kan agar bukan kita sahaja yang mendapat manfaatnya, manalah tahu kan, ada yang duk tercari-cari di carian internet ( Google kata orang sekarang ni kan , walaupun banyak lagi search engine lain hehe 😉😉 ), bolehlah dapatkan sedikit info antara homestay yang best untuk korang stay cation di Cameron Highlands.
Ini bilik ke dua di mana mak dan abah ana tidur. Nampak tu tongkat opah, opah dalam tak larat nak berjalan sakit kaki pun kalau sebut pi Cameron Highlands, semangat terus. Bilik ni di sediakan iron board dan seterika sekali, so korang jangan risau nak gosok tudung atau baju kay, dah adoo di sediakan.
Ini pula bilik ke tiga yang ana tidur malam tu, sejuk ya amat berbungkus rasanya dengan comforter yang di sediakan. Arah qiblat pun ada jadi senang nak solat, memandang kan kami musafir jadi kami jamak lah solat. Alhamdulillah.
Haa!! Amcam... lengkap kan, panjang lebar ana cerita dah kat korang agar mendapat serba sedikit gambaran Gobok Homestay ni. Bukan apa, ana setiap kali menulis review homestay atau hotel di tempat-tempat peranginan ni suka berikan gambaran yang jelas. Ye lahh kan, kita datang dari jauh-jauh sekali sampai ke destinasi, agak mengecewakan bila indah khabar dari rupa, sebab tu ana akan review dari pandangan mata dan pengalaman ana sendiri. Citarasa kita ni lain-lain kan..
Gobok Homestay 5.0 ni terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands. Jalan masuk ikut simpang sebelah Balai Polis Tanah Rata tu. Walaupun apartment ni lapan tingkat kalau tak silap ana ( lupa nak kira ), dan Gobok Homestay di tingkat 2, usah risau kerana adanya kemudahan lif. Lot parkir kereta pun banyak dan terbuka. Di bahagian aras bawah tu, ada pasaraya, restoran dan diy dobi pun ada. Memang sesuai lah untuk penginapan sekeluarga.
Gobok Homestay 5.0 ,Cameron Highlands
Sekiranya korang bercadang untuk bercuti ke Cameron Highlands dan tercari-cari homestay yang selesa, cantik , bersih dan berbaloi dengan harganya, ana cadangkan korang menginap di Gobok Homestay ni. Sebuah apartment 3 bilik dengan 2 bilik air. Cukup selesa dan lengkap. Korang cuma perlu bawa beg pakaian dan makanan sahaja ( kalau yang nak masak sendiri laa kan ) . Kami ni kalau ke Cameron Highlands selalunya akan masak sendiri jerr. Jauh lebih jimat dan tak perlu nak bersesak cari tempat makan kerana kalau hujung minggu, trafik sesak turun naik sepanjang jalan. Habis tu takkan kita je nak bercuti kan, orang lain pun nak juga ke sini 😊😊.
Gobok Homestay 5.0 ni pilihan adik ipar ana, Julia Alisya bertemakan ID ala-ala Scandinavian. Wahh!! Bestnya kan, bercuti di tempat sejuk, stay di rumah berkonsepkan Scandinavian, so English gitueww. Masuk-masuk sahaja anak-anak ana excited nak expore ruang tamu apartment. Minimalis tapi cantik sangat mengikut tema.
Dah jadi studio pula bila anak-anak bergambar di setiap sudut ruang rumah sementara ana dah pesan, bagi ibu photoshoot dulu nak update di blog. Bukan apa, memang antara carian keywords yang masuk ke blog adalah review percutian. Seronok bila perkongsian kita sampai pada yang memerlukannya kan.
Jom sambung balik kita lihat sekitar Gobok Homestay 5.0 ni. Ruang tamu yang luas di lengkapi set sofa, meja makan dan sebuah lcd dengan channel Astro yang 100% clear, tak ada gambar shaking-shaking macam sesetengah hotel huhu 😑😑
Kalau korang yang minat home deco ni mesti tahu kan, bila bercakap mengenai tema Scandinavian, pilihan perabot yang menepati tema pasti lah dari IKEA. Ikut plan awalnya kami nak piknik di mana-mana ladang teh atau padang taman awam di sekitar Tanah Rata, tapi memandangkan Jue dapat mesej yang homestay dah ready, kami pun terus berkelah di dalam homestay je. Keluarkan bekalan makanan yang ana bawa, bentang tikar piknik dan makan dengan selesa sekali. Alhamdulillah.
Okay, jom kita tengok apa yang ada di bahagian dapurnya pula. Ini paling ana suka, sebab apa, sebab ianya sangat lah lengkap, pendek kata, semua ada lah, termasuk penapis serbuk kopi. Haa! Mak dengan abah ana, kalau tak ada kopi O, tak jadi, hilang mood depa. Boleh pula terlupa nak bawa serbuk kopi, adik ana, turun kat bawah tu ada pasaraya beli serbuk kopi cap kapal api. Sekali terfikir juga, alamak!! Tak ada yang dalam uncang, kena ada penapis kopi ni, cari-cari dalam almari dapur Gobok Homestay, adaaaa!! Fuhh!! Legaaaa...
Gambar dapur ni masa kami dah kemas sebelum balik, sebab tu dalam almari tu nampak kosong, sebenarnya penuh pinggan mangkuk , kami dah guna basuh sidai kat rak pinggan sebab tu tak nampak tau 😊😊. Serba serbi lengkap. Malam tu balik dari Kea Farm, Jue beli banyak sayuran segar, ana bawa ikan siakap dah goreng siap-siap dari KL, pastu kami masak sup sayur dan tumiskan sahaja bahan sweetsour untuk siakap, dadar telur, tersajilah menu makan malam kami di Gobok Homestay.
Esoknya sebelum check-out, ana masakkan nasi goreng cendawan segar (murah pula cendawan kali ni, 4 pek RM10 ), telur dadar, sosej dan kopi o. Settle sarapan pagi kami. Anak-anak kan main breakfast dengan stawberry cicah coklat.. nuunnn gambar hat atas sekali tu. Baharu lah ala-ala Inggeris kann..
Gobok Homestay mempunyai 3 buah bilik tidur dan 2 buah bilik air. Macam biasa satu bilik air dalam master bedroom laa kan. Meh kita tayang bilik-bilik yang kami tiduri malam tu. Kami semua nya cuma 9 orang sahaja, jadi Lan , Jue dan Haris ambil master bedroom, mak dan abah bilik ke dua dan ana sekeluarga bilik ke tiga. Tapi budak-budak ni tidur di ruang tamu sahaja, kasi cann ayahnya berehat di bilik sebab ayahnya tidur awal,penat drive agaknya.
Ada cukup bantal dan selimut ( orang kampung panggil toto hehe ) alas tidur tak kat Gobok Homestay ni ? Usah laa risau, tak perlu nak angkut naik gunung kerana memang tuan rumah menyediakan bantal, selimut dan comforter extra vaganza di dalam salah sebuah kabinet di master bedroom ni. Kan ana dah bilang tadii, lengkap kan 💕💕
Dua lagi bilik tidur pun cukup selesa dan bersih. Alhamdulillah. Sebuah bilik air terletak di ruang tengah rumah lengkap dengan toiletries syampu, sabun mandi dan yang penting ada alat pemanas air sebab cuaca di sini ketika kami menginap di waktu malamnya mencecah 18'C dan siang pun sejuk ya amat. Pakai stokin duk dalam rumah tau, nak mandi pun kena tunggu mood sampai baru berani nak cecah air. Seronok sangat sebab waktu tu memang cuaca sejuk bedi kata orang Perak.
Ini bilik ke dua di mana mak dan abah ana tidur. Nampak tu tongkat opah, opah dalam tak larat nak berjalan sakit kaki pun kalau sebut pi Cameron Highlands, semangat terus. Bilik ni di sediakan iron board dan seterika sekali, so korang jangan risau nak gosok tudung atau baju kay, dah adoo di sediakan.
Ini pula bilik ke tiga yang ana tidur malam tu, sejuk ya amat berbungkus rasanya dengan comforter yang di sediakan. Arah qiblat pun ada jadi senang nak solat, memandang kan kami musafir jadi kami jamak lah solat. Alhamdulillah.
Haa!! Amcam... lengkap kan, panjang lebar ana cerita dah kat korang agar mendapat serba sedikit gambaran Gobok Homestay ni. Bukan apa, ana setiap kali menulis review homestay atau hotel di tempat-tempat peranginan ni suka berikan gambaran yang jelas. Ye lahh kan, kita datang dari jauh-jauh sekali sampai ke destinasi, agak mengecewakan bila indah khabar dari rupa, sebab tu ana akan review dari pandangan mata dan pengalaman ana sendiri. Citarasa kita ni lain-lain kan..
Gobok Homestay 5.0 ni terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands. Jalan masuk ikut simpang sebelah Balai Polis Tanah Rata tu. Walaupun apartment ni lapan tingkat kalau tak silap ana ( lupa nak kira ), dan Gobok Homestay di tingkat 2, usah risau kerana adanya kemudahan lif. Lot parkir kereta pun banyak dan terbuka. Di bahagian aras bawah tu, ada pasaraya, restoran dan diy dobi pun ada. Memang sesuai lah untuk penginapan sekeluarga.
Waktu malam pun sunyi dan tenang, tak lah dengar bunyi kenderaan lalu lalang atau kejiranan yang bising. Memang nyenyak tidur kami malam tu,mahu tak sejuk uollsss !!
Dah jelas dan kalau berminat nak menyewa di Gobok Homestay, Cameron Highlands ni, korang klik lah mana-mana link yang ana berikan di bawah ni dan hubungi lah tuan rumahnya Cikgu Iqbal sedia melayan pertanyaan korang, tak gituew cikguu ✌✌
Laman web :
Instagram : @_gobokhomestay
Hubungi atau Whatsapp :
Cikgu Iqbal 014 507 6067
~ semoga bermanfaat ~
12 Comments
Tentu seronok bercuti di CH
ReplyDeleteAlhamdulillah WP seronok sangat :)
Deletecantik homestay dia.. nmpk mewah
ReplyDeletememang cantik Fara bersih dan lengkap , Alhamdulillah
DeleteCantiknya homestay tu, kalau zumal rasa macam tak nak balik jer
ReplyDeletebetul Zumal, bila ke CH ni memang rasa taknak balik best sebab banyak bunga dan sejukkk :)
Deletepernah stay kat sini.. ok sgt. mlam tu kitornag buat steamboat sendiri.. sejuk2 mkan steamboat memang sedap la..
ReplyDeleteKan Zie Azie, wahh kami masak sup sayur je malam tu makan panas2 hehe :)
Deletecantiknyaaa.. sesuai untuk rombongan yang agak ramai kan.. semua boleh stay setempat =)
ReplyDeletetak muat satu rumah boleh ambil satu lagi unit berhadapan je CT :)
DeleteKalau dapat homestay macam ni memang selesa sangat kan. Seronoknya bercuti dengan family ramai ramai :)
ReplyDeleteBetul tu Nani, sebab tu kalau dapat hotelatau homestay yang selesa kak ana akan review supaya jika ada orang tercari2 boleh dapat serba sedikit gambarannya, kita kan datang dari jauh takut je bila sampai indah khabar dari rupa :)
Delete