Ana bukan lah ahli yang pandai tentang hukum hakam kerana itu ana tak pernah terbitkan artikel tentang hukum hukum dalam syariat. Namun baru-baru ini, ana terbaca di instagram Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai hukum bulu kucing yang tertangal dan bertaburan di dalam rumah. Pengikut setia ana di blog dan media social pasti tahu, ana seorang pencinta kucing. Walaupun ana tidak memelihara kucing-kucing di dalam rumah, namun sering kali ada sahaja kucing-kucing yang datang makan di luar rumah dan akhirnya lepak-lepak manja dalam rumah. 

Dan bila terbaca perkongsian Datuk Dr Mufti Wilayah ni, lega sangat rasanya kerana ia menerangkan dengan jelas apakah hukum bulu kucing yang bertaburan di ruang rumah dan ana rasa pasti meminat kucing di luar sana juga lega dengan penjelasan beliau. 

Hukum bulu kucing tertanggal di dalam rumah 



Jelas kan dari penerangan di dalam gambar di atas bahawa menurut Datuk Dr Zulkifli Mohamad, Kucing merupakan haiwan peliharaan yang selalu berlengkar di kaki tuannya. Menurut ulama bermazhab Syafie, bulu yang tertanggal daripada binatang yang haram di makan, bulu itu adalah najis. Oleh itu bulu yang tercabut semasa kucing itu masih hidup adalah najis. 

Namun bulu kucing iu adalah najis yang di maafkan kerana kucing adalah haiwan peliharaan dan kebarangkalian bulunya merata-rata dan sukar di kawal. Oleh itu, jika badan, pakaian atau tempat solat terkena bulu kucing, maka solat yang di kerjakan adalah sah. Alhamdulillah. 

Kredit buat sumber dan rujukan Instagram @drculkifli.albakri 

6 Comments

  1. dulu kucing2 rumah nenek duduk dalam rumah sebelum rumah khas untuk diorang dibina. time tu selalu confius jugak tapi ada dengar penerangan. cuma ada sikit ditambah.. kalau rasa was-was elok tukar saja pakaian yang baru untuk solat. atau solat di dalam bilik yang kita tahu kucing2 tak masuk. wallahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Ct,kita berusaha sebaik mungkin untuk mempastikan ia benar-benar bersih dan sah.

      Delete
  2. Alhamdulillah. Bila baca tajuk artikel akak, saya nervous kejap. Tapi bila baca sampai habis, lega balik.

    Ye la, saya memang pencinta kucing and kucing pula jenis manja yang amat. Selalu baring kat sejadah masa tengah solat. Bila dalam poster tu kata bila badan atau tempat solat terkena bulu kucing, solat masih sah.

    Yeay! Thank you atas perkongsian berguna ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ana pun tak berani nak terbitkan tanpa mendapat rujukan dan sumber dari mereka yang benar-benar arif dalam bidang hukum ni Pojie, semoga bermanfaat buat kita semua, In Shaa Allah

      Delete
  3. tq for sharing.
    if sebaliknya, adalah amat menyukarkan kita.
    most of us bela kucing.
    tidur baring duduk berdiri dgn kucing, AJ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Aida,kerana kita serumah dengan mereka Alhamdulillah dengan pencerahan dari sumber yang di yakini lebih menyakinkan kita.

      Delete